|
garisan lurus Jalan Islam garisan sebaliknya gangguan syaitan |
Pengajian Kitab Bahrulmazi jilid 19 ustaz Shamsuri 9-2-2010. Sokongan jilid 2 ms145 Hasan lagi Sahih Sunan AtTirmizi dari Ibnu Abdillah bin Mughaffan radiallahu anhu.
NabiSAW, Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali tidak pernah membaca kuat "bizmillahirahmanirahim" sebelum memulakan surah Al-Fatihah. Tetapi membaca kuat tidak salah cuma tidak mengikut Sunnah dan dimarahi para sahabat. Sokongan jilid 3 ms222 Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari HusainRA. Ketika BishruRA baca khutbah sambil mengangkat tangan membaca doa kutbah kedua, Umarah bin RuhaibahRA menegur BishruRA yang sedang membaca kutbah. "Allah SWT akan menghodohkan tangan kamu kerana aku
tidak pernah melihat RasulullahSAW dan 4 Khulafa ArRashidin mengangkat tangan apabila berdoa pada kutbah kedua. Tetapi ia tidak salah dan amalan tidak mengikut Sunnah ini dimarahi para sahabat " Sepakat ulama membahaskan doa minta hujan RasulullahSAW kutbah kedua Jumaat tidak boleh digunakan dalil mengangkat tangan menadah doa ketika khutbah kedua. Hasan lagi Sahih AtTirmizi sabda NabiSAW "Sekiranya umatku hidup dikalangan suasana dunia bid'ah penuh kesesatan akhir zaman nanti
BERPEGANG TEGUHLAH DENGAN SUNNAHKU DAN IBADAH KHULAFA AR-RASHIDIN." Ziarah kubur disuruh syarak tetapi ditegah menyiram air, menabur bunga dan duduk di atas kubur membaca doa. Kekeliruan masyarakat hanya diselesaikan dari Nas Al-Quran dan Hadis.
Hasan lagi Sahih Ziarah kubur mengikut sunnah ialah mestilah memberi salam kepada ahli kubur dan minta mereka selamat dan sebutkan Insya'Allah kami suatu hari nanti juga akan mengikuti kamu wahai ahli kubur. Sahih AnNasa'i & Sunan Addarimi sabda NabiSAW sambil melukis garisan lurus dan garisan lengkongan
"garisan lurus ini Jalan Islam dan lengkongan itu gangguan syaitan" Sabda NabiSAW lagi "jangan dilayan garisan bengkang-bengkok kerana ia boleh menyebabkan kamu tidak sampai ke garisan lurus."
No comments:
Post a Comment