Nota Cinta

Tuesday, March 7, 2017

Makan Belalang "Harus"

Dato' Shamsuri - BM 12 Bab Hukum Makan Belalang, Masjid Sultanah Bahiyah 7.3.2017
Hadis Hasan Imam Ahmad dari Ibrahim@Ibnul Ashram dari bapanya Malek b Al Haris tabi’in dari Abu Zar ra. Sabda Nabi saw, “Para sahabatku yang terakhir meninggal dunia tidak akan keseorangan kerana akan dibantu sekumpulan mukmin.”

Abu Zar merupakan sahabat terakhir Nabi s.a.w. yang akan meninggal dunia. Walaupun kebiasaannya tidak ada orang yang lalu di laluan perkampungan tersebut tapi Abu Zar Al-Ghifari ra tetap yakin akan janji kata-kata Rasulnya dan kenyataan tersebut menjadi kenyataan.


Hasan lagi Sahih At Turmuzi dari Abdullah b. Abi Aufah ra. Nabi s.a.w. membenarkan para sahabat makan belalang ketika di medan perang. Mazhab Syafi'e: Harus

Tuesday, February 21, 2017

BERBEKAM

Syarah Dato' Shamsuri 21-2-2017 Masjid Muttaqin Jitra
Sahih Bukhari dari Salim cucu Omar Al-Khattab r anhuma. Sabda Nabi saw 2 kali, aku berlepas tangan dari pembunuhan tawanan perang oleh Khalid Al Walid ke atas mereka yang lidahnya sukar menyebut islamkan diri.

Sahih Muslim dari Abdir Rahman b Abdil sabda Nabi saw. Quran ada 7 jenis qiraat bacaan.
Khalid Al-Walid @Pedang dari Pedang-Pedang Allah

Bahrulmazi jilid 14 ms48 bab Bekam
Hasan Gharib At Tirmizi dari Ibnu Abbas. Nabi saw berbekam antara bahu kanan dan belikat pada 17, 19 & 21 hb kalendar Islam.
Hasan Gharib At Tirmizi dari Ibni Mas'Ud ra. Ketika Israk Mikraj, Para jemaah mala'ikat menyuruh umat Nabi saw agar berbekam.
Hasan Gharib At Tirmizi dari Ibnu Abbas r anhuma. Nabi saw membayar upah tukang bekam kerana mengeluarkan darah kotor dari badan. Baginda bersabda Isnin dan Khamis sesuai berbekam.
Sahih Al Hakim dari Abu Hurairah ra. Jibril memberitahu Rasulullah saw agar berbekam.

Hasan Ibnu Majah ra Ibnu Omar r anhuma sabda Nabi saw. Masa terbaik bekam ialah pagi selepas Subuh kerana ada kesembuhan serta ingatan otak yang bagus. Jauhi berbekam selain Isnin Selasa dan Khamis.

Monday, February 20, 2017

Baitul Makmur

gambar hiasan
Dato' Shamsuri 20-2-2017 Masjid Tmn Brown

Sahih Muslim, dari Ibrahim dari bapaku Yazid At Taini dari Abu Zar Al Ghifari ra sabda Nabi saw. Allah jadikan mana-mana permukaan bumi ini dibenarkan solat.

Fathul Bhari, Sahih Bukhari, Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw. Allah perintahkan Nabi Ibrahim as memanggil seluruh manusia menunaikan haji di ka'bah yang siap dibina bersama anaknya Ismail as. Ibrahim as menyatakan ia mustahil dilakukan, Allah membalas serahkan urusan lain kepadaNya dengan syarat mesti lakukan terlebih dahulu. Akhirnya, manusia datang dari seluruh pelusuk dunia.

Sahih dari Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Al-Baitul Makmur terletak di langit ke 7 bertepatan di bawahnya ka’bah di bumi. Setiap hari 70,000 mala'ikat tawaf silih berganti mengelilinginya sekali sepanjang hayat mereka sehingga kiamat.


Tafsir Nurul Ihsan jilid 1 ms 243 surah Al-Maidah 97-99
5:97 Allah jadikan ka'bah sebagai rumah suci, arah solat, menunaikan haji dan umrah serta arah sembelihan dan korban. Allah Maha Mengetahui peristiwa yang lepas dan akan datang.
5:98 Seksa Allah amat pedih bagi mereka yang berdosa dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani bagi orang yang mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

5:99 Nabi saw hanya berdakwah dan Allah sentiasa mengetahui samada manusia mengikut RasulNya atau sebaliknya.

Wednesday, February 8, 2017

SIAPA ABU HURAIRAH RA

Ustaz Shamsuri - BM 21 Bab Bersedekah Harta Yang Buruk-Buruk Dan Simpan Harta Yang Elok, Masjid Abdullah Fahim 8.2.2017

gambar hiasan
Adbur Rahman bin Saqar merupakan pemuda miskin Yaman yang kemudiannya berkahwin dengan anak hartawan. Beliau berakhlak mulia dan kuat bersedekah.
Hadis Riwayat AbdurRahman bin Saqar (gelaran Abu “Hurairah/kucing kecil” ra oleh Rasulullah s.a.w.). Periwayat 5374 buah hadis. Kata beliau “Nabi s.a.w. sangat memahami dan bijak.”
Puak Ansar bersedekah pada Ahlul Sufah di masjid Rasulullah s.a.w. mengikut kemampuan masing-masing. Gantungan tandanan kurma dibenarkan Nabi s.a.w. di masjid untuk santapan penuntut ilmu.

Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra. Sabda Nabi s.a.w. Hanya muslim yang benar-benar beriman akan mendapat syafaatku. 

Sahih At Turmuzi dari Al-Barraq b Aziq ra sabda Nabi s.a.w. Quran menyatakan jangan kedekut dan bersedekah yang baik-baik. 

Tuesday, February 7, 2017

BATALION ISLAM TAWAN MESIR

BATALION ISLAM TAWAN MESIR

Ustaz Shamsuri BM 12 Bab Makan Untuk Beribadah,Masjid Sultanah Bahiyah 7.2.2017

KOMANDER BATALION ISLAM MENAWAN MESIR - UBADAH B ASSAMIT radiallahu anhu

Sahih Muslim dari AsSunabihi ra dari Ubadah b Assamit r anhuma sabda Nabi s.a.w. Manusia yang meninggal dunia dalam keadaan muslim akan masuk ke syurga.

Ubadah b Assamit pernah menjadi salah seorang komander pasukan pimpinan Amru Al-Az bertujuan menakluk Mesir. Mulkaskis, pemerintah Mesir ketika itu mengarahkan tentera pertahanannya mengusir Ubadah tetapi Ubadah membalas, “sekiranya aku diusir maka akan datang ramai lagi yang lebih berkulit hitam dan lebih gerun dariku. Wahai Mulkaskis, kami adalah pasukan Islam yang mencari keredhaan Allah. Kami muslim hanya makan untuk menghilangkan kelaparan. Kami muslim hanya perlukan sehelai selimut saja untuk tidur lena tanpa kesejukan malam. Kami sekiranya diberikan uncang emas, kami langsung tidak pandang uncang emas tersebut malah kami akan agihkannya kepada fakir miskin.” Pemerintah Mesir kemudian berpaling kepada bala tenteranya sambil berkata, “Ketika dia masuk sebentar tadi, aku sudah ketakutan. Kini, percakapannya lebih menggerunkan aku.” Akhirnya Mesir jatuh ke tangan Islam pada zaman perintahan Khalifah Omar Al-Khattab ra.

Bahrulmazi jilid 12 ms 207 MUSLIM MAKAN SEDIKIT, KAFIR MAKAN BANYAK
Hasan Sahih At Tirmizi dari Ibnu Omar Al-Khattab r anhuma sabda Nabi s.a.w. Mukmin makan sedikit, kafir makan banyak. Hasan Sahih lagi Gharib At Turmuzi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Mukmin makan satu perut, kafir makan 7 perut

Hasan Sahih AtTirmizi dari Abu Hurairah ra, sabda Nabi s.a.w. Berkongsilah makanan walaupun sedikit kerana makanan berdua cukup untuk bertiga, bertiga cukup berempat dan seterusnya.

Sahih Muslim dari Anaz b Malek ra, walaupun makanan dirumahku sedikit tetapi aku nampak makanan tambahan keluar dari celahan jari Nabi s.a.w. cukup menampung jamuan 100 ahli sufah secara 10 orang makan bergiliran.

Monday, February 6, 2017

AN-Nahl 110-112 Anggota tubuh Manusia saksi dosa

Ustaz Shamsuri - TN 2 Tafsir Surah An Nahl Ayat 110-112, Masjid simpang empat 6.2.2017

Sahih At Tirmizi dari Abi Hurairah r.a sabda Nabi s.a.w. 
Khalid Al-Walid bakal menjadi pedang dari pedang-pedang Allah.  
Tafsir Nurul Ihsan Ms319 “Teks pemahaman” An Nahl 16:110-112

16:110 Allah memaafkan muslim yang dipaksa murtad dengan seksaan dan ugutan bunuh oleh kafir Quraisyh.
16:111 Di akhirat, anggota tubuh badan manusia akan menjadi saksi kepada setiap dosa yang telah dilakukan. Riwayat Ibnu Abbas, roh dan jasad juga saling menyalahkan sesama mereka tetapi firman Allah, kedua-duanya dicampak ke neraka.
16:112 Allah mengurniakan negara yang aman dengan limpahan rezeki tetapi sekiranya kufur sehingga mendatangkan kemurkaan Allah, maka azab bencana akan turun. Sahih Muslim, Nabi s.a.w. baca qunut nazilah untuk selamatkan muslim yang ditindas dan meminta Allah kuatkan azab ke atas penentang Islam. Mekah kemudiannya kemarau dasyat sehingga kafir yang kelaparan memakan bangkai.

Wednesday, January 11, 2017

Solat Wusto@Asar

Syarah Ustaz Shamsuri BM Solat Wusto 11.1.17 Masjid Abdullah Fahim

Surah Al-Ghafir ayat 50: Bukankah semasa 
di dunia terdapat info kafir kekal neraka?
(Soalan Allah pada Manusia kekal Neraka)
Sahih At Tirmizi sabda Nabi s.a.w. Ghafir 50: Bukankah semasa  di dunia terdapat maklumat mati kafir kekal neraka. Al-Mukminun 106: Kafir memohon untuk kembali ke dunia  setelah menyesal akibat tidak muslim. Al-Mukminun 108: Allah membalas mati kafir kekal neraka dan jangan berani bercakap denganKu lagi.
Sahih At Tirmizi dari Anas b Malek ra sabda Nabi s.a.w. Al-Hijr 2,  Setelah muslim diseksa dan dibebaskan, kafir yang kekal neraka menyesal akibat tidak mati dalam Islam.

Dalil Paling Kuat WUSTO itu ASAR
Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Samurah b Jundub ra sabda Nabi s.a.w. Solat Wusto itu Asar.
Hasan lagi Sahih At Tirmizi dari Ali b Abi Talib Karamalla hu wajha. Nabi s.a.w. berdoa kebinasaan kepada kafir dalam perang Kandak kerana menyebabkan baginda lewat solat Wusto pada waktu Asar.
Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Zaid b Sabit, Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Solat Wusto adalah solat Asar.

Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Zaid b Arqam ra sabda Nabi s.a.w. Berdiri solat kerana Allah dalam keadaan diam kecuali zikir puji-pujian kepada Allah.

Tuesday, November 15, 2016

Ibnu Zubair minum darah bekam Nabi s.a.w.

Ustaz Shamsuri - BM 14 Bab Ubat Yang Dikhabarkan Oleh Syarak,Masjid Muttaqin Jitra 15.11.2016

Zaman kanak-kanak Ibnu Zubair Al-Awwam, beliau telah bersumpah taat setia pada Rasulullah s.a.w. semasa usia kanak-kanak. 


Ibnu Zubair Al-Awwam r anhuma minum darah bekam Rasulullah s.a.w. 
Hadis Hasan dari Amir ibni Abdillah r anhuma dari Abu Asim dari Abu Salamah ra. Rasulullah s.a.w. memerintahkan ibnu Zubair membuang darah bekam baginda sebaliknya ibnu Zubair secara sembunyi meminum darah tersebut. Setelah Nabi s.a.w. mendapat tahu, baginda bersabda "Celakalah kamu ibnu Zubair dengan orang dan celakalah orang dengan kamu." 

Zaman remaja Ibnu Zubair Al-Awwam disegani Khalifah yang menawan 2/3 dunia. 

Ketika Omar Al-Khattab menjadi khalifah, ramai kanak-kanak melarikan diri apabila terserempak dengan Omar kecuali ibnu Zubair Al-Awwam. Omar bertanya, kenapa kamu tidak lari seperti budak-budak lain? Jawab Ibnu Zubair, kenapa perlu takut sedangkan aku tidak buat salah. Omar membalas. kamu bakal menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti.

Zaman kegemilangan Ibnu Zubair Al-Awwam 

Selepas zaman khulafa ArRasyidin. Abdullah bin Zubair berjaya menewaskan khalifah Malek bin Marwan untuk menguasai Mekah bagi merobohkan ka'bah lama untuk digantikan dengan ka'bah baru impian Rasulullah s.a.w. mirip binaan Nabi Ibrahim as seperti yang diberitahu A'isyah r anha. Berita Mekah ditawan Ibnu Zubair dan rakan-rakannya mengundang kemarahan gabenor Iraq ketika itu iaitu Hajjaj As Saqafi. Hajjaj menubuhkan pasukan bala tentera sehingga berlakunya peristiwa Iraq menyerang Mekah. Ibnu Zubair ditawan, dihukum bunuh dengan mayatnya disula dan disalib. Ka'bah impian Rasulullah s.a.w. yang sedang dalam pembinaan dirobohkan dan akhirnya ka'bah kembali dibina seperti bentuk asal sehingga hari ini. 

Ramai para sahabat berpendapat, kekuatan Ibnu Zubair ini berpunca dari minum darah bekam Nabi s.a.w. 

Hukum makan darah dan bangkai adalah haram @Sepakat Jumhur Ulama
Minum darah Nabi s.a.w. dilarang tetapi ada diantara beberapa sahabat yang melakukan demikian demi perasaan sayang terhadap Nabi s.a.w. melebihi keadaan. 

Sepakat ulama, hujung rambut sehingga hujung kaki Nabi s.a.w. ada keberkatan. Keberkatan ini hanya ada pada tubuh Rasulullah s.a.w. tiada pada manusia lain selain baginda. 


Sahih Muslim dari Anaz b Malek ra, ibuku Ummu Sulaim r anha menadah peluh Rasulullah s.a.w. untuk dijadikan minyak wangi dan Nabi s.a.w. membenarkan akan keberkatan peluh baginda.
gambar hiasan

CELAK PAKAI UNTUK TIDUR

Hadis Hasan Gharib At Tirmizi dari Abbad ibni Mansur ra. Sunnah Nabi s.a.w. memakai celak dengan 3 calitan kiri dan 3 clitan kanan ketika hendak tidur.

Hasan lagi Sahih At Tirmizi dari Imran b Husein ra. Nabi s.a.w. menegah Imran dari berubat buasirnya dengan guna besi panas.

Hasan lagi Gharib At Turmuzi dari Anas b Malek ra. Nabi s.a.w. telah menggunakan besi panas untuk mengubati penyakit tulang belakang As Ad b Zurarah ra.

Hasan lagi Gharib At Turmuzi dari Jabir b Abdillah ra Nabi s.a.w.pernah mengubati Ubai b Kaap ra menggunakan besi panas. 

Nabi s.a.w. menggunakan besi panas untuk mengubati para sahabat atas kapasiti penyakit tertentu yang dihidapi tetapi baginda menegah keras penggunaan besi panas ini. 

Wednesday, November 9, 2016

Doa kebaikan kepada orang lain sebenarnya untuk diri kita.

Ustaz Shamsuri - BM 21 Bab Perintah Menulis Al Quran, Masjid Abdullah Fahim 9.11.2016

Sahih Muslim, Safwan Abdillah ra. sabda Nabi s.a.w.  Mala’ikat akan berdoa kebaikan kepada orang yang mendoakan kebaikan pada orang lain.

Sahih Bukhari dari tabi’in Ibrahim dari Al-Qomah b Kais. Para sahabat sangat saling menghormati dikalangan mereka.

Hadis Sahih AtTirmizi dari Abu Yunus ra. Kalimah hafazan A’isyah r anha merupakan pengisian Quran dari Rasulullah s.a.w. tetapi tidak sama dengan sepakat hafazan para sahabat lain.  

Menurut Imam Nawawi, bacaan A’isyah ayat 238 Al-Baqarah yang ganjil qiraahnya itu tidak salah tetapi  Quran ditulis mengikut persamaan majoriti qiraat hafazan para sahabat lain. 

Monday, November 7, 2016

An Nahl 16:106-109 Amar bin Yaser ra

Ustaz Shamsuri - TN 2 Tafsir Surah An Nahl Ayat 106-109,Masjid simpang empat 7.11.2016

Menurut Al-Barraq b Aziq ra, Mus’Ab b Umai ra dan seorang bilal yang buta iaitu Ibnu Umi Maktum ra merupakan guru Quran sebelum peristiwa Maal Hijrah.  Bilal, Saad b Abi Waqaz dan Amar b Yaser sahabat terawal hijrah ke Madinah. Rombongan seterusnya ialah Omar dan 20 sahabat besar lain sebelum penghijrahan Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar As Siddiq ra. Keseronokan penduduk Madinah sangat tidak terhingga apabila tiba Rasulullah s.a.w.  

gambar sekadar hiasan
Sahih Bukhari dari Amar b Yaser ra. sabda Nabi s.a.w. memadai tayamum dan mandi wajib dengan menepuk dua tapak tangan pada debu nipis pasir untuk menyapu muka dan tangan kanan diikuti tangan kiri.
Sahih Bukhari dari Ibnu Abbas. Sabda Nabi s.a.w. Kasihan Amar b Yaser, sumbangan Islamnya besar tetapi kesudahan hidupnya dibunuh pemberontak. Amar segera membalas, ya Allah, aku mohon berlindung dari fitnah yang baginda Rasulullah s.a.w. sebutkan itu.

AnNahl 16:106-109

16:106 Sengaja murtad dimurkai Allah kecuali mereka yang dipaksa murtad tetapi hati mereka tetap memilih Islam.

Sahih AtTirmizi sabda Nabi s.a.w. Syurga merindui Ali Abi Talib, Amar b Yaser dan Salman Al-Farisi.
Sahih AtTirmizi sabda Nabi s.a.w. kepada Khalid Al-Walid yang bertengkar dengan Amar b Yaser, sesiapa yang memusuhi Amar akan dimusuhi Allah. Khalid segera mencari Amar memohon kemaafan sehingga Amar meredhai beliau.

16:107 Kekufuran mereka disebabkan menyintai dunia melebihi akhirat dan Allah telah menutup pintu hidayah buat mereka.  
16:108 Apabila pintu hati mereka ditutup, pendengaran dan penglihatan mereka tidak berfungsi dalam mencari kebenaran.

16:109 Rugilah mereka di akhirat kelak. 

Tuesday, November 1, 2016

Keputusan Quran hadis Sahih MUKTAMAD

Ustaz Shamsuri - BM 12 Bab Makan Bersama Dengan Orang Kena Penyakit Kusta,Masjid Sultanah Bahiyah 1.11.2016

Muqqaddimah. Ramai para sahabat meragui kepimpinan Usamah b Zaid ra lalu mengadu pada Abu Bakar As Siddiq ra. Abu Bakar As Siddiq ra menegaskan, siapalah aku sekiranya yang membuat keputusan memilih Usamah b Zaid ra sebagai ketua angkatan perang itu ialah Rasulullah s.a.w. sendiri. Tidak lama kemudian, Usamah berjaya membawa panji Islam menawan Mesir dan Parsi

Pengajian kitab Bahrulmazi Ms206 JAUHI PENYAKIT BERJANGKIT

Hadis Daif AtTurmuzi. Nabi s.a.w. makan bersama dengan pesakit kusta dengan bertawakal pada Allah sekiranya berjangkit semuanya dengan izin Allah.
Sahih At Turmuzi . sabda Nabi s.a.w. lari dan jangan bercampur dengan pesakit berjangkit kusta.

Sahih AtTurmuzi. Nabi s.a.w. sendiri tidak bercampur dan enggan bersalaman dengan pesakit berjangkit kusta. 

Tuesday, October 25, 2016

Imam baca surah pendek atau panjang?

Ustaz Shamsuri, Masjid Padang Temusu 25.10.2016

HR Ibnu Majah sabda Nabi s.a.w. Jumaat merupakan hari Nabi Adam as dikeluarkan dari syurga dan hari baginda diwafatkan. Jumaat juga merupakan hari mustajab doa dan hari bermula kiamat. Seluruh makhluk gunung-ganang bukit-bukau lautan luas gentar akan kemuliaan hari Jumaat maka kerana itu, Jumaat adalah penghulu segala hari.



Pengajian kitab Bahrulmazi  jilid 2 ms222 Bacaan imam solat Subuh

Hasan lagi Sahih AtTurmuzi dari Jabir b Samurah ra sabda Nabi s.a.w. Sunnah baca surah panjang bagi meraikan kesempatan makmum menyertai berjemaah manakala sunnah memendekkan surah sekiranya terdapat makmum yang mempunyai urusan penting kehidupan. 

Saturday, October 22, 2016

Pencetus Ummah

Ustaz Shamsuri - Bicara Perdana,Huffaz Perjana Masyarakat Ke Arah Rahmatun,Masjid Bandar Perda 22.10.2016

Kaap b Malek ra, sabda Nabi s.a.w. Barang siapa menuntut ilmu bertujuan untuk mencari populariti atau berdebat dengan ulama atau memperbodohkan orang yang kurang ilmu maka dia akan dibawa ke neraka.

Sahih Bukhari dari Abdullah bin Kais ra. sabda Nabi s.a.w. Dakwahlah dengan mesej mudah faham dan khabarkan berita gembira akan peluang keampunan untuk mendapatkan syurga Allah.

Syarah Fathul bhari sahih Bukhari syarah dari Imam As Syafie. Mengejar populariti Selebriti Dakwah akan memusnahkan diri.

Sahih Bukhari Yazid Umarah ra. dari Muaz b Jabbal ra. sabda Nabi s,a,w, Ilmu dan Iman berkedudukan istimewa yang memerlukan usaha kuat dalam menempuhi laluan sukar.
.
Umat Islam akhir zaman ibarat buih yang hanyut iaitu ramai tetapi miskin, lemah dan dipandang rendah oleh bukan Islam. Ini kerana muslim terpesona mengejar dunia disamping tidak mengendahkan kematian.
A'isyah r anha doa Nabi s.a.w. Ya Allah, pemimpin terpilih dikalangan umatku yang memudahkan rakyat maka mudahkan hidupnya manakala sekiranya sebaliknya maka susahkan hidupnya.

Sahih Muslim dari Abdillah b Mas'Ud ra sabda Nabi s.a.w. Tidak masuk syurga sesiapa yang ada sifat takabur iaitu menolak kebenaran disamping memandang hina orang lain.

Sahih Bukhari dari Ummu Habibah@Ramlah bt Abu Suffian. aku tidak boleh menikahi adik dan kakak sekaligus kerana ia menyalahi syariah.

Sahih Imam Ahmad Nabi s.a.w. Wahai Zahir, walaupun kamu langsung tidak dikenali masyarakat tetapi kamu mahsyur di sisi Allah dan Rasul.

Surah TaHa 124-127 Hari ini (akhirat) Aku butakan mata kamu kerana kamu tidak mengendahkan Quran Hadis semasa kamu masih hidup di dunia. Demikianlah azab kepada mereka yang melampau batas iaitu yang berpaling dari peringatan Quran Hadis. Sesungguhnya azab Allah amat dasyat. 


Tuesday, October 18, 2016

Harus sekiranya tiada ubat yang halal

Ustaz Shamsuri - BM 14 Bab Bolehkah Berubat Dengan Benda Najis,Masjid Muttaqin Jitra 18.10.2016 Syarah pengajian kitab Bahrulmazi jilid 14 ms 63
gambar hiasan

Harus sekiranya insulin dari babi tetapi haram sekiranya ada yang halal kerana Sabda Nabi s.a.w. Allah tidak menjadikan sembuh daripada benda najis yang haram maka haram sekiranya ada ubat yang halal. 

Pendapat Imam An Nawawi dan imam As-Syafi'e, harus minum arak dalam keadaan kritikal atau sekiranya darurat yang boleh membawa maut. Sebahagian ulama mewajibkan bagi menyelamatkan nyawa dari maut. 

HR AtTirmizi dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi s.a.w. 4 Kaedah perawatan 1) Titik ubat ikut hidung 2) Titik ubat ikut mulut 3) Berbekam-Buang darah kotor 4) Makan julap - Pembersihan usus

Monday, October 17, 2016

JAUHI ARAK,JUDI,CATUR,TILIK NASIB ANAK PANAH

Syarah Ustaz Shamsuri - TN 1 Tafsir Surah Al Maidah Ayat 90-92 [17.10.2016] Pengajian kitab Nurul Ihsan

Sahih Bukhari sabda Nabi s.a.w. pada akhir zaman nanti, ramai manusia alim meninggal dunia, zina terang-terangan, arak bebas diminum, nisbah 1 lelaki 50 perempuan.

Sahih AnNasa'i sabda Nabi s.a.w. Akan lambat masuk syurga apabila mengungkit kebaikan, derhaka ibu bapa dan tidak bertaubat dari minum arak. 

gambar hiasan
Sahih AtTurmuzi dari Abdillah b Omar Al-Khattab sabda Nabi s.a.w. Allah tidak menerima solat selama 40 hari bersamaan setitik arak yang diminum.

Sahih Abu Daud sabda Nabi s.a.w. Allah melaknat sesiapa yang terlibat dengan arak. 

Anaz bin Malek ra. Bapa tiriku Abu Talhah dengan segera memusnahkan tong-tong araknya apabila turun ayat Quran mengharamkan arak. 

Nurul Ihsan ilid 1 ms 241 Surah Al-maidah ayat 5:90-92

90; Wahai mukmin, 1)arak-menutup kewarasan 2)judi-mudah dapat wang dan mudah hilang duit 3)catur-patung-patung kecil objek bernyawa/berhala 4)permainan tikam tilik nasib anak panah. Keempat-empat ini haram dan jauhilah agar mudah-mudahan syurga menjadi tempat kejayaan kita. 
91; Arak dan judi ini adalah senjata syaitan untuk mewujudkan pergaduhan dan permusuhan dikalangan manusia.
92; Taatlah Allah dan Rasul, sesungguhnya Rasul hanya penyampai. 

Hadis Sahih dari A'isyah r anha. Saad Abi Waqaz meninggal dunia di Madinah. 
BUKAN di China