|
gambar hiasan "ibu" |
Muqaddimah Al-Waaqi’ah 1-26 Ust Shamsuri 13-04-09 Riwayat Anaz
bin MalekRA yang menjadi khadam sukarelawan kepada RasulullahSAW selama 10
tahun. Ibunya Umu Sulaim memeluk Islam dan bapanya mati sebelum memeluk Islam
dalam sebuah kes rompakan. Kemudian Umu Sulaim bernikah dengan dengan Abu Talhah
dengan syarat mas kahwin Abu Talhah memeluk Islam. Abu Talhah Radiallahu Anhu salah seorang 10 sahabat dijamin syurga merupakan penjual arak atau
perahan anggur yang diperam kerana
ketika
itu arak belum diharamkan. Apabila turun ayat Al-Quran mengharamkan arak,
dengan segera Abu Talhah yang baru memeluk Islam memusnahkan perniagaan
araknya. Anaz turut membantu bapa angkatnya memusnahkan segala stok penyimpanan arak. Bumi Madinah
digenangi anak sungai arak yang dibuang oleh penduduknya. Sebahagian penduduk amat
menyesal kerana sehari sebelum perintah itu mereka terminum arak lalu Allah
Maha Mengasihani penduduk Madinah kemudian menurunkan ayat 96 surah Al-Ma’idah mententeramkan
para sahabat yang rasa bersalah bahawa mereka yang terminum sebelum turun ayat
ini tidak berdosa.
Kenangan Anaz bin Malek selama 10 tahun bersama
RasulullahSAW sentiasa di ulangi Anaz dalam siri kuliah ceramahnya kepada anak-anak
muridnya. Seorang alim ulama besar yang hebat ini memberitahu RasulullahSAW
tidak pernah sekalipun meninggikan suara padanya sepanjang beliau menjadi khadam sukarelawan. Umu
Sulaim meminta NabiSAW supaya mendoakan keberkatan dunia akhirat untuk Anaz sahaja.
Selepas RasulullahSAW wafat, Anaz bin Malek Radiallahu anhu menjadi seorang
yang kaya raya di kalangan hartawan Ansar dan mempunyai anak seramai 120 orang
dan beliau mati ketika usianya 100 tahun sewaktu pemerintahan Khalifah Bani
Umaiyah.
No comments:
Post a Comment