Nota Cinta

Monday, September 19, 2016

Al-Ma'idah 86-89 JANGAN MELAMPAU

Ustaz Shamsuri - TN 1 Tafsir Surah Al Maidah Ayat 86-89, Masjid Taman Brown 19.9.2016

Hasan Ibnu Majah dari Bashir Qassasiah ra sabda Nabi s.a.w.  Malang sekiranya mati kafir, syukur apabila mati muslim. Buka kasut ketika ziarah kubur.
Sahih Ibnu Majah dari Yazid b Sabit ra sabda Nabi s.a.w.  Kenapa tidak beritahuku Ummu Mihjan iaitu wanita  kulit hitam yang mewakafkan dirinya mencuci masjid tersebut telah meninggal dunia kerana solat jenazah semasa hayatku adalah rahmat bagi jenazahnya.  

SELAWAT PADA NABI S.A.W. 

gambar hiasan
Sahih Abu Daud dari Abi Hurairah ra. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. Jangan jadikan rumah sebagai kubur dan jangan jadikan makamku nanti sebagai tempat ibadah. Cukup sekadar selawat ke atasku walau dimana kamu berada.

Tafsir Nurul Ihsan ms 239 tafsir surah Al-Ma’idah.
86 Memilih tidak muslim semestinya ditempatkan di neraka.
87 Jangan melampau dalam ibadah.
"Sahih AnNasai, ibnu Omar ra. Sabda Nabi s.a.w. Osman b Maz’Ud ra apabila meninggal dunia, bergegar Arash Allah dan 70’000 mala’ikat menyaksikan beliau. Tetapi beliau juga dihimpit bumi di dalam kubur cuma hanya sekali saja kerana keistimewaan para sahabatku.  Ozman b Maz’Ud adalah salah seorang  dari 10 sahabat yang sangat takut dengan ayat Quran sehingga terlalu melampau beribadah pada Allah." Akan tetapi Rasulullah s.a.w. telah mengawal mereka dari melampau.
88 Makanlah rezeki halal dan takutlah pada Allah.

89 Denda langgar sumpah ialah wajib memberi makan 10 orang miskin sehingga kenyang, kedua memberi pakaian lengkap menutup aurat kepada 10 orang miskin dan yang ketiga ialah memerdekakan seorang hamba.  Sekiranya tidak mampu maka denda puasa selama 3 hari dam dibolehkan tidak mengikut turutan 3 hari. 

No comments:

Post a Comment