Nota Cinta

Tuesday, September 27, 2016

Solat Rasulullah s.a.w.

Ustaz Shamsuri - BM 2 Bab Bagi Salam Waktu Jumpa Apa Hukumnya,Masjid Padang Temusu 27.9.2016 Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 2 ms 217.

Wajib Iktidal beridiri tanpa bergerak @tamaqninah@ Sami Allah huliman hamidah (Jumhur ulama dan mazhab Syafi’e.) manakala hujah mazhab Hanafi tidak sebut tamaqninah dengan Hadis Riwayat AtTurmuzi sabda Nabi s.a.w. Bangkit rukuk berdiri tegak memadai iktidal (tidak sebut tamaqninah sepertimana duduk antara dua sujud, waktu rukuk dan waktu sujud @hujah Imam Abu Hanifa@mazhab Hanafi)”

HR At Turmuzi dari Abu Humait ra. SOLAT RASULULLAH S.A.W. Nabi s.a.w mengangkat tangan sehingga bawah cuping telinga untuk takbir kemudian kiam doa iftitah, al-fatihah dan surah. Apabila hendak rukuk, takbir yang sama. Waktu rukuk kepala tak perlu dongak dan tunduk tengok ke bawah. Selepas iktidal, kembali tegak dan kemudian sujud ke bumi dengan lengan dibuka. Duduk antara kedua sujud kembali tegakkan badan dengan duduk iftirashi@(separuh kaki dilipat iaitu bahagian jari kaki). Sujud kembali. Sebelum bangun rakaat, duduk sekejap seperti duduk antara dua sujud. Bangkit dari tahyat awal, takbir sebelum kiam untuk rakaat seterusnya.

Hasan lagi Sahih AtTurmuzi dari Qhutbah b Malek ra, Nabi s.a.w. pernah membaca surah Qaf 45 ayat ketika solat Subuh rakaat pertama.
HR AtTurmuzi. Nabi s.a.w. pernah membaca surah Al-Waqeah 96 ayat ketika solat Subuh rakaat pertama.

Sahih Bukhari Muslim dari Abu Hurairah ra. Nabi s.a.w. pernah membaca surah yang 60 ayat sehingga 100 ayat dalam solat Subuh. Nabi s.a.w. juga pernah membaca AtTqwir 29 ayat dalam solat Subuh. 

No comments:

Post a Comment