Sahih Muslim, Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw, Manusia bermula Nabi Adam as hingga manusia terakhir mati di dunia akan dibangkitkan di padang mahsyar tanpa pakaian, tidak berkhatan dan tiada kasut. Yang pertama mendapat pakaian ialah Nabi Ibrahim as.
Sahih Imam Ahmad ra dari Abu Bakar As Siddiq ra. sabda Nabi saw
gambar hiasan |
Semasa di padang mahsyar, Rasulullah saw bersuara, Wahat Tuhanku, yang Kau asingkan ke kumpulan kiri itu umatku, Ya Allah, selamatkan mereka kerana Engkau Maha Bijaksana lagi Maha Perkasa. Jawab Allah, Wahai Muhammad, mereka murtad selepas kamu wafat.
Allah berfirman muslim yang tidak syirik akan KuMasukkan ke syurga walaupun pernah buat berbaki satu kebaikan.
Allah bertanya kepada muslim terakhir masuk syurga, kenapa meminta anak kamu menghancurkan tulang mayat kamu dan bakar sehingga menjadi debu. Jawabnya, aku sangat takut kepadaMu ya Allah. Allah berfirman, Lihatlah kerajaan Negara yang paling besar di dunia dahulu, akan Aku berikan kepadamu sebuah kerajaan yang 10 kali ganda lebih besar dari kerajaan tersebut. Muslim itu tertawa kerana menyangka Allah mempersendakan dirinya hakikatnya Allah Maha Kaya.
Nurul Ihsan jilid 1 ms 247 Kisah Allah Persoal RasulNya
5) Al Ma'idah 109-110
5:109 Pada hari Kiamat, seluruh para Nabi dihimpunkan dan dipersoal oleh Allah. Mereka yang masih ketakutan dan terkejut menjawab, kamu lebih Mengetahui ya Allah.
5:110 Wahai Nabi Isa bin Maryam as. Ingatlah nikmat pemberianKu kepadamu dan kepada ibu kamu. Kamu boleh bercakap ketika kamu baru dilahirkan. Kamu diajar kefahaman kitab Injil. Kami izinkan kamu meniup tanah yang kamu gumpal menjadi burung hidup yang berterbangan. Kami izinkan kamu menyembuhkan orang buta dan menghidupkan orang mati. Kami selamatkan kamu dari dibunuh Bani Israel, bahkan bani Israel tetap mengatakan semua mukjizat pemberianKu itu sihir.