Ustaz Shamsuri - Bicara Perdana,Huffaz Perjana Masyarakat Ke Arah Rahmatun,Masjid Bandar Perda 22.10.2016
Kaap b Malek ra, sabda Nabi s.a.w. Barang siapa menuntut ilmu bertujuan untuk mencari populariti atau berdebat dengan ulama atau memperbodohkan orang yang kurang ilmu maka dia akan dibawa ke neraka.
Sahih Bukhari dari Abdullah bin Kais ra. sabda Nabi s.a.w. Dakwahlah dengan mesej mudah faham dan khabarkan berita gembira akan peluang keampunan untuk mendapatkan syurga Allah.
Syarah Fathul bhari sahih Bukhari syarah dari Imam As Syafie. Mengejar populariti Selebriti Dakwah akan memusnahkan diri.
Sahih Bukhari Yazid Umarah ra. dari Muaz b Jabbal ra. sabda Nabi s,a,w, Ilmu dan Iman berkedudukan istimewa yang memerlukan usaha kuat dalam menempuhi laluan sukar.
.
Umat Islam akhir zaman ibarat buih yang hanyut iaitu ramai tetapi miskin, lemah dan dipandang rendah oleh bukan Islam. Ini kerana muslim terpesona mengejar dunia disamping tidak mengendahkan kematian.
A'isyah r anha doa Nabi s.a.w. Ya Allah, pemimpin terpilih dikalangan umatku yang memudahkan rakyat maka mudahkan hidupnya manakala sekiranya sebaliknya maka susahkan hidupnya.
Sahih Muslim dari Abdillah b Mas'Ud ra sabda Nabi s.a.w. Tidak masuk syurga sesiapa yang ada sifat takabur iaitu menolak kebenaran disamping memandang hina orang lain.
Sahih Bukhari dari Ummu Habibah@Ramlah bt Abu Suffian. aku tidak boleh menikahi adik dan kakak sekaligus kerana ia menyalahi syariah.
Sahih Imam Ahmad Nabi s.a.w. Wahai Zahir, walaupun kamu langsung tidak dikenali masyarakat tetapi kamu mahsyur di sisi Allah dan Rasul.
Surah TaHa 124-127 Hari ini (akhirat) Aku butakan mata kamu kerana kamu tidak mengendahkan Quran Hadis semasa kamu masih hidup di dunia. Demikianlah azab kepada mereka yang melampau batas iaitu yang berpaling dari peringatan Quran Hadis. Sesungguhnya azab Allah amat dasyat.
No comments:
Post a Comment