(27-30)Tiada apa yang dapat menyakitkan penerima amalan tangan kanan. Sahih Bukhari, luas teduh sebatang pohon syurga yang diperbuat dari emas sehingga ratusan tahun perjalanan pecutan kuda terlaju.
(31-34) Kehebatan nikmat-nikmat Syurga ialah seluas lautan berbanding setitis air nikmat dunia.
(35-36) Bidadari pengiring Syurga kekal perawan lagi semulajadi.
(37-39) Usia penghuni syurga kekal sebaya 33 tahun bermula umat terdahulu sehingga akhir zaman dan mereka saling mencintai.
(40-45) Penerima amalan tangan kiri pula serta merta disambar angin panas dan diselubungi asap hitam disebabkan kelalaian mereka mengejar nikmat dunia.
(46-48) Iaitu mereka yang leka dengan dosa besar dan mempersenda akan kewujudan barzakh.
(49-51) Sabda NabiSAW menurut Allah, sepertimana keadaan manusia di dunia seperti itulah keadaan roh bercantum jasad ketika seluruh manusia dihimpunkan di padang mahsyar.
(52) Penerima amalan tangan kiri ini dipaksa memakan buah zakum dari pokok yang hanya subur di dasar neraka. Mayang pokok zakum seperti kepala syaitan. Sekiranya air perahan zakum dititiskan ke dunia, serta merta mati seluruh hidupan.
(53-54) Malaikat yang memasukkan zakum ke dalam mulut ahli neraka akan menyiram cairan tembaga panas sehingga lebur isi perut, tulang dan sendi manusia.
(55-56) Seksaan kekal berterusan ini membuktikan betapa dasyatnya pembalasan Allah di hari akhirat sebagai tanda peringatan kepada manusia yang masih hidup di dunia pada ketika ini. (sekarang)
No comments:
Post a Comment