Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Monday, February 2, 2009
Yusof dianiaya sudaranya
Pengajian Tafsir Nurul Ihsan jilid 2 surah Yusuf ayat 1-18 ust Shamsuri 2-2-09. (1-2)Bahasa Arab bahasa penghuni syurga tanpa perlu belajar dan sepatutnya tiada masalah untuk seluruh bangsa Arab memeluk Islam. (3)Nabi Yusuf ketika berumur 12thn bemimpi matahari mewakili ibunya, bulan mewakili bapanya dan 11 bintang mewakili adik-beradiknya tunduk hormat padanya. (4)Nabi Ya'kob mencadangkan supaya tidak diceritakan kepada abang-abangnya kerana syaitan akan mempengaruhi mereka. (5)Nabi Ya'kob telah sedia tahu Yusof bakal dilantik Nabi dan Allah akan anugerahkan Yusof mukjizat tafsir mimpi. (6)Nabi Ya'kob 147thn, Ishak 180thn, Ibrahim 175thn. (7)12 anak Ya'kob dari isteri pertamanya Lia melahirkan Yahuda, Rubil, Sam'un, Lawi, Rayalun & Yashja. Dari isteri kedua Rahil adik Lia melahirkan Yusuf & BunYamin. Dari gundiknya melahirkan Dana, Bafali, Ja & Asyad. (8)Kasih sayang itu subjektif dan demikian syaitan berjaya mempengaruhi 9 adik-beradik yang lain untuk syak prasangka Nabi Ya'kob melebihi sayangnya pada Yusuf dan Bunyamin. (9)8 beradik mecadangkan membunuh Yusof akan tetapi.. (10)Yahuda selaku abang sulong mencadangkan buang dalam telaga buruk kerana bunuh dilarang agama.(11-14))Akhirnya mereka berjaya meyakinkan Ya'kob untuk melepaskan Yusof keluar bersama disebabkan jaminan keselamatan dari dibaham serigala. (15)Apabila Yusof ketika itu berumur 17 dicampak ke dalam perigi, malaikat Jibrail datang meminta Yusof supaya bersabar kerana Allah telah merencanakan kejadian ini. (16)Adik-beradik Yusof kemudian pulang melakonkan kesedihan sambil membawa pulang serigala dan baju yang tidak terkoyak tetapi berlumuran darah palsu sebagai bukti dibaham serigala. (17)Nabi Ya'kob Alahis Salam menggunakan mukjizatnya berkomunikasi dengan serigala dan serigala pun memberitahu tidak halal bagi kami bagi darah para anbia'. (18)Nabi Ya'kob memberitahu pada anak-anaknya "Aku tahu kamu semua jahat dan bohong padaku dan Aku bersabar dengan ujian Allah ini. Semoga aku dapat bertemu dengan anakku Yusof di kemudian hari."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment