Nota Cinta

Tuesday, September 20, 2016

Azab Kubur Himpit

Ustaz Shamsuri - BM 14 Bab Bunuh Diri Dengan Telan Racun,Masjid Muttaqin Jitra 20.9.2016

AZAB KUBUR
Sahih Ibnu Majah dari Abi Hurairah ra. Sabda Nabi s.a.w.
Mukmin akan dibukakan pintu neraka sambil diseru. “kamu telah terselamat dari api yang sabung menyabung itu”.  Sebaliknya yang berdosa pula berkata “aku ikut majoriti” maka dibukakan pintu syurga sambil diseru para mala’ikat. “oleh kerana kamu tidak mengikut Quran dan Hadis maka tempatmu di neraka kerana syurga tadi bukan tempatmu.
Sahih Bukhari dari A’isyah r anha sabda Nabi s.a.w. Setiap manusia tidak terlepas dari azab kubur. Semua binatang dengar akan seksaan azab kubur.

KUBUR HIMPIT
Sahih Imam Ahmad dari A’isyah r anha. Sabda Nabi s.a.w. Semua manusia tidak terlepas dari himpitan kubur kecuali Saad b Muaz ra. NOTA tambahan* Saad b Muaz semasa hayatnya ialah pembesar Madinah yang sangat disegani semua muslim dan yahudi. Ketika Saad b Muaz meninggal dunia, Nabi s.a.w. berlari berkejaran kelam kabut ke lokasi jenazah. Apabila ditanya, Rasulullah s.a.w. menjawab, “ aku tidak mahu jemaah mala’ikat mendahului kita memandikan jenazah beliau seperti yang berlaku pada Hamzalah. “

BUNUH DIRI
Sahih AtTurmuzi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Muslim bunuh diri akan menderita bunuh diri tanpa henti di akhirat seperti berkali-kali menikam diri, minum racun dan terjun dari tempat tinggi. NOTA TAMBAHAN * Hukum bunuh diri adalah haram dan berdosa besar tetapi tidak murtad melainkan terkeluar dari Islam iaitu menghalalkan yang haram.  Sahih Muslim dari Jabir b Samurah ra Nabi s.a.w. tidak solat jenazah yang bunuh diri tetapi Nabi s.a.w tidak melarang para sahabat yang solat jenazah yang bunuh diri tersebut.

HARAM MINUM MEMABUKKAN

Sahih Muslim dan Sahih AtTurmuzi dari Sabda Nabi s.a.w. Haram minum arak dalam apa jua keadaan. Pendapat Imam AnNawawi dan Al-Ghazali Harus minum sekiranya darurat boleh membawa maut. 

No comments:

Post a Comment