Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Monday, January 4, 2010
Pertemuan Yusof bin Ya'kob & 1/3 Akhir Malam
Pengajian Tafsir Nurul Ihsan jilid 2 surah Yusof 93-100 Ustaz Shamsuri 4-1-10. Akhirnya Nabi Yusof Alaihis Salam memperkenalkan dirinya yang sebenar dan menyuruh adik-beradiknya membawa bapanya Nabi Ya'kob Alahis Salam kepadanya. (93)Nabi Allah Yusof Alaihis Salam mengirimkan kepada bapanya sehelai baju sutera dari Syurga yang dipakai oleh moyangnya Ibrahim Alahis Salam yang diberikan Malaikat Jibril ketika dia dibuang ke dalam perigi. Yusof meminta menyapu baju tersebut pada mata bapa mereka bertujuan menyembuhkan mata Ya'kob yang buta. (94)Kemudian Yusof berpesan setelah mata bapa mereka baik nanti, bawa semua ahli keluarga berjumpanya di Mesir. (95)Nabi Ya'kob dapat menghidu bau Nabi Yusof Alahis Salam yang jaraknya sejauh 8 hari perjalanan. Anak cucunya di Palestin memberitahu pada Ya'kob mengesahkan datuk mereka memang telah nyanyuk. (96)Apabila rombongan kepulangan tiba di Palestin, Ya'kob amat gembira tanpa sempat memakai kupiah dan kasut, baginda meluru mendapatkan rombongan. Baju jubah Yusof kemudian disapu ke mukanya secara langsung mata Ya'kob sembuh. Memang benar apa yang kukatakan sebelum ini bahawa aku tahu perkara yang kamu tidak ketahui sebagai seorang Nabi kerana Allah memberitahuku. (97)Mereka meminta Yakob memohon kepada Allah supaya mengampuni dosa mereka.
(98)Riwayat Abi MasUd sabda NabiSAW. Nabi Ya'kob Alaihis Salam menunggu ketibaan mustajab doa iaitu sepertiga malam akhir untuk memohon keampunan Allah pada anak-anaknya kerana ketika waktu itu Allah turun ke langit dunia. WARNING hadis tafsir Al-Quran ini sekiranya disalah tafsir menurut logik akal seolah-olah Allah turun seperti makhluk ciptaanNya akan menyebabkan dirinya terkeluar dari jalan lurus landasan akidah Islam. (98)Yusof menyambut kedatangan ayahnya di pintu kota bersama 200 ekor unta. Nabi Yakob turun dari untanya berjalan menuju ke tempat yang disambut sambil bertanya kepada Yahuda "Inikah Fir Aun raja Mesir (Fir Aun gelaran bagi setiap raja mesir). Jawab Yahuda "bukan, inilah anak ayah, Nabi Yusof Alaihis Salam." (99)"Assalamualaikum wahai Penghilang Kedukaanku" Yakob menangis berpelukan bersama Yusof sambil meneruskan katanya"Aku menangis kerana kamu sehingga hilang kedua mataku" Jawab Yusof sambil menangis "Bukankah kita akan bertemu juga di akhirat nanti". (100)Firman Allah, Aku menghimpun dan mempertemukan kedua anak-beranak. Yusof membawa masuk ahli keluarganya ke istana kemudian ahli keluarga mereka sujud seperti mimpinya sewaktu kecil dahulu. Nabi Yusof Alaihis Salam mengumumkan "Sesungguhnya ujian takdir Allah itu terlalu baik buatku." dan kisah tentang penganiayaan yang menyebabkan dirinya hampir terbunuh dirahsiakan dari pengetahuan ayahnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment