Muqaddimah oleh Us Shamsuri sendiri sebelum pengajian kitab mengenai Abu Hurairah ra
Abdul Rahman bin Sakar yang berasal dari Yaman masuk Islam ketika 7 Hijrah. Beliau amat meminati kucing sehingga Nabi saw terdengar suara kucing dalam lengan bajunya. Abdul Rahman bin Sakar kemudian digelar Rasulullah saw sebagai Abu Hurairah yang bermakna bapa kucing dan beliau sangat suka dengan gelaran tersebut.
Abu Hurairah sangat sedih ketika ibunya belum memeluk Islam. Beliau mahukan ibunya masuk bersama ke dalam syurga lalu meminta bantuan Rasulullah saw supaya berdoa kepada Allah meminta ibunya memeluk Islam. Allah makbulkan doa Nabi saw akhirnya ibu Abu Hurairah memeluk Islam.
gambar hiasan |
Ketika pemerintahan Khalifah Omar, Abu Hurairah dilantik gavenor Bahrain. Beliau dipecat sementara akibat difitnah rakyatnya. Setelah siasatan dijalankan, Abu Hurairah tidak seperti yang difitnah salah guna kuasa. Beliau menolak permintaan Omar untuk menjadi govenor kerana tidak mahu namanya tercalar sekali lagi.
gambar hiasan |
Abu Hurairah terpaksa menerima jawatan gavenor Madinah kerana didesak ramai penduduk. Syiah amat benci nama Abu Hurairah sehingga menggelar beliau sebagai laknatullah kerana Abu Hurairah ada sedikit tidak suka pada pemerintahan Khalifah Ali Karamulla Huwaj ha.
Menurut Abu Hurairah ra, ramai para sahabat meletakkan kain burdah dan diletakkan dibahu seperti sabda Rasulullah saw. Baginda kemudian menggunakan mukjizatnya dan semua kain yang dikumpul dikembalikan pada para sahabat yang menghampar kain burdah masing-masing. Setelah selesai, masing-masing menyemat kembali ke bahu, bermula hari itu setiap patah perkataan dari Rasulullah saw sentiasa direkod tanpa lupa sepatahpun.
Disebabkan 2 ayat Quran, kedekut ilmu akan dilaknat Allah maka Abu Hurairah menyampaikan ilmu hadis yang dipelajarinya.
Hasan Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra. Kami sujud apabila Rasulullah saw sujud bila ayat sajdah.
Sunat SUJUD SAJDAH menurut Jumhur/majoriti Ulama yang tediri dari Maliki, Syafi'e & Hambali
Disunatkan sujud tilawah atau sujud sajdah apabila tiba 15 ayat sajdah. Surah Al-Aqraf 206, ArRaqdu 15, AnNahal 50, Al-Isra' 109, Mariam 58, Al-Haj 18 & 77, Furqan 60, AnNaml 26, AsSajdah 15, Surah Sod 24, Fusilat 38 AnNajm 62, Al-Insyiqa' 21, Al-Alaq 14 manakala Imam Hanafi pula mengatakan wajib.
5 rukun Sujud Syukur & Tilawah / Sajdah bermula
1)Niat 2)Takbir 3)Sujud 1x 4)Duduk antara 2 sujud 5)Bagi salam