Pengajian Nurul Ihsan jilid 4 surah
Al-Waaqi'ah ayat 1-26 ustaz Shamsuri 11-5-09. (1-3) Al-Waaqiah bermaksud Qiamat. Tiada siapa dapat menyangkal kerana ia membuktikan Keadilan Allah. (sokongan fakta surah Yasin) "Orang kafir selalu berkata orang Islam itu asyik cerita pasal Kiamat sejak turun termurun tetapi di manakah kiamat itu?" Kamu tak perlu mencabarKu tetapi bila tiupan sangkakala pertama, manusia pasti tidak sempat menyusun wasiat. Tiupan sangkakala kedua seterusnya menghidupkan kembali manusia. Mereka menyebut "celaka siapa yang kejutkan aku ini" dan kemudian berkata "benarlah yang disebutkan oleh para nabi."
(4-6)Goncangan kiamat akan menghancurkan bukit-bukau gunung-ganang menjadi debu yang beterbangan (7-10)Di akhirat, orang kafir tetap tempatnya neraka tetapi muslim umat Nabi Muhammad SAW terdiri dari 3 golongan penerima amalan iaitu tangan kanan bakal penghuni syurga, tangan kiri bakal penghuni neraka dan Asabiqun yang dijanjikan syurga iaitu orang yang sering mula-mula menuju destinasi ibadah terutama di zaman para sahabat Rasulullah SAW. (12-14)Golongan Asabiqun dan penerima amalan tangan kanan terselamat itu terdiri dari umat terdahulu dan akhir zaman.(15-18)Para Ashabiqun bergembira berbual sambil dilayani pemuda wildan dan bidadari syurga ketika ditempatkan sementara di transit Syurga Jannatul Naim sebelum perjalanan ke Syurga kekal.(19-22)Ahli syurga tidak merasa pening dan mabuk apabila menikmati arak dari syurga bahkan mereka enak menjamu pelbagai juadah menurut apa saja kehendak selera mereka. Nikmat yang dikurniakan Allah tersebut melebihi ribuan jutaaan gandaan melebihi kemuncak nikmat dunia. (23-26)Begitulah nikmatnya golongan Ashabiqun sehingga tidak terjangkau akal fikiran manusia. Sahih Bukhari Muslim, Allah membuat kemunculan memberi tawaran kemuncak nikmat yang lebih baik dari nikmat syurga. Penghuni syurga tertanya apakah itu ya Allah ya Tuhanku. Firman Allah "KeredhaanKu......"
No comments:
Post a Comment