Muqaddimah AnNisa 6-70 UsShamsuri 16/02/09 Sahih Bukhari sabda NabiSAW: Di padang mahsyar hari kiamat, paras kepala manusia sejengkal dari matahari. Manusia tenggelam dalam peluh mereka sendiri pada paras buku lali, kaki, dada dan kepala mengikut amalan pada Allah. Manusia kafir bersama kafir dan beriman bersama beriman. Umat manusia mencari bantuan para nabi supaya dapat keluar dari kesengsaraan Mahsyar. Sekumpulan orang beriman mencadangkan meminta bantuan Adam Alaihis Salam kerana Adam adalah manusia pilihan pertama dicipta secara istimewa tidak seperti manusia lain yang melalui kelahiran biasa tetapi Adam mencadangkan jumpa Nuh AS kerana kesilapan makan buah larangan Allah sehingga dibuang dari syurga. Nuh pula mencadangkan jumpa kekasih Allah iaitu Ibrahim AS kerana kesilapan berdoa selamatkan anak isterinya yang kafir. Ibrahim mencadangkan jumpa Musa AS kerana Musa mampu berbual secara langsung dengan Allah.Musa pula mencadangkan jumpa Isa AS kerana kes menampar seorang umatnya sehingga terbunuh. Akhirnya Isa mecadangkan jumpa Muhammad SAW kerana Muhammad hamba Allah yang tiada dosa. Setelah berjumpa Muhammad SAW, rayuan permintaan umat manusia itu diusulkan pada Allah oleh NabiSAW sambil bersujud pada Allah. Allah perkenankan syafaat kekasihNya. Sebahagian manusia masuk syurga dan yang lain kekal selamanya di neraka.
No comments:
Post a Comment