|
Ramai malaikat mengelilingi Majlis Zikir/Mengingati Allah. |
Muqaddimah Bahrulmazi bab 13 part 4 19Mei2009 ust Shamsuri. Sahih Imam Muslim Sabda NabiSAW. Firman Allah terdapat sekumpulan malaikat seperti peronda lebuhraya beterbangan setiap lapisan 7 langit mencari majlis ilmu yang mengingati pesan Allah dan pesan NabiSAW atau lebih dikenali dengan majlis zikir. Apabila malaikat jumpa tempat majlis zikir, mereka akan mendarat duduk bersama setiap kariah masjid dengan menghampar sayapnya sebagai tanda hormat Majlis Ilmu. Ramainya malaikat yang duduk dalam majlis ilmu seperti berselisih di antara setiap kariah dalam majlis tersebut meliputi setiap lapisan sehingga ke lapisan langit dunia. Apabila semua kariah balik termasuk ustaz, malaikat pun bersurai balik ke langit. Mereka balik menghadap Allah SWT untuk memberi laporan. Sekiranya malaikat tidak melaporkan, Allah tetap mengetahui kerana Allah Maha Mengetahui. Sebagai syarat memenuhi formaliti mengajar manusia tentang peraturan tatacara kerja, Allah bertanya kemana malaikat pergi. Tujuannya apabila manusia didakwa di akhirat, malaikat dijadikan saksi. Malaikat memberitahu dalam majlis itu, manusia meminta sesuatu iaitu syurga Allah. Allah bertanya malaikat adakah manusia melihat syurgaku sedangkan mereka tidak pernah melihat. Allah berfirman pada malaikat lagi, sekiranya manusia diberi melihat syurgaku bagaimana keadaan mereka agaknya. Lapor malaikat, mereka sebentar tadi tidak pernah tengok neraka tetapi mereka meminta supaya dijauhkan dari neraka. Allah berfirman pada malaikat, sekiranya mereka melihat neraka bagaimana pula keadaan mereka agaknya. Kemudian malaikat melaporkan, manusia meminta keampunan Allah. Firman Allah, Aku akan memberi apa saja yang mereka mahukan termasuk SyurgaKu, jauh dari NerakaKu dan Aku memberi keampunanKu.
Malaikat mengakhiri pertemuan dengan Allah itu dengan laporan terakhir iaitu terdapat seseorang yang lalu melintasi masjid sebentar tadi banyak membuat dosa dan dia singgah sebentar sekadar hanya duduk mendengar sedangkan dia tidak ikhlas dan tidak terniat langsung untuk dengar majlis ilmu. Allah berfirman pada malaikat bawahasanya bagi dia itupun akanKu ampunkan dosanya.
No comments:
Post a Comment