Nota Cinta

Monday, November 7, 2016

An Nahl 16:106-109 Amar bin Yaser ra

Ustaz Shamsuri - TN 2 Tafsir Surah An Nahl Ayat 106-109,Masjid simpang empat 7.11.2016

Menurut Al-Barraq b Aziq ra, Mus’Ab b Umai ra dan seorang bilal yang buta iaitu Ibnu Umi Maktum ra merupakan guru Quran sebelum peristiwa Maal Hijrah.  Bilal, Saad b Abi Waqaz dan Amar b Yaser sahabat terawal hijrah ke Madinah. Rombongan seterusnya ialah Omar dan 20 sahabat besar lain sebelum penghijrahan Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar As Siddiq ra. Keseronokan penduduk Madinah sangat tidak terhingga apabila tiba Rasulullah s.a.w.  

gambar sekadar hiasan
Sahih Bukhari dari Amar b Yaser ra. sabda Nabi s.a.w. memadai tayamum dan mandi wajib dengan menepuk dua tapak tangan pada debu nipis pasir untuk menyapu muka dan tangan kanan diikuti tangan kiri.
Sahih Bukhari dari Ibnu Abbas. Sabda Nabi s.a.w. Kasihan Amar b Yaser, sumbangan Islamnya besar tetapi kesudahan hidupnya dibunuh pemberontak. Amar segera membalas, ya Allah, aku mohon berlindung dari fitnah yang baginda Rasulullah s.a.w. sebutkan itu.

AnNahl 16:106-109

16:106 Sengaja murtad dimurkai Allah kecuali mereka yang dipaksa murtad tetapi hati mereka tetap memilih Islam.

Sahih AtTirmizi sabda Nabi s.a.w. Syurga merindui Ali Abi Talib, Amar b Yaser dan Salman Al-Farisi.
Sahih AtTirmizi sabda Nabi s.a.w. kepada Khalid Al-Walid yang bertengkar dengan Amar b Yaser, sesiapa yang memusuhi Amar akan dimusuhi Allah. Khalid segera mencari Amar memohon kemaafan sehingga Amar meredhai beliau.

16:107 Kekufuran mereka disebabkan menyintai dunia melebihi akhirat dan Allah telah menutup pintu hidayah buat mereka.  
16:108 Apabila pintu hati mereka ditutup, pendengaran dan penglihatan mereka tidak berfungsi dalam mencari kebenaran.

16:109 Rugilah mereka di akhirat kelak. 

No comments:

Post a Comment