Nota Cinta

Tuesday, February 17, 2009

LURUS HATI "Anugerah Tokoh Maal Hijrah Pertama"

Bahrul "Lautan" Maadzi "Madu"
Hassan lagi Sahih AtTirmizi dari AbuHurairahRA sabda NabiSAW mengulangi 3 kali ialah Tunjang Agama itu ialah Lurus Hati kepada Allah dan Al-Quran. Dari Imam Nawawi melalui Hadis inilah ISLAM BERGERAK DI ATAS ORANG-ORANG YANG LURUS HATI.
Lurus Hati Syeikh Idris Al-Marbawi Pengarang Bahrulmazi bab 13 bakti part 2 & 3 Ust Shamsuri 17-2-09 & 21-4-09. Sebuah syarikat tempatan pergi berjumpa Syeikh Idris Al-Marbawi di Mesir untuk mengubah bahasa moden kamus Al-Marbawi yang dihasilkannya. Syeikh Idris tidak membenarkan setelah bersusah payah berfikir menadapatkan kesahihan makna yang betul. Beliau menyuruh syarikat itu buat sendiri buku yang baru selain bahan dari bukunya. Pihak Kerajaan Malaysia melalui Dr Yusuf Noor kali pertama memujuk beliau di Mesir supaya menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah yang pertama atas sumbangan ilmu yang begitu hebat tetapi tidak berjaya. Syeikh Idris berkata tujuannya bukan nak penghargaan dan beliau tidak menerima sesen pun dari buku yang terjual. Kerajaan melaysia menghantar pula Dr Hamid Othman pergi ke Mesir kali ke 2 untuk memujuknya bertujuan menunjuk contoh semangat kepada rakyat Malaysia yang lain. Di dataran Pusat Islam, beliau menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah tetapi beliau tidak mahu bercakap. Selepas puas dipujuk, dia pun bercakap Assalamualaikum Alhamdulillah kemudian beliau duduk kembali di tempatnya.

No comments:

Post a Comment