gambar hiasan |
Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Monday, February 1, 2010
Allah Ketawa & Hudud Penzina Berkahwin
Muqaddimah Tafsir Nurul Ihsan jilid 2 ms261 surah Yusof Ustaz Shamsuri 1-2-10. Sahih Muttafakun Alai dari Abi Hurairah Radiallahu Anhu sabda NabiSAW. Allah ketawa dan berbunyi melihat 2 lelaki saling berbunuhan dan kedua mereka masuk Syurga. WARNING Para ulama muktabar melarang sesiapa mentafsir bagaimana Allah ketawa dan adakah seperti makhluk ciptaanNya kerana ia boleh merosakkan akidah. Seorang berjihad beperang mewakili Islam dibunuh dan mati syahid. Seorang lagi kemudian bertaubat dan memeluk Islam pergi berperang dan juga mati syahid.
Sahih Muslim dari Imran bin Al-Hussain radiallahu anhu, sabda NabiSAW kepada seorang wanita Islam yang terlanjur zina dan mengaku bersalah supaya dia dihukum hudud. "Tidak akan berzina sekiranya seseorang beriman, Mereka yang melakukan zina ketika itu imannya bercerai sementara. Panggillah bapa kamu." Setelah bapanya datang NabiSAW meminta bapanya supaya melayan perempuan tersebut dengan baik. Menurut Imam nawawi menjadi kebiasaan apabila anak perempuan mengandung luar nikah akan dimarahi bapanya. Kemudian NabiSAW memerintahkan supaya melahirkan anak terdahulu dan menyusukan anak sehingga habis peringkat susuan selama 2 tahun. Apabila sampai masa untuk menjalankan hukum. NabiSAW meminta perempuan itu memakai pakaian kemas menutup aurat tanpa terselak apabila hukuman dijalankan. Selepas persediaan rapi, hukuman rejam sampai mati dijatuhkan.
Setelah selepas hukuman, NabiSAW mengimamkan solat jenazahnya. Saidina Omar Al-Khattab kemudian datang mempersoalkan kenapa perlu disolat jenazah orang yang pernah berzina. Sabda NabiSAW, sesungguhnya dia telah bertaubat dengan taubat yang cukup sempurna. Ikhlas taubatnya dapat dilihat apabila rela dihukum rejam sampai mati. Pahala taubat seperti ini jika dibahagikan kepada 70 orang penduduk madinah. Setiap seorang dapat menyelamatkan diri dari Neraka. Sahih Muslim sabda NabiSAW setiap manusia dibangkitkan di Mahsyar sepertimana pengakhiran hayat sesorang manusia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment