Syarah Dato' Ustaz Shamsuri - TN 2 Tafsir Surah An Nahl Ayat 122, Masjid Simpang Empat 1.1.2018
Sahih Muslim dari Abi Mas'Ud r.a. Sabda Nabi s.a.w. Allah boleh buat lebih dari kamu pukul hamba itu. Sekiranya kamu tidak memerdekakan hamba kamu nescaya api neraka akan menyambar kamu.
Sahih Abu Daud dari Ummu Jundab r.a. ketika ibadah haji. Nabi saw melontar jamrah di Mina di kawasan lapang berhampiran tiang dengan berkenderaan unta. Setiap lontaran 7 kali baginda Rasulullah saw disertai laungan "Bizmillahi Allahu Akbar" dan akhiri dengan sekali doa dimulai Jamratul Ula dan Wusto manakala Akabah baginda tidak berdoa. Sabda Nabi saw. Ambil cara beribadah dariku. Jangan kamu bersesak berkasar antara satu sama lain. Ambil batu kecil sebesar kelikir untuk lontaran.
Hadis Riwayat Imam Ahmad dari Abi Bakrah ra dan Abi Buraidah ra. Nabi saw menghentikan sementara kutbah baginda untuk dukung cucu baginda Hasan dan Husin yang kerap jatuh, berdiri dan merangkak di tepi mimbar. Sabda Nabi saw. Cucuku ini akan jadi ketua suatu hari nanti. Benar firman Allah, (Al-Ansar 28) harta dan keluarga adalah ujian dan punca fitnah terhadap manusia. Apabila aku ternampak cucuku yang jatuh, aku tidak sabar lalu ku hentikan kutbah sementara untuk mengambil dukung cucuku.
Pengajian tafsir Quran kitab Nurul Ihsan jilid 2 Surratul Nahli ayat 122
122 Allah mengurniakan kemuliaan kepada para solehin antaranya Nabi Ibrahim a.s.
123 Allah wahyukan Nabi Muhammad saw mengikut ajaran Nabi Ibrahim as dengan mentauhidkan Allah disamping menolak Yahudi dan Nasrani.
124 Pada mulanya Allah menetapkan hari Jumaat sebagai hari kebesaran tetapi dibantah kaum Yahudi. Allah kemudian menetapkan hari Sabtu pula tetapi dengan syarat dilarang menangkap ikan. Yahudi tetap berdegil melanggar peraturan dan mereka akan menerima balasan di akhirat.
125 Dakwah ialah bercakap benar iaitu dari Allah dengan menghilangkan kesamaran bagi yang mendengar sehingga menyuntik semangat melakukan kebaikan. Berbahas dengan baik disertakan hujah dan dalil. Allah Maha Mengetahui akan hidayahNya.
126 (Ayat turun akan kes Singa Allah Saidina Hamzah yang dikerat cincang dalam perang Uhud, sabda Nabi s.a.w. "Demi Allah, sekiranya aku menang, aku akan balas dendam seksa 70 kafir." ) Firman Allah menidakkan sumpah Rasulullah saw, "Qisas hanya seksa bunuh balas 1 diganti 1 tetapi sekiranya dimaafkan maka itu yang lebih baik."
127 Nabi saw bersabar mengikut firman Allah.
128 Allah beserta mukmin yang berusaha memperbaiki amalannya.
No comments:
Post a Comment