Berakhirnya perang Hunain, Nabi SAW membahagikan harta
rampasan. Al-Aqra’ bin Habib sahabat Badwi yang
baru memeluk Islam menerima sebanyak 100 ekor Unta. Uyainah bin Hisnin ketua suku
pembesar Mekah dan mula memeluk Islam selepas permbukaan Mekah juga diberikan
100 ekor unta. Beberapa pembesar Arab lain turut mendapat 100 ekor unta. Terdapat seseorang memprotes ketidakadilan RasulullahSAW mempertikaikan kenapa orang baru
memeluk Islam dapat lebih dan kita yang lama memeluk Islam dapat sedikit. Berita tidak puas hati tersebut disampaikan Abi Mas'Ud RA kepada RasulullahSAW. Inilah yang dikatakan manusia, pemimpin bila buat sesuatu atau
tidak buat apa-apa tetap dipersalahkan. Selagi mana apa yang dibuat tidak
menyalahi Nas Quran dan Hadis NabiSAW maka sepatutnya diteruskan. Sabda NabiSAW tentang apa yang
didengari itu. “Siapa lagi yang lebih adil sekiranya Nabi yang disuruh Allah supaya
berbuat demikian itu tidak adil?” Kemudian RasulullahSAW berdoa “Rahmatilah Nabi
Musa Alaihis Salam kerana dia lebih sabar dan lebih teruk disakiti umatnya berbanding
apa yang aku kena ini.” Melihat keadaan marah RasulullahSAW semakin reda Abdillah bin Mas'Ud pun menyesal kerana menyampaikan berita orang yang tidak puas hati dengan keputusan pembahagian harta rampasan perang.
Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Saturday, February 6, 2010
Perang Hunain, Nabi campak pasir ke musuh
Muqaddimah pengajian kitab Bahrulmazi bab 13 Ustaz Shamsuri
tarikh 16-2-10. Sahih Muttafakun alai dari Abdillah bin Mas’Ud Radiallahu Anhu.
Setelah Islam stabil di Mekah, NabiSAW bercadang balik ke Madinah. Berita sampai
memberitahu pasukan musuh gabungan puak Hawazim dan Syakib akan menyerang
Rasulullah SAW. RasulullahSAW mempersiapkan pasukannya (gabungan 10,000 penduduk
Madinah yang mengikuti NabiSAW ke Mekah dan 2,000 penduduk Mekah yang memeluk
Islam ketika pembukaan Mekah) bergerak ke Madinah bagi mengelakkan pertumparan
darah di Tanah Haram iaitu Mekah. Walaupun 12,000 itu tidak seramai pasukan
musuh tetapi ramai yang bongkak sombong dan penuh keyakinan sehingga mereka
lupa akan kebesaran ketentuan Allah. Sampai di tengah jalan, tentera Islam
tidak menjangka dan terkejut diserang hendap secara tiba-tiba. Hampir 12,000 melarikan
diri tinggal beberapa orang termasuk Abu Bakar, Omar, Ali, Usamah bin Zaid dan beberapa
sahabat yang setia bersama Rasulullah SAW. RasulullahSAW
yang sedang duduk di atas unta meminta pakciknya Al-Abbas menarik tali unta disebelah
kanan dan tali disebelah kiri ditarik oleh sepupunya Abu Sufyan bin AlHarith
bin Abdul Muttalib supaya maju ke depan menghadapi musuh sambil bersabda “wahai
pakcik. panggillah mereka kembali kerana aku masih hidup untuk terus berjuang.”
Mendengar panggilan Al-Abbas, sebahagian yang lari kembali berjuang. Tentera
muslim yang kembali ke medan perang untuk bergabung keseluruhannya tidak sampai
100 orang. RasulullahSAW turun dari untanya dan berdoa “Ya Allah ya Tuhanku,
tunaikanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku selama ini” sambil
mengenggam pasir dan mencampakkan pasir kepada pihak musuh. Ditakdirkan Allah, pihak
musuh sibuk menggosok mata dan mengeluarkan pasir dari mulut mereka. Serentak
dengan itu tentera Islam mencapai kemenangan. Selepas peperangan Hunain, Allah
menurunkan ayat 25-26 surah AtTaubah “Sesungguhnya Kami telah menolong Islam
dalam banyak peperangan, tetapi disebabkan ramai dari kamu takjub, sombong dan
terlalu yakin maka ramai itu langsung tiada bermanfaat. Kami menurunkan sakinah
atau ketenangan ke dalam hati Rasul dan mereka yang beriman. Dalam keadaan
berkecamuk itu, Kami menurunkan bala tentera langit yang manusia tidak nampak bagi
mengazab orang kafir dan demikianlah balasan kepada manusia kafir”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment