Nota Cinta

Monday, May 11, 2009

"emak....", Jawab RasulullahSAW

Muqaddimah Nurul Ihsan jilid 4 surah Al-Waqiah ayat 27-73 ustaz Shamsuri 11-5-09 


Sahih Bukhari dari Abi Hurairah radiallahu anhu, seorang sahabat bertanya RasulullahSAW tentang siapa yang patut diutamakan untuk diberi perhatian, diambil berat dan berkasih sayang. Sabda NabiSAW “emak...”. Setelah 2 kali mendapat jawapan yang sama sahabat tersebut mengulangi soalan kali ke 3 tetapi kali ini selain dari emak siapa lagi ya RasulullahSAW? tetapi tetap mendapat jawapan yang sama iaitu "emak...". Akhirnya jawapan untuk ulangan soalan kali ke-4 disabdakan NabiSAW ”ayah”

Siapa susah hati berjaga malam bersengkang mata apabila anak menangis! “emak....”
Siapa yang menyimpan sedikit demi sedikit wang untuk anak yang cita-cita hendakkan sesuatu! "emak...."
Siapa yang sujud syukur berterima kasih pada anak apabila anak menghadiahkan sesuatu! “emak....”
Bila anak bergaduh dengan seseorang siapa yang mempertahankan anak! "emak....."
Sedangkan anak bila berterima kasih kepada siapa? “kawan...” Hari ini emak sunyi anak tak balik.....

Tuesday, May 5, 2009

Fitnah Akhir Zaman & Kemusnahan oleh dajjal

BahrulMazi jilid 15 mukasurat 200 & Fitnah 5Mei09 Ust Shamsuri. Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Hadis Riwayat AnNawas bin Sam’An. Ketika dikebun Kurma, NabiMuhammadSAW bercerita tentang Dajjal seketika suaranya perlahan seketika suaranya kuat. Selepas bersurai dan berjumpa kembali selepas Asar, para sahabat kelihatan muram dan ditanya kenapa oleh NabiSAW. Mereka memberitahu bagaimana kami tidak muram sedangkan Dajjal sekarang telah ada. NabiSAW kemudian bersabda Dajjal tidak datang lagi. Kalau ada hari ni ketika aku masih hidup biar aku seorang sahaja menghadapi Dajjal tidak perlu kamu semua menolongku. Usahlah risau. Dajjal merupakan seorang pemuda yang berambut kerinting dengan sebelah matanya seperti biji anggur dan sekiranya terserempak dengan Dajjal, bacalah ayat awal surah Al-Kahfi. Dajjal akan turun diantara Syam, Siria dan Iraq, dia akan bermaharajalela selama 40 hari, Harinya seolah-olah Sehari seperti sebulan sehari seperti seminggu dan sehari seperti harian biasa. Laju pergerakannya seolah-olah lajunya angin bertiup. Dia akan pergi kesemua tempat dengan tujuan supaya manusia mengakunya Tuhan. Tipu dayanya amat mengelirukan. Apabila Dajjal menyuruh langit menurunkan hujan dengan izin Allah maka turun hujan dan disuruh bumi menghidupkan tanaman maka tumbuh serta merta pokok sebagai ujian keimanan kepada manusia ketika itu.
Di pinggir Madinah ketika cubaannya masuk ke Madinah gagal kerana dihalang oleh para Malaikat, muncul seorang pemuda lalu dibelah mati dan dicantumkan semula menghidupkan kembali pemuda tersebut.  Namun pemuda tersebut tetap menafikan Dajjal sebagai Tuhan. Tidak dapat mempengaruhi pemuda beriman itu Dajjal kemudian meneruskan perjalannya ke BaitulMaqdis sehingga turunnya Nabi Isa AlaihisSalam datang membunuh Dajjal di sebuah kampung BabLud berdekatan BaitulMaqdis.

Bencana akibat tidak mengambil Islam secara menyeluruh

BM15 Fitnah 5Mei09 Ust Shamsuri, Firman Allah surah Al-Maidah ayat 3 "Islam satu cara hidup yang sempurna sehingga kiamat". Punca huru-hara ialah manusia mahu jadi orang Islam tetapi tidak mengambil Islam secara sempurna dan menolak sebahagian surah yang lain. Sahih Bukhari dari UbadahRA sabda NabiSAW "Berjanjilah denganku, kamu semua tidak akan syirik Allah, jangan mencuri, jangan bunuh anak, jangan berbohong dan selagi mana aku tidak berbuat salah jangan derhaka aku. Sekiranya kamu melanggar salah satu perjanjian seperti mencuri, kamu akan dipotong tangan di dunia dan Allah tidak akan membalasnya di Akhirat tetapi sekiranya kamu tidak dihukum di dunia, Allah pasti mengazab di Akhirat melainkan kamu taubat Nasuha"
Hassan lagi Sahih Bukhari dari Anaz bin MalekRA sabda NabiSAW bersabarlah dengan dunia sementara kerana keadaan akan semakin teruk dari tahun ke tahun berikutnya sehingga semua manusia menjadi kafir dan tiada lagi sebutan kalimah Allah di muka bumi ini. Dalam dunia menuju keadaan tersebut, turun Dajjal dan muncul Nabi Isa AS membunuhnya. Selepas itu turun makhluk yakjud dan makjud merosakkan bumi dan dengan izin Allah, doa Isa AS menghapuskan yakjud makjud. Selepas kewafatan Isa AS, sebahagian manusia kembali kafir. Maksiat berleluasa. Bumi mengeluarkan emas sebesar tiang sehingga emas tidak berharga. Orang fakir menjadi kaya.        

Monday, May 4, 2009

Lihat bawah bukan atas

Muqaddimah surah Yusof  ayat 39-55 ust Shamsuri 4-5-09.

Sahih Muslim dari Abi Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW, "Jangan melihat pada mereka yang serba kelebihan dan lihatlah pada mereka yang di bawah serba kekurangan kerana ia dapat menyelamatkan diri dari buruk sangka dan akan merasai nikmat bersyukur pada Allah."

Sahih Muslim dari Abi Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW, "Harta yang membantu ialah harta yang disedekahkan untuk simpanan akhirat."

Kebenaran melenyapkan Kebatilan, Takdir Yusof

Pengajian tafsir Nurul Ihsan jilid 2 surah Yusof ayat ms 243 ayat 39-55 Ust Shamsuri 04-05-09 sokongan Nurul Ihsan jilid 2 ms 248 Ust Shamsuri 06-07-09 surah Yusof ayat 56-57. (39)Marilah sembah Allah kerana (40)hanya Dia Tuhan yang disembah dan agamaNya ISLAM itu satu-satunya agama benar. Manusia tidak boleh meminda, membatal dan masuk campur hukum ketetapanNya (41)Firman Allah apabila 2 orang rakan penjara Nabi Yusof bertanya kepada seorang Nabi samada benar atau main-main "Aku tetap takdirkan kata Nabi itu menjadi kenyataan."
(42)Setelah mereka berdua dibebaskan dan kembali bekerja sebagai tukang buat minuman dan tukang masak di istana, tukang masak disula dan kepalanya habis dimakan burung akibat kesalahannya cuba meracuni raja seperti ditafsirkan Yusof. (43-44)Kisah Raja mimpi Sungai Nil mengeluarkan 7 ekor lembu gemuk kemudian dimakan 7 ekor lembu kurus dan 7 daun segar dikeringkan oleh 7 daun kering ditakdirkan Allah tidak dapat ditafsir oleh himpunan pembesar dan nujum. (45)Bekas rakan penjara Yusof yang bekerja sebagai tukang buat minuman tiba-tiba teringat akan kebolehan Yusof lalu disampaikan kepada raja. (46)Raja meminta tukang buat minuman berjumpa Yusof di penjara untuk mentafsirkan mimpi tersebut. (47-49)Sabda Nabi Yusof Alahis Salam. Tanaman akan mengeluarkan banyak hasil gandum selama 7 tahun dan kemudian kemarau selama 7 tahun jadi Yusof menyampaikan pesanan kepada raja supaya menyimpan bekalan makanan gandum ketika hasil banyak sebagai strategi ekonomi menghadapi kemarau panjang.
gambar sekadar hiasan
(50)Raja meminta tukang buat minuman memanggil Yusof tetapi Yusof enggan keluar penjara selagi namanya tidak dibersihkan.(51)Setelah raja menghimpunkan isteri-isteri para pembesar demi menuntut keadilan terhadap Nabi Yusof Alaihis Salam (52)Zulaikha mengaku dirinya bersalah (53)Manusia dipengaruhi nafsu ke arah kejahatan dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (54)Allah telah mencaturkan segalanya supaya raja menitahkan Nabi Yusof menjadi orang kanannya dan pembesar-pembesar lain diberhentikan setelah raja amat kagum dengan kebijaksanaan Yusof menjawab semua persoalan raja. (55)Raja amat yakin sepenuhnya dengan kebolehan Yusof dan kemudian menyerahkan pengurusan hasil negara kepada Nabi Yusof Alaihis Salam.
gambar hiasan
(56)Menurut tafsiran Ibnu Abbas, Nabi Yusof ditabalkan menjadi Pembesar Kanan Raja dalam upacara besar-besaran dengan dipakaikan mahkota, cincin di raja, pedang di raja, dan kain sutera di atas kerusi bertatahkan emas permata. Ketika musim kemarau, ramai saudagar jatuh miskin menjadi hamba istana akibat habis memajak harta mereka kepada pihak istana demi bekalan makanan gandum. Nabi Yusof menerangkan kepada raja akan kebesaran Allah yang mengatur ujian bagi dirinya dari hampir dibunuh, difitnah, dipenjara dan akhirnya dilantik menjadi Pembesar Kanan Mesir. (57)Raja menyerahkan keputusan kepada Yusof setelah mendengar kisah perhambaan Yusof. Oleh kerana rahmat Allah, Yusof memerdekakan mereka dari belenggu perhambaan dan mengembalikan segala harta emas demi mengharapkan pahala akhirat.

Tuesday, April 14, 2009

Maksud Ilmu yang Dihilangkan

Pengajian Bahrulmazi jilid 19 ust Shamsuri 14-4-09

Riwayat AtTirmizi dari Abdillah bin Amru bin Al-Az sabda NabiSAW di dalam khutbahnya ketika baginda menunaikan haji sekali seumur hidupnya. "Allah tidak angkat ilmu dalam bentuk cabut keluar atau dihilangkan dari dada manusia. Yang dimaksudkan Allah mengambil ilmu dengan mencabut nyawa para alim ulama. Selagi mana terdapat alim yang mengajar, maka tidak akan berlaku kiamat."

Riwayat At Tirmizi dari Abi Dardak radiallahu anhu ketika NabiSAW bersama ramai di kalangan kami sabda NabiSAW sambil merenung jauh ke langit seolah-olah terdapat komunikasi antara baginda dan Allah "sudah sampai masanya Allah mengambil kembali ilmuNya."

Kiamat amat sangat hampir

Muqaddimah sebelum pengajian kitab Bahrulmazi jilid 19 ust Shamsuri 14-4-09

Sunan AtTirmizi dari Abu Musa radiallahu anhu Sabda NabiSAW "Kiamat sangat amat hampir apabila nisbah 1 lelaki 40 perempuan"
Sahih Bukhari dari Aisyah Radiallahu Anha bertanya ketika semua isteri RasulullahSAW berkumpul sabda NabiSAW "Saudahlah merupakan isteri yang mula-mula berjumpaku kerana dia oang yang kuat bersedekah."

Bercakaplah hanya perkara baik

Muqaddimah sebelum pengajian kitab Bahrulmazi jilid 19 ust Shamsuri 14-4-09

Sahih Bukhari dari Adi bin Hakim radiallahu anhu sabda NabiSAW kes samun dan kemiskinan ini masalah kecil kerana menjelang kiamat semua manusia menjadi kaya. Masalahnya apabila hari akhirat nanti, Allah berkomunikasi dengan kita secara terus dengan bertanya kemanakah kamu membelanjakan setiap sen dari harta kamu dan adakah kamu mengetahui ajaran Rasul. Serentak itu setiap seorang manusia dikelilingi api. Jadi pesanku, takutlah dengan azab api neraka itu dan bercakaplah hanya perkara baik kerana ia kebajikan bekalan kamu nanti.

Monday, April 13, 2009

Riwayat periwayat Hadis “Anaz bin Malek Riduanullah Alaihim Ajmain”

gambar hiasan "ibu"
Muqaddimah Al-Waaqi’ah 1-26 Ust Shamsuri 13-04-09 Riwayat Anaz bin MalekRA yang menjadi khadam sukarelawan kepada RasulullahSAW selama 10 tahun. Ibunya Umu Sulaim memeluk Islam dan bapanya mati sebelum memeluk Islam dalam sebuah kes rompakan. Kemudian Umu Sulaim bernikah dengan dengan Abu Talhah dengan syarat mas kahwin Abu Talhah memeluk Islam. Abu Talhah Radiallahu Anhu salah seorang 10 sahabat dijamin syurga merupakan penjual arak atau perahan anggur yang diperam kerana  ketika itu arak belum diharamkan. Apabila turun ayat Al-Quran mengharamkan arak, dengan segera Abu Talhah yang baru memeluk Islam memusnahkan perniagaan araknya. Anaz turut membantu bapa angkatnya memusnahkan segala stok penyimpanan arak. Bumi Madinah digenangi anak sungai arak yang dibuang oleh penduduknya. Sebahagian penduduk amat menyesal kerana sehari sebelum perintah itu mereka terminum arak lalu Allah Maha Mengasihani penduduk Madinah kemudian menurunkan ayat 96 surah Al-Ma’idah mententeramkan para sahabat yang rasa bersalah bahawa mereka yang terminum sebelum turun ayat ini tidak berdosa.
Kenangan Anaz bin Malek selama 10 tahun bersama RasulullahSAW sentiasa di ulangi Anaz dalam siri kuliah ceramahnya kepada anak-anak muridnya. Seorang alim ulama besar yang hebat ini memberitahu RasulullahSAW tidak pernah sekalipun meninggikan suara padanya sepanjang beliau menjadi khadam sukarelawan. Umu Sulaim meminta NabiSAW supaya mendoakan keberkatan dunia akhirat untuk Anaz sahaja. Selepas RasulullahSAW wafat, Anaz bin Malek Radiallahu anhu menjadi seorang yang kaya raya di kalangan hartawan Ansar dan mempunyai anak seramai 120 orang dan beliau mati ketika usianya 100 tahun sewaktu pemerintahan Khalifah Bani Umaiyah.  

Tuesday, April 7, 2009

Menjelangnya Kiamat


Pengajian Bahrulmazi bab 15 fitnah part 3 bertarikh 7April09 ust Shamsuri.

Sahih AtTirmizi dari UdaisahRA sabda NabiSAW berpesan apabila peperangan sesama muslim tidak dapat dielakkan, jangan sesekali membawa senjata tajam atau yang boleh membunuh. Hadis Hassan lagi Sahih AtTirmizi dan Sahih Bukhari Kitabul Ilmi dari Anaz bin MalekRA sabda NabiSAW Menjelang kiamat akan semakin ramai orang alim agama yang mati dan semakin ramai manusia jahil di dunia. Zina berleluasa. Arak dan daun ketum berleluasa. Nisbah 50 perempuan bersamaan 1 lelaki pasti berlaku.

AKIBAT MENYAKITKAN HATI ORANG LAIN @ DI AKHIRAT ALLAH MEMBALAS DENGAN MENZALIMI PENZALIM YANG MENZALIMI ORANG LAIN KETIKA DI DUNIA. SESUNGGUHNYA BALASAN AZAB ALLAH KEPADA PENZALIM AMATLAH PEDIH DAN DASYAT.

Muqaddimah bahrulmazi bab15 fitnah 7/04/09 ust Shamsuri. Sahih Bukhari dari AbiHurairahRA sabda NabiSAW "Allah akan mengambil pahala amalan kebajikan penzalim yang menzalimi orang lain samada melibatkan maruah, sakitkan hati, mengata, mengumpat atau mengambil hak yang dizalimi untuk diberikan kepada mereka yang dizalimi. Dosa orang yang dizalimi ini pula akan diambil untuk diberikan kepada penzalim. Orang yang dizalimi akan masuk syurga dan Orang yang menganiayai orang lain dalam erti kata mengumpat, menyakitkan hati atau menjatuhkan maruah ini kemudian dicampakkan Allah dan dihinakan di Neraka. nauzubillah.

Monday, April 6, 2009

7 Golongan mendapat Payung di Padang mahsyar

Pengajian tafsir Al-Quran Nurul Ihsan surah Yusof ayat 30-38 Ust Shamsuri 6-4-09
Sahih Bukhari, Abu Daud dan Ibnu Majah sabda NabiSAW, 7 golongan di padang mahsyar akan mendapat payung Allah:- 
  1. Pemerintah alim, adil dan tidak tidur lena sehingga rakyatnya tidur lena.
  2. Seorang budak kecil yang taat perintah Allah sehingga akhir hayatnya.
  3. Seorang yang hatinya sentiasa di masjid atau tempat solatnya.
  4. 2 orang bertemu atau berkawan atau bercinta dan berpisah kerana Allah
  5. Seorang yang ikhlas sedekahnya kerana Allah
  6. Seorang pemuda yang menolak godaan perempuan cantik sambil berkata "Aku takut kepada Allah"
  7. Seorang yang mengalirkan air matanya apabila mengenangkan dosa-dosanya.

Ketampanan Nabi Yusof Alaihis Salam

Pengajian tafsir Al-Quran Nurul Ihsan surah Yusof ayat 30-38 Ust Shamsuri 6-4-09 (30)Kisah Zulaikha terpikat Yusof mendapat liputan meluas sehingga seluruh perempuan di bandar Mesir menghina Zulaikha kerana terpikat dengan hamba peliharaannya. (31)Zulaikha menyediakan majlis menjemput para isteri pembesar-pembesar di Mesir yang mencacinya dengan menghidangkan buah-buahan berkulit beserta sebilah pisau setiap pinggan para tetamu. Ketika kesemuanya sedang asyik menjamu selera, Zulaikha memanggil Yusof masuk ke majlis. Para jemputan terpegun dengan ketampanan Yusof yang kelihatan seolah-olah malaikat baru turun ke dunia sehingga masing-masing tidak menyedari telah mengupas jari sendiri. (32)Kini barulah mereka sedar akan peristiwa kegilaan Zulaikha dan mereka menasihati Yusof supaya menuruti segala kehendak Zulaikha selaku isteri pembesar kanan Mesir. (32)Yusof tetap dengan pendirian ketaqwaannya pada Allah dan baginda lebih rela dirinya dipenjara. (33-35)Hukum dunia, walaupun Yusof dibuktikan tidak bersalah tetapi baginda tetap dipenjarakan bagi membersihkan nama isteri kepada pembesar kanan. (36)Yusof dipenjarakan bersama 2 orang pelayan istana iaitu tukang buat minuman dan tukang masak yang dituduh cuba meracuni raja. (37)Di penjara, Yusof memperkenalkan dirinya sebagai seorang yang mempunyai mukjizat tafsir mimpi. (38)Yusof berdakwah kepada mereka tentang agama mentauhidkan Allah sejak dari zaman bapanya Ya'kob, datuknya Ishak dan moyangnya Ibrahim.

NabiSAW benci Pergaduhan sesama Muslim

Muqadimah Nurul Ihsan surah Yusof30-38 Ust Shamsuri 6-4-09.  

Sahih Bukhari dari KaapRA sabda NabiSAW, Sekiranya penghutang dalam kesusahan tidak mampu bayar hutang, kurangkanlah hutang dan sekiranya telah dikurangkan ke tahap kemampuan maka ia wajib dibayar.

Sahih Bukhari dari Omar Al-KhattabRA sabda NabiSAW, Quran diturunkan 7 cara bacaan maka bacalah ikut keselesaan dan kemudahan lidah masing-masing. Jangan disebabkan perbezaan ini menyebabkan saling bertengkar.


Saturday, April 4, 2009

SABILILLAH ialah Niat Jihad semata-mata mencari redha Allah


Muqaddimah Bahrulmazi bab 15 Fitnah 4April09 Ust Shamsuri. Sahih Muttafakun Alai sabda NabiSAW Berjihad kerana kehebatan keberanian atau menjaga status keluarga atau membalas dendam atau mencari kebendaan dunia tidak akan mendapat apa-apa dari Allah.