Nota Cinta

Tuesday, June 16, 2009

Perpaduan & Cara tegur pesalah

Muqaddimah BahrulMazi bab 13 16Jun09 Ust Shamsuri. Sahih Muslim Abi Mas Ud RA sabda NabiSAW. Balasan deraan Allah jauh lebih dasyat ke atas manusia yang mendera khadam suruhannya. Haram menggunakan api membunuh binatang apatah lagi bom manusia kerana yang hanya layak menggunakan api hanya Tuhan api iaitu Allah.

Sahih AtTirmizi Abi Musa Al-Ash'ari sabda NabiSAW. Persaudaraan Islam ibarat ikatan batu-bata bangunan. Pada akhir zaman nanti, perpaduan Islam seperti buih air yang berpecah menanti hidangan musuh Islam. Perpaduan ini bermula dari merapatkan saf solat berjemaah.

Diriwayatkan Abu Hurairah RA sabda NabiSAW Cermin diri keburukan seseorang muslim terletak pada apa yang diri sendiri melihat pada muslim yang lain. Menegur kesalahan mestilah sopan seperti berdua tanpa orang lain mengetahui kerana disuruh syarak menutup aib saudaranya. Meringankan kesusahan orang lain akan dibalas Allah meringankan kesusahannya. Allah berjanji akan sentiasa menolong muslim yang menolong saudaranya. Dilarang muslim bermusuh, menolong kerja maksiat dan membantu melepaskan orang jahat.    


Doa amalan Rasulullah saw

Muqaddimah Nurul Ihsan surah AnNisa ayat 86-91 Us Shamsuri 15/6/09 Sahih sunan AtTirmizi dari Muawiyah RA sabda NabiSAW Allah bangga dengan mereka yang duduk bersyukur mengingati Allah. Zikrullah terbahagi dua iaitu duduk berzikir dan Zikrullah juga bermaksud duduk bersyukur mengingati Allah. Sahih Muslim AbiHurairah RA sabda Nabi SAW A'Uzubikalimatillahittammat Minsyarrima Halaq (Aku minta berlindung dari kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan dunia) Sekiranya membacanya sebelum masuk malam maka tidak akan kena mudarat. Sahih Abu Daud dan AtTirmizi dari Abdillah bin Zubair sabda NabiSAW  3 Qul x3 waktu pagi dan petang sudah cukup tanpa perlu baca yang lain. Sahih sunan Abu Daud dan Sahih sunan AtTirmizi dari Osman bin Affan RA sabda NabiSAW baca 3x sempadan malam dan siang Allazi layadurru maasmihisyai'unfil ardiwalafissama ewahuassami ul alim (Dengan nama Allah yang kita besarkan samada langit dan bumi tiada makhluk yang boleh memudaratkan kita.)    

Monday, June 15, 2009

Kenapa Abu Talib dan Kelahiran Kafir tidak diberi HIDAYAH


Tafsir AnNisa ayat 86-91 UsShamsuri 15/06/09. Soalan"semua agama pun sama, semua buat kebaikan" Jawapan "Islam tidak sama agama lain dan tidak boleh tolak ansur kerana Firman Allah=> Tuhan manusia itu hanya Aku, semua manusia akan Aku himpunkan di padang mahsyar. Kalimah Allah tidak boleh langsung dipakai oleh agama lain."

Soalan"Orang bukan Islam teraniaya sebab Allah takdirkan mereka dilahirkan kafir." Jawapan. "Terlalu banyak di dada akhbar internet sebagainya kebenaran Islam." mereka yang berusaha mencari hidayah Allah, Allah takdirkan dia akan Islam. Masalahnya dia tidak mahu Islam. Kesalahan kuasa memilih yang Allah kurniakan pada mereka ialah memilih gambar seksi berbanding penceritaan dakwah Islamiah.

Abu Talib tidak ditolong Allah kerana seumur hidupnya dia memilih kufur walaupun membantu Rasulullah SAW. Maka di akhir hayatnya Allah takdirkan dia tidak boleh menyebut kalimah syahadah. Rujukan Sahih Bukhari kuliah AnNisa 58-63 UsShamsuri, Firman Allah AtTaubah 113 tidak sewajarnya mana-mana orang beriman meminta ampun kepada manusia yang mati kafir walaupun yang mati itu adik beradik setelah jelas kepada mereka yang mati ini ahli neraka.





Allah sokong Omar larang NabiSAW solat jenazah munafik

Kuliah Nurul Ihsan surah AnNisa 71-81, surah AnNisa 86-91 Ust Sahmsuri 15/6/09 & 21/4/10 muqaddimah bahrulmazi jilid 13 part 3. Perangai dan kata-kata munafik direkod dalam Al-Quran. Apabila Allah perintah hijrah, sebahagian munafik pura-pura masuk Islam untuk merosakkan Islam dengan mempengaruhi muslim melanggar akidah dan lari dari perang. Perbuatan seperti mereka ini boleh dibunuh menurut Al-Quran. Jalan Islam ialah mempertahankan akidah dan kesucian agama Allah dari dirosakkan. Abdulah Ubai bin Salul merupakan munafik dan penghasut muslim dalam zaman Rasulullah SAW. Permintaan terakhir Abd Ubai Salul ialah meminta NabiSAW solat jenazahnya. Ketika Nabi SAW ingin menunaikan solat jenazah Abdullah Ubai bin Salul, perbuatan baginda dihalang oleh Omar Al-Khattab. Turun Firman Allah menyokong Saidina Omar Al-Khattab RA, akhirnya RasulullahSAW akur tidak solat jenazahnya. Peristiwa tersebut menunjukkan betapa Allah mengajar RasulullahSAW dan umatnya tentang larangan keras sifat munafik.  NabiSAW sayangkan umatnya walaupun jahat jadi kita mesti sayangkan NabiSAW 

Tuesday, May 19, 2009

Malaikat meronda mencari-cari

Ramai malaikat mengelilingi Majlis Zikir/Mengingati Allah.
Muqaddimah Bahrulmazi bab 13 part 4 19Mei2009 ust Shamsuri. Sahih Imam Muslim Sabda NabiSAW. Firman Allah terdapat sekumpulan malaikat seperti peronda lebuhraya beterbangan setiap lapisan 7 langit mencari majlis ilmu yang mengingati pesan Allah dan pesan NabiSAW atau lebih dikenali dengan majlis zikir. Apabila malaikat jumpa tempat majlis zikir, mereka akan mendarat duduk bersama setiap kariah masjid dengan menghampar sayapnya sebagai tanda hormat Majlis Ilmu. Ramainya malaikat yang duduk dalam majlis ilmu seperti berselisih di antara setiap kariah dalam majlis tersebut meliputi setiap lapisan sehingga ke lapisan langit dunia. Apabila semua kariah balik termasuk ustaz, malaikat pun bersurai balik ke langit. Mereka balik menghadap Allah SWT untuk memberi laporan. Sekiranya malaikat tidak melaporkan, Allah tetap mengetahui kerana Allah Maha Mengetahui. Sebagai syarat memenuhi formaliti mengajar manusia tentang peraturan tatacara kerja, Allah bertanya kemana malaikat pergi. Tujuannya apabila manusia didakwa di akhirat, malaikat dijadikan saksi. Malaikat memberitahu dalam majlis itu, manusia meminta sesuatu iaitu syurga Allah. Allah bertanya malaikat adakah manusia melihat syurgaku sedangkan mereka tidak pernah melihat. Allah berfirman pada malaikat lagi, sekiranya manusia diberi melihat syurgaku bagaimana keadaan mereka agaknya. Lapor malaikat, mereka sebentar tadi tidak pernah tengok neraka tetapi mereka meminta supaya dijauhkan dari neraka. Allah berfirman pada malaikat, sekiranya mereka melihat neraka bagaimana pula keadaan mereka agaknya. Kemudian malaikat melaporkan, manusia meminta keampunan Allah. Firman Allah, Aku akan memberi apa saja yang mereka mahukan termasuk SyurgaKu, jauh dari NerakaKu dan Aku memberi keampunanKu. Malaikat mengakhiri pertemuan dengan Allah itu dengan laporan terakhir iaitu terdapat seseorang yang lalu melintasi masjid sebentar tadi banyak membuat dosa dan dia singgah sebentar sekadar hanya duduk mendengar sedangkan dia tidak ikhlas dan tidak terniat langsung untuk dengar majlis ilmu. Allah berfirman pada malaikat bawahasanya bagi dia itupun akanKu ampunkan dosanya.   

Belas kasihan sesama Islam disuruh Syarak

bahrulmazi jilid 13 ms106 ust shamsuri  19-5-09. Tidak semestinya dia tidak dilahirkan berlainan ibubapa dia bukan saudara kita. Saudara yang dimaksudkan Islam ialah mengaku mengucap 2 kalimah syahadah. Kalau betul kita mengaku Islam dia Islam jangan dibiarkan atau pedulikan sesama saudara Islam yang dalam kesusahan dan kemiskinan. Sabda NabiSAW cukup baginya dosa dan orang jahat apabila menghina sesama muslim. Sesama Islam diharamkan menghina, mencaci, merampas harta dan membunuh.

Monday, May 18, 2009

Al-Quran hanya ditafsir melalui Hadis bukan akal


AnNisa 82-85 UsShamsuri 18/5/09 Sahih Al-Bukhari dari Ubadah bin Asamir RA sabda NabiSAW Ketika manusia sakaratul maut, Allah menampakkan hala tujunya samada taman syurga yang cerah lapang atau kubur yang sempit gelap dipenuhi ular.  Sahih Al Bulkhari sebelum Nabi tidur, Bismikallah amutu wa ahya (Dengan Allah aku mati dan hidup). AnNisa 82 Oreantalis mengkaji : Allah sebut perkataan dalam Al-Quran 30 juzuk. Dunia & Akhirat 115x, Hidup & Mati 145x, Malaikat & Syaitan 68x, Lelaki & Perempuan 24x, Bizmillah 114x Surah AtTaubah tiada Bizmillah tetapi ada dalam surah AnNam. Surah yang dimulakan Alhamdulillah ialah Al-Fatihah, AnNam, Kahfi, Sabak & Fatir. Lautan neraka berganda lebih dasyat dari lautan matahari. AnNisa 83 Allah benci khabar angin tanpa diselidik. Al-Quran menceritakan semula dalam injil Waraqah bin Naufal alim Tauhid Allah samawi memberitahu Khadijah akan berkahwin dengan Rasulullah SAW dan Bukhaira alim Tauhid samawi injil juga memberitahu Muhammad bakal menjadi Nabi SAW. Sabda NabiSAW aku melihat Waraqah bin Naufal sekarang di taman syurga. AnNisa84 Sekiranya Allah takdirkan NabiSAW berperang seorang diri maka Muhammad SAW akan berjuang berseorangan. Apa saja makhluk atas dunia merupakan tentera Allah yang bersedia membantu muslim dan bala bagi mereka yang berdosa. AnNisa85 Setiap perbuatan ada pembalasan dosa (azab akhirat) dan pahala (nikmat akhirat).

Tuesday, May 12, 2009

Wajah Bercahaya

Pengajian bahrulmazi jilid 19 bab Ilmu part 4 ust Shamsuri 12-05-09. 
Hasan lagi Sahih Sunan AtTirmizi Zaid bin Sabit radiallahu anhu sabda NabiSAW "diberi cahaya orang yang mendengar Hadisku.

Khabarkanlah hadisku ini walaupun mereka tidak bertanya. Kadang-kala apa yang kita sampaikan hadis tersebut pada seseorang yang lebih mujtahid dan lebih memahami ribuan hadis.  
Maka terus khabarkan kerana ia merupakan peringatan. Sekiranya apa yang diterangkan itu silap kemudian dibetulkan oleh seorang yang mujtahid tersbut ianya merupakan satu manfaat yang besar."

Bahrulmazi jilid 19 bab Ilmu part 5 ust Shamsuri 14-7-09
Sabda NabiSAW "Allah berjanji akan mencahayakan wajah sesiapa yang mendengar, menyampaikan dan mengamalkan Hadisku.  Dari Abi Mas'Ud RA tetapi sekiranya menokok nambah Hadis, tidak akan mendapat doa muka bercahaya oleh Rasulullah SAW

<------gambar potret lakaran wajah Syaikh Ahmed Yasin

Haram Adat dianggap Ibadat

Pengajian bahrulmazi jilid 19 part 4 ust Shamsuri 12-05-09. Sunan AtTirmizi riwayat Abdullah bin Mas'Ud radiallahu anhu yang bertanya pada para sahabat lain tentang apa yang perlu dibuat sekiranya berlaku fitnah akibat kekeliruan masyarakat dimana perbuatan yang tidak sunnah dianggap sunnah sedangkan ianya larangan NabiSAW. Mereka yang bertindak menegakkan Islam atas landasan Quran Hadis dianggap mungkar sedangkan masyarakat tetap sesat dalam batil sehingga hari kiamat.  Sahih Muslim sabda NabiSAW melarang sebarang pembinaan tembok pada tanah perkuburan Islam. 

Cakap Berpengaruh


Pengajian bahrulmazi jilid 19 part 4 ust Shamsuri 12-05-09

Sunan AtTirmizi riwayat Abi Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW sesiapa yang mempelajari teknik public speaking niat bukan kerana jalan Allah malah bertujuan memukau orang supaya terpedaya dan terpengaruh cakapnya, setiap amal fardu dan sunatnya tidak diterima Allah.

Niat berilmu selain amal untuk Allah

Pengajian kitab bahrulmazi jilid 19 ustaz Shamsuri 12-5-09.

Hasan Gharib Riwayat Imam AtTirmizi dari Ibnu Omar Al-Khattab radiallahu anhu sabda NabiSAW sesiapa menuntut menurut kehendak ilmu selain dari Allah maka duduknya di neraka. Sunan AtTirmizi riwayat Ibnu Abbas radiallahu anhu sabda NabiSAW di kalangan umatku akan ada golongan yang menuntut ilmu agama dengan bertujuan menggunakan ilmu agama sebagai menjadi sebahagian di sisi pemerintah dengan mengautkan pendapatan tinggi, menjadi terkenal, dihormati, kedudukan pangkat dan bukannya untuk membetulkan pemerintah. Golongan ini dijanjikan Allah tempatnya di neraka. 

Kewajipan berkasih sayang Kekeluargaan

Muqaddimah bahrulmazi jilid 19 ustaz Shamsuri 12-5-09.
Sahih Bukhari sabda NabiSAW kepada seorang arab badwi "Sekiranya tiada rasa kasih sayang pada anak cucu bermakna Allah telah menarik rahmat daripada dirinya"
Sahih Bukhari dari Abdillah bin Amru radiallahu anhu sabda NabiSAW kepada pemuda yang semangat jihadnya tinggi untuk berperang,"Jaga ibubapa kamu juga seperti berjihad di medan perang."

Jangan buat jahat salah satu dari Kewajipan Sedekah


Muqaddimah pengajian bahrulmazi jilid 19 ustaz Shamsuri 12-5-09
Sahih Riwayat Al Bukhari dari Abi Musa Al-Ash'ari sabda NabiSAW "menjadi kewajipan setiap umat Islam membiasakan diri dengan bersedekah. Sekiranya tidak mampu, pergilah bekerja dengan tulang empat kerat kamu. Setelah dapat hasil, bolehlah bersedekah untuk bekalan amalan akhirat. Sekiranya malas bekerja maka tolonglah orang. Sekiranya tidak menolong, maka menasihati orang berbuat baik. Sekiranya tidak mampu meminta orang buat baik maka akhir sekali jangan buat kejahatan."

Monday, May 11, 2009

Apabila terjadinya Kiamat

Pengajian Nurul Ihsan jilid 4 surah Al-Waaqi'ah ayat 1-26 ustaz Shamsuri 11-5-09. (1-3) Al-Waaqiah bermaksud Qiamat. Tiada siapa dapat menyangkal kerana ia membuktikan Keadilan Allah. (sokongan fakta surah Yasin) "Orang kafir selalu berkata orang Islam itu asyik cerita pasal Kiamat sejak turun termurun tetapi di manakah kiamat itu?"  Kamu tak perlu mencabarKu tetapi bila tiupan sangkakala pertama, manusia pasti tidak sempat menyusun wasiat. Tiupan sangkakala kedua seterusnya menghidupkan kembali manusia. Mereka menyebut "celaka siapa yang kejutkan aku ini" dan kemudian berkata "benarlah yang disebutkan oleh para nabi." 
(4-6)Goncangan kiamat akan menghancurkan bukit-bukau gunung-ganang menjadi debu yang beterbangan (7-10)Di akhirat, orang kafir tetap tempatnya neraka tetapi muslim umat Nabi Muhammad SAW terdiri dari 3 golongan penerima amalan iaitu tangan kanan bakal penghuni syurga, tangan kiri bakal penghuni neraka dan Asabiqun yang dijanjikan syurga iaitu orang yang sering mula-mula menuju destinasi ibadah terutama di zaman para sahabat Rasulullah SAW. (12-14)Golongan Asabiqun dan penerima amalan tangan kanan terselamat itu terdiri dari umat terdahulu dan akhir zaman.(15-18)Para Ashabiqun bergembira berbual sambil dilayani pemuda wildan dan bidadari syurga ketika ditempatkan sementara di transit Syurga Jannatul Naim sebelum perjalanan ke Syurga kekal.(19-22)Ahli syurga tidak merasa pening dan mabuk apabila menikmati arak dari syurga bahkan mereka enak menjamu pelbagai juadah menurut apa saja kehendak selera mereka. Nikmat yang dikurniakan Allah tersebut melebihi ribuan jutaaan gandaan melebihi kemuncak nikmat dunia. (23-26)Begitulah nikmatnya golongan Ashabiqun sehingga tidak terjangkau akal fikiran manusia. Sahih Bukhari Muslim, Allah membuat kemunculan memberi tawaran kemuncak nikmat yang lebih baik dari nikmat syurga. Penghuni syurga tertanya apakah itu ya Allah ya Tuhanku. Firman Allah "KeredhaanKu......"

Penerima Amalan Tangan Kiri vs Penerima Amalan Tangan Kanan - Al-Waqiah

Pengajian Nurul Ihsan jilid 4 surah Al-Waqiah ayat 27-73 ustaz Shamsuri 11-5-09. 

(27-30)Tiada apa yang dapat menyakitkan penerima amalan tangan kanan. Sahih Bukhari, luas teduh sebatang pohon syurga yang diperbuat dari emas sehingga ratusan tahun perjalanan pecutan kuda terlaju. 

(31-34) Kehebatan nikmat-nikmat Syurga ialah seluas lautan berbanding setitis air nikmat dunia. 

(35-36) Bidadari pengiring Syurga kekal perawan lagi semulajadi. 

(37-39) Usia penghuni syurga kekal sebaya 33 tahun bermula umat terdahulu sehingga akhir zaman dan mereka saling mencintai.

(40-45) Penerima amalan tangan kiri pula serta merta disambar angin panas dan diselubungi asap hitam disebabkan kelalaian mereka mengejar nikmat dunia. 

(46-48) Iaitu mereka yang leka dengan dosa besar dan mempersenda akan kewujudan barzakh. 

(49-51) Sabda NabiSAW menurut Allah, sepertimana keadaan manusia di dunia seperti itulah keadaan roh bercantum jasad ketika seluruh manusia dihimpunkan di padang mahsyar. 

(52) Penerima amalan tangan kiri ini dipaksa memakan buah zakum dari pokok yang hanya subur di dasar neraka. Mayang pokok zakum seperti kepala syaitan. Sekiranya air perahan zakum dititiskan ke dunia, serta merta mati seluruh hidupan. 

(53-54) Malaikat yang memasukkan zakum ke dalam mulut ahli neraka akan menyiram cairan tembaga panas sehingga lebur isi perut, tulang dan sendi manusia. 

(55-56) Seksaan kekal berterusan ini membuktikan betapa dasyatnya pembalasan Allah di hari akhirat sebagai tanda peringatan kepada manusia yang masih hidup di dunia pada ketika ini. (sekarang)