|
gambar hiasan |
Pengajian Tafsir Nurul Ihsan jilid 2 ms 317 Suratul 16 Nahl ayat101 Masjid Permatang Buluh 6 September 2016 kuliah Dato' ustaz Shamsuri Quran memansuhkan Hadis, Hadis memansuhkan Quran, Hadis memansuhkan Hadis Surah Al Mujadilah ayat 12-13 (ayat 13 memansuhkan ayat 12) 12) Sedekah pada golongan miskin sebelum temujanji perbincangan peribadi dengan Rasulullah saw kerana bersihkan hati dahulu sebelum berjumpa baginda. Kesanggupan keluar duit bersedekah itu menyucikan hati. 13) Sekiranya tiada duit untuk bersedekah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat, janji kamu solat 5 waktu, mengeluarkan zakat, taat Allah dan Rasul kerana Allah Maha Mengetahui. AnNahl 16:101 Quran memansuhkan ayat terdahulu dengan ayat baru secara berperingkat agar manusia bersedia mempelajari untuk taat perintahNya.
102 Sekaligus memantapkan keimanan bagi mengembirakan mukmin.
103 Bekas penulis wahyu yang fitnah Muhammad cipta Al-Quran itu sebenarnya warga Nasrani yang tidak boleh memahami ketinggian bahasa arab dalam Al-Quran.
104 Tidak mustahil yang murtad itu dahulunya bekas penulis wahyu Quran kerana hidayah itu milik Allah.
105 Orang yang sanggup berdusta atas nama Allah sememangnya tidak beriman.
No comments:
Post a Comment