5/3/2018, Masjid Simpang Empat syarah Ustaz Shamsuri
Sahih Imam Ahmad dari Ibnu Abbas r anhuma sabda Nabi s.a.w. Solat 5 waktu dan buat baik boleh memadamkan dosa.
Sahih Ibnu Majah dari Abullah bin Maqqill b. Muqarrim berjumpa Ibnu Mas'Ud ra sabda Nabi s.a.w. Menyesal itu taubat
Sahih Muslim dari Abi Dzar ra sabda Nabi s.a.w. Jawatan itu amanah dan sekiranya tidak memenuhi amanah maka akan dihina di akhirat.
Pengajian tafsir Nurul Ihsan bab 2 Surah Al-Isra ayat 2
- Peringatan kepada bani Israil agar tidak menolak petunjuk kitab Taurat dan Nabi Musa as.
- Peringatan kepada kaum Nabi Nuh as agar taat kepada baginda kerana Nuh adalah hamba Kami yang sangat bersyukur kepada Kami.
- Kesombongan besar kesalahan pertama bani Israil ialah membunuh Nabi Zakaria as dan kedua membunuh anak nabi Zakaria@nabi Yahya as. Sesungguhnya Kami akan terbalikkan bumi sekiranya Zakaria merintih kesakitan akibat digergaji oleh kamu semua tetapi baginda menahan kesakitan kerana sayang kepada kamu semua.
No comments:
Post a Comment