BahrulMazi jilid 15 mukasurat 200 & Fitnah 5Mei09 Ust Shamsuri. Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Hadis Riwayat AnNawas bin Sam’An.
Ketika dikebun Kurma, NabiMuhammadSAW bercerita tentang Dajjal seketika
suaranya perlahan seketika suaranya kuat. Selepas bersurai dan berjumpa kembali
selepas Asar, para sahabat kelihatan muram dan ditanya kenapa oleh NabiSAW. Mereka
memberitahu bagaimana kami tidak muram sedangkan Dajjal sekarang telah ada.
NabiSAW kemudian bersabda Dajjal tidak datang lagi. Kalau ada hari ni ketika
aku masih hidup biar aku seorang sahaja menghadapi Dajjal tidak perlu kamu
semua menolongku. Usahlah risau. Dajjal merupakan seorang pemuda yang berambut kerinting dengan sebelah matanya seperti biji anggur dan sekiranya terserempak dengan Dajjal, bacalah
ayat awal surah Al-Kahfi. Dajjal akan turun diantara Syam, Siria dan Iraq, dia
akan bermaharajalela selama 40 hari, Harinya seolah-olah Sehari seperti sebulan
sehari seperti seminggu dan sehari seperti harian biasa. Laju pergerakannya
seolah-olah lajunya angin bertiup. Dia akan pergi kesemua tempat dengan tujuan
supaya manusia mengakunya Tuhan. Tipu dayanya amat mengelirukan. Apabila Dajjal menyuruh langit menurunkan
hujan dengan izin Allah maka turun hujan dan disuruh bumi menghidupkan tanaman
maka tumbuh serta merta pokok sebagai ujian keimanan kepada manusia ketika itu.
Di pinggir Madinah ketika cubaannya masuk ke Madinah gagal
kerana dihalang oleh para Malaikat, muncul seorang pemuda lalu dibelah mati dan
dicantumkan semula menghidupkan kembali pemuda tersebut. Namun pemuda tersebut tetap menafikan Dajjal
sebagai Tuhan. Tidak dapat mempengaruhi pemuda beriman itu Dajjal kemudian
meneruskan perjalannya ke BaitulMaqdis sehingga turunnya Nabi Isa AlaihisSalam
datang membunuh Dajjal di sebuah kampung BabLud berdekatan BaitulMaqdis.
No comments:
Post a Comment