Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Tuesday, February 2, 2010
Cara Pemilihan Khilafah
Bahrulmazi jilid15 ms150 Ust Shamsuri 2/2/10, 2/3/10 & 6/4/10 Dari Jabir bin Samurah Radiallahu Anhu sabda NabiSAW "12 khalifah selepasku ialah dari bani Quraisyh." Riwayat AtTirmizi dari Sufainah Radiallahu Anhu sabda NabiSAW sebelum wafat "Yang dikatakan Khilafah ialah 30 tahun {Abu Bakar(2 thn)Omar(11 thn)Osman(12 thn)Ali(5)} daulah Islamiah dikalangan umatku." SABDA Rasulullah Nabi Muhammad SAW itu merupakan WAHYU ALLAH. Menjadi Khalifah menggantikan Rasulullah SAW tidak sama sekali boleh menawarkan diri masing-masing untuk memegang jawatan dan ianya mesti sokongan padu majoriti. Para sahabat menegaskan perlantikan ketua mengetuai Islam ini mesti dipilih seperti disabdakan baginda. Pemilihan khalifah pertama sepakat para sahabat memilih Abu Bakar As Siddiq kerana kedudukan istimewanya disisi NabiSAW dan paling rapat dengan RasulullahSAW. Setiap kali NabiSAW tidak dapat menjadi imam solat berjemaah dan berkhutbah kerana uzur, baginda meminta Abu Bakar sebagai penggantinya. Dasyatnya ucapan pertama yang indah dari Abu Bakar ialah "sesungguhnya aku telah dilantik menjadi wali tetapi aku bukanlah dikalangan yang paling baik di kalangan kamu semua. 2 cara pemilihan khalifah iaitu NabiSAW tidak menamakan calon manakala Abu Bakar menamakan calonnya iaitu Omar Al-Khattab ketika Abu Bakar sedang nazak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment