Pengajian tafsir Al-Quran Nurul Ihsan surah Yusof ayat 30-38 Ust Shamsuri 6-4-09 (30)Kisah Zulaikha terpikat Yusof mendapat liputan meluas sehingga seluruh perempuan di bandar Mesir menghina Zulaikha kerana terpikat dengan hamba peliharaannya. (31)Zulaikha menyediakan majlis menjemput para isteri pembesar-pembesar di Mesir yang mencacinya dengan menghidangkan buah-buahan berkulit beserta sebilah pisau setiap pinggan para tetamu. Ketika kesemuanya sedang asyik menjamu selera, Zulaikha memanggil Yusof masuk ke majlis. Para jemputan terpegun dengan ketampanan Yusof yang kelihatan seolah-olah malaikat baru turun ke dunia sehingga masing-masing tidak menyedari telah mengupas jari sendiri. (32)Kini barulah mereka sedar akan peristiwa kegilaan Zulaikha dan mereka menasihati Yusof supaya menuruti segala kehendak Zulaikha selaku isteri pembesar kanan Mesir. (32)Yusof tetap dengan pendirian ketaqwaannya pada Allah dan baginda lebih rela dirinya dipenjara. (33-35)Hukum dunia, walaupun Yusof dibuktikan tidak bersalah tetapi baginda tetap dipenjarakan bagi membersihkan nama isteri kepada pembesar kanan. (36)Yusof dipenjarakan bersama 2 orang pelayan istana iaitu tukang buat minuman dan tukang masak yang dituduh cuba meracuni raja. (37)Di penjara, Yusof memperkenalkan dirinya sebagai seorang yang mempunyai mukjizat tafsir mimpi. (38)Yusof berdakwah kepada mereka tentang agama mentauhidkan Allah sejak dari zaman bapanya Ya'kob, datuknya Ishak dan moyangnya Ibrahim.
No comments:
Post a Comment