Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Monday, February 16, 2009
Saling membenci sesama Islam adalah kejayaan syaitan mengembalikan muslim menjadi kafir.
Bahrulmazi bab 13 syarah Ustaz Shamsuri bertarikh 16-2-10. Umat
Islam berdiri atas platform agama Islam sepatutnya hidup dalam kasih sayang dan tidak
akan diapa-apakan oleh bukan Islam. Tetapi apabila 52% muslim di Malaysia ini
tidak bersatu atas Islam dan saling membenci maka muslim ditindas golongan minoriti
bukan Islam. Firman Allah, apabila muslim berbuat sesuatu yang Allah larang
maka sesungguhnya syaitan akan menjatuhkan umat Islam ke kancah permusuhan dan saling
membenci. Akan datang kepada dikalangan muslim sifat syaitan iaitu hasad
dengki, marah, berpukul, memaki dan sebagainya. Rujukan Sahih Muslim Bukhari
dan dari Jabir Abdillah RA sabda NabiSAW “syaitan sesungguhnya putus asa kepada
mereka yang solat itu untuk menyembah berhala, jadi syaitan menggunakan segala tipu
daya muslihat mengembalikan muslim kembali kafir dengan cara membuatkan sesama
Islam saling membenci. Diperlagakan dengan memuaskan nafsu tamak haloba
sehingga membawa kepada saling benci-membenci. Maka bala tentera syaitan itu sudah
berjaya mencapai kejayaan yang mengembirakan sekalian syaitan”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment