Ustaz Shamsuri - BM 2 Bab Bagi Salam Selepas Solat ,Masjid Padang Temusu 22.3.2016
Sahih Abu Daud sabda Nabi s.a.w. Amalan mula-mula diteliti ialah SOLAT dan kecacatan amalan fardu akan dibantu oleh amalan sunat.
Hasan Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Golongan muflis ialah yang amalan pahalanya diberi kepada mangsa hasil dosa mulut dan perbuatannya semasa di dunia manakala dosa si mangsa diletak kepadanya.
Bahrulmazi jilid 2 ms203 bab bagi salam selepas solat
HR AtTurmuzi ra. Abdullah b Mas'Ud ra. Salam akhir solat Nabi s.a.w. Mengucapkan Assalamualaikum warahmatullah sambil memalingkan muka ke kanan dan, Mengucapkan Assalamualaikum warahmatullah sambil memalingkan muka ke kiri.
Sahih Muslim sunat 2 salam (2 kali lebih AFDAL@Imam AsSyafi'e)
Hasan Sahih AtTurmuzi dari Abi Hurairah ra. Nabi s.a.w. segerakan salam
dan tahyat akhir.
Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Tuesday, March 22, 2016
Monday, March 21, 2016
HARAM MENGKAFIRKAN dan DALIL KRISTIAN SESAT (HARAM MELAMPAU@EXTREME)
Ustaz Shamsuri - TN 1 Tafsir Surah Al Maidah Ayat 73-77, Masjid Taman Brown 21.3.2016
Sahih Bukhari, Abdullah b Mas'Ud. Nabi s.a.w. Sekiranya miskin tapi hendak kahwin, jadikanlah sehelai kain sebagai mas kahwin atau nikah. Al-Ma'idah 87 Janganlah mengharamkan yang halal. Jangan melampau batas agama.
Sahih Muslim Jundab ra, sabda Nabi s.a.w. Seorang lelaki berkata" Demi Allah, Allah tak ampunkan dosa dia." sedangkan Allah pula berkata, "siapakah dia ni yang begitu sombong takabur malah bersumpah dengan nama Aku dengan mengatakan Aku tak ampunkan dosa orang itu padahal Aku telah mengampunkan dosa orang yang dikatanya. Aku akan sia-siakan amalan orang yang berkata demikian"
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra, sabda Nabi s.a.w. Allah sentiasa hendak memustajabkan doanya selagi mana doanya tidak berbentuk dosa. Allah tidak akan memenuhi doa mereka yang putus asa dan hilang keyakinan kepada Allah.
NURUL EHSAN JILID 1 MS236
Al-Ma'idah 5:73 Mengatakan tuhan ada 3 itu kafir kerana Allah itu Maha Esa dan kesudahan kafir di neraka.
5:74 Tetapi sekiranya mereka sedar kesalahan mereka dan bertaubat maka Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
5:75 Maryam iaitu ibu kandung Nabi Isa itu adalah manusia biasa yang makan minum dan bukan isteri Tuan atau ibu Tuhan sedangkan Allah itu tidak makan dan tidak minum.
Surah Maryam 30, Nabi Isa a.s. berkata "aku hamba Allah bukan anak Tuhan atau Tuhan, pembawa kitab Injil dan Allah lantik aku jadi Nabi." Maryam 36, Nabi Isa berkata" Allah itu Tuhan aku dan Tuhan kamu semua maka sembahlah Dia bukan aku, jangan sembah aku, inilah jalan yang lurus.
5:76 Fahamilah wahai Muhammad, Nasrani itu jelas sesat dan berikanlah dalil kebenaran kepada mereka agar mereka sedar akan kesesatan yang sedang mereka lalui.
5:77 Oleh kerana melampau dalam agama seperti terlalu mengagungkan Nabi Isa a.s. seperti mengatakan baginda anak tuhan atau terlalu membenci Nabi Isa a.s. sehingga mengatakan baginda anak zina maka mereka jelas golongan sesat samada terkemudian atau yang akan datang.
HARAM MELAMPAU DALAM ISLAM Dari Ibnu Abbas sabda Nabi s.a.w. ketika mengambil batu-batu bersaiz kecil kerikil ketika melakukan ibadah melontar umrah. "Jangan melampau dalam agama seperti contoh ambil batu yang lebih besar atau lain-lain dari yang aku beritahu ini. Binasalah orang-orang yang melampau atau lebih limit atau extremis dalam agama@memberatkan dirinya dalam agama/menyusahkan diri mereka dengan agama" Jahil dalam ilmu agama disamping terlampau bersemangat dalam agama boleh merosakkan akidah.

Wednesday, March 9, 2016
Cukur Dalam Ihram 2
Ustaz Shamsuri - BM 21 Bab Hukum Bercukur Semasa Didalam
Ihram ,Masjid Abdullah Fahim 9.3.2016
HR Abu Daud dari
Abdurrahman b Al-AhqNaz seorang tabi’e dari Said b Zaid ra sabda Nabi s.a.w. Ahli
syurga yang diredhai Allah bermula. 1) Rasulullah s.a.w.,2) Abu Bakar As Siddiq, 3) Omar Al-Khattab, 4) Osman
b Affan, 5) Ali b Abi Talib, 6)Talhah b Ubaidillah,7) Zubair b Al-Awwam, 8)Saad
bin Malek, 9)Abdur Rahman b Auf, dan 10)Said b Zaid.
Sahih Abu Daud dari
Said b Zaid ra. Amalan manusia walaupun sepanjang seribu tahun tidak mampu
menandingi amalan para sahabat Rasulullah s.a.w. dan kemuliaan debu pada wajah para
sahabat lebih mulia dari seluruh umat Muhammad yang selepas zaman para sahabat
di muka bumi ini.
Sahih Muslim dari
Jabir ra. Ahli perang Badar dan yang berbai’ah dalam perjanjian Hudaibiyah itu
ahli syurga. Firman Allah, 1400 Mukmin yang
terlibat perjanjian Hudaibiyah itu ikhlas bersama Rasulullah s.a.w.
HR AtTurmuzi dari
Abdurahman b Yaqmur ra sabda Nabi s.a.w. Wuquf di Arafah merupakan asas rukun
haji dan ia sangat penting.
Monday, March 7, 2016
ABDI DIRI(EHSAN) An Nahl 16:89-91 "Rest In Peace"
Ustaz Shamsuri - TN 2
Tafsir Surah An Nahl Ayat 89-91,Masjid simpang empat 7.3.2016
Sahih Imam Ahmad, A’isyah
r anha sabda Nabi s.a.w. Sekiranya beriman dengan Allah maka wajib beriman
dengan Rasulullah s.a.w. dan juga wajib bertanggungjawab jaga isteri. Sahih Imam Ahmad sabda Nabi s.a.w pada jenazah
Osman b Mas’Ud r anhu. berehatlah dengan tenang. (hanya untuk orang Islam dan haram untuk orang selain Islam)
16:89 Sahih Bukhari Jibril
datang ke majlis ilmu dikhalayak ramai para sahabat dengan merupakan diri
sebagai pemuda tampan berjanggut ringkas, berserban dan berjubah putih serta
rambutnya yang basah disikat kemas seperti selepas mandi. Kemudian jibril
bertanya Nabi s.a.w. “iman itu apa, ihsan itu apa” jawab Nabi s.a.w. selepas
memberitahu rukun iman. IHSAN itu Abdi diri kepada Allah sepertimana Nampak
Allah atau sedang dilihat Allah. Setelah jibril berlalu pergi, Nabi s.a.w.
menerangkan” itulah mala’ikat Jibril dan dia datang untuk mengajar agama kamu.”
16:90 Utamakan
sedekah bermula saudara terdekat. DItegah zina. Jauhi kufur atau maksiat kepada
Allah. Jangan berlaku zalim dan bersikaplah adil.
16:91 Jangan mungkiri janji taat perintah Allah
kerana Allah Maha Mengetahui.
Tuesday, March 1, 2016
Kutip Makanan terjatuh
Ustaz Shamsuri - BahrulMazi jilid 12 Bab Mengutip Makanan Yang Terjatuh,Masjid Sultanah Bahiyah 1.3.2016
Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. KEJUJURAN
YANG DIREDHAI ALLAH. Seorang pembeli tanah terjumpa emas di dalam kawasan
tanah yang baru dibeli lalu menyerahkan kepada bekas tuan tanah. Tuan asal
bekas pemilik tanah enggan menerima emas tersebut kerana khuatir akan rezeki
yang tidak berkat. Selepas mereka berdua berjumpa hakim, hakim memutuskan agar
anak bekas tuan tanah dan pembeli tanah itu dikahwinkan dengan syarat emas
tersebut dijadikan belanja serta mas kahwin.
Sahih muslim dari Hisyam
b Urwah. Seorang wanita menuduh salah seorang sahabat dijamin syurga iaitu Said
b Zaid ra mencuri tanahnya. Ketika di muka pengadilan, Said bersumpah sekiranya
beliau tidak bersalah maka penuduh tersebut akan buta matanya. Selang beberapa
minggu, wanita penuduh tersebut menjadi buta. Menurut Saiz b Zaid ra sabda Nabi
s.a.w. Allah akan perintahkan tujuh
lapis bumi himpit sesiapa yang mengambil tanah bukan miliknya secara zalim.
Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Menjelang kiamat akan
berlaku peperangan dua kelompok Islam yang besar dan pembunuhan berleluasa.
Anaz b Malek ra, Nabi s.a.w. makan dengan 3 jari dan akan
menjilat ibu jari, telunjuk dan jari tengah. Baginda akan mengutip rezeki yang terjatuh
kerana tidak memberi peluang kepada syaitan untuk mengambil rezeki manusia.
Sahih Abu Daud dari Ibnu
Omar sabda Nabi s.a.w. Dilarang makan
minum binatang yang makanan utamanya najis.
Hasan Sahih
Gharib At Tirmizi sabda Nabi s.a.w. lagi. Habiskan makanan sehingga tiada
saki –baki kerana ada barakahnya.
Imam Syafi’e, boleh
dimakan sekiranya hilang bau najis pada ayam, ikan atau binatang halal yang
kadang-kadang makan najis dikuarantin. Sepakat
jumhur ulama, syaitan juga makan sepertimana manusia makan.
Subscribe to:
Posts (Atom)