Kuliah bahrulmazi jilid 3 syarah pengajian oleh Ustaz Shamsuri bertarikh 10-2-10 Sahih AnNasa'i dari Saad Abi Waqas radiallahu anhu sabda NabiSAW, sekiranya mana-mana muslim mengetahui kebesaran pahala solat Masjid Quba Madinah pasti mereka sanggup datang dari jauh. Riwayat AtTirmizi dari Abi Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW. "Pahala solat masjid Nabawi Madinah 1000 kali lebih baik dari mana-mana masjid kecuali Masjidil Haram Mekah kerana pahala solat Masjidil Haram 100 kali lebih baik dari Masjid Nabawi." Riwayat AtTarmizi dan AnNasa'i dari Abdullah bin Ali bin AlHamra' radiallahu anhu sabda NabiSAW.
"Bumi Mekah sebaik-baik bumi Allah, sekiranya aku tidak dihalau pasti aku tetap di Mekah." Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Abu Said Al-Qudri radiallahu anhu sabda NabiSAW, "Ziarahlah 3 masjid yang kawasannya diberkati iaitu Masjidil Haram yang didalamnya terdapat makam Nabi Ibrahim Alaihisalam (100,000x pahala masjid biasa), Masjid Nabawi yang didalamnya terdapat makam Nabi Muhammad SAW (1000x pahala masjid biasa) dan Masjid Bailtulmaqdis (500x pahala masjid biasa)."
Menurut Syeikh Idris Al-Marbawi, amatlah rugi manusia zaman sekarang menghabiskan harta ke luar negara selain 3 tempat yang disebut Al-Quran dan Hadis ini kerana bukan sahaja merugikan agama malah mendapat dosa pula.
No comments:
Post a Comment