Pengajian tafsir Nurul Ihsan jilid 2 surah Yusof ayat ms 243 ayat 39-55 Ust Shamsuri 04-05-09 sokongan Nurul Ihsan jilid 2 ms 248 Ust Shamsuri 06-07-09 surah Yusof ayat 56-57. (39)Marilah sembah Allah kerana (40)hanya Dia Tuhan yang disembah dan agamaNya ISLAM itu satu-satunya agama benar. Manusia tidak boleh meminda, membatal dan masuk campur hukum ketetapanNya (41)Firman Allah apabila 2 orang rakan penjara Nabi Yusof bertanya kepada seorang Nabi samada benar atau main-main "Aku tetap takdirkan kata Nabi itu menjadi kenyataan."
(42)Setelah mereka berdua dibebaskan dan kembali bekerja sebagai tukang buat minuman dan tukang masak di istana, tukang masak disula dan kepalanya habis dimakan burung akibat kesalahannya cuba meracuni raja seperti ditafsirkan Yusof. (43-44)Kisah Raja mimpi Sungai Nil mengeluarkan 7 ekor lembu gemuk kemudian dimakan 7 ekor lembu kurus dan 7 daun segar dikeringkan oleh 7 daun kering ditakdirkan Allah tidak dapat ditafsir oleh himpunan pembesar dan nujum. (45)Bekas rakan penjara Yusof yang bekerja sebagai tukang buat minuman tiba-tiba teringat akan kebolehan Yusof lalu disampaikan kepada raja. (46)Raja meminta tukang buat minuman berjumpa Yusof di penjara untuk mentafsirkan mimpi tersebut. (47-49)Sabda Nabi Yusof Alahis Salam. Tanaman akan mengeluarkan banyak hasil gandum selama 7 tahun dan kemudian kemarau selama 7 tahun jadi Yusof menyampaikan pesanan kepada raja supaya menyimpan bekalan makanan gandum ketika hasil banyak sebagai strategi ekonomi menghadapi kemarau panjang.
|
gambar sekadar hiasan |
(50)Raja meminta tukang buat minuman memanggil Yusof tetapi Yusof enggan keluar penjara selagi namanya tidak dibersihkan.(51)Setelah raja menghimpunkan isteri-isteri para pembesar demi menuntut keadilan terhadap Nabi Yusof Alaihis Salam (52)Zulaikha mengaku dirinya bersalah (53)
Manusia dipengaruhi nafsu ke arah kejahatan dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (54)
Allah telah mencaturkan segalanya supaya raja menitahkan Nabi Yusof menjadi orang kanannya dan pembesar-pembesar lain diberhentikan setelah raja amat kagum dengan kebijaksanaan Yusof menjawab semua persoalan raja. (55)Raja amat yakin sepenuhnya dengan kebolehan Yusof dan kemudian menyerahkan pengurusan hasil negara kepada Nabi Yusof Alaihis Salam.
|
gambar hiasan |
(56)Menurut tafsiran Ibnu Abbas, Nabi Yusof ditabalkan menjadi Pembesar Kanan Raja dalam upacara besar-besaran dengan dipakaikan mahkota, cincin di raja, pedang di raja, dan kain sutera di atas kerusi bertatahkan emas permata. Ketika musim kemarau, ramai saudagar jatuh miskin menjadi hamba istana akibat habis memajak harta mereka kepada pihak istana demi bekalan makanan gandum. Nabi Yusof menerangkan kepada raja akan kebesaran Allah yang mengatur ujian bagi dirinya dari hampir dibunuh, difitnah, dipenjara dan akhirnya dilantik menjadi Pembesar Kanan Mesir. (57)Raja menyerahkan keputusan kepada Yusof setelah mendengar kisah perhambaan Yusof. Oleh kerana rahmat Allah, Yusof memerdekakan mereka dari belenggu perhambaan dan mengembalikan segala harta emas demi mengharapkan pahala akhirat.
No comments:
Post a Comment