Nota Cinta

Wednesday, September 14, 2016

KAUM SAMUD TUNJUK SAMSENG

KAUM SAMUD TUNJUK SAMSENG

Sahih Imam Ahmad dari Jabir ra. sabda Nabi s.a.w. Kaum Samud yang pakar senibina di dalam gunung di Mada’in Salleh ini dibinasakan Allah akibat merasakan diri mereka hebat disamping menolak ketaatan kepada Nabi Salleh a.s.
Sahih Ibnu Hibban ra dari Ismail b Umaiyah ra. Sabda Nabi s.a.w. Abu Righal salah seorang penderhaka Nabi Salleh as. memiliki tongkat emas didalam kuburnya. Setelah digali para sahabat, tongkat tersebut berjaya ditemui membuktikan kebenaran azab Allah yang sangat benar.
gambar hiasan
Al-Araf 73,. Nabi Salleh a.s. dilantik menjadi Rasul mengajak kaum Samud kepada ketaatan  kepada Allah tetapi secara tiba-tiba, baginda Salleh yang mereka hormati sebelum ini ditentang serta-merta.
As-Syams. Allah mewujudkan Unta mukjizat Nabi Salleh as sebagai bukti kebesaranNya. Kaum Samud bukan setakat menyembelih unta tersebut sebagai bukti mereka samseng malah meminta Allah tunjukkan bala bencanaNya. Allah murka gempa bumi memusnahkan mereka.
Sahih Bukhari dari Ibnu Omar r anhuma. Sabda Nabi s.a.w pada para sahabat yang telah menggunakan air di kawasan daerah yang dimurkai Allah. “ Jangan guna air kawasan ini, sekiranya sudah minum, muntahkan semuanya sedaya upaya.”

Ustaz Shamsuri - BM 21 ms 76 Bab Jimak Dengan Isteri Dengan Berbagai-Bagai Cara Dibenarkan,Masjid Abdullah Fahim 14.9.2016
JIMAK ISTERI
Firman Allah, isteri tempat suami menanam benih mengikut kehendak suami. Hasan Gharib At Turmuzi dari Ibnnu Abbas ra sabda Nabi s.a.w. Jangan bersetubuh ketika haid dan jangan melalui dubur.

Firman Allah, Jangan menganiayai isteri yang diceraikan dengan menahan dari berkahwin lain. 

No comments:

Post a Comment