Hadis Sahih Muttafakun'Alai dari Abdul Abbas atau Sahal bin Saad AsSa'idi RA Pada hari perang khaibar sabda NabiSAW, bendera akan diberi pada seseorang yang Allah janjikan kemenangan padanya. Dia sangat cinta Allah & Rasul dan Allah & Rasul juga sayang akan dia.
Dialah pemuda bernama Ali bin Abi Talib, mula memeluk Islam ketika usia kanak-kanak. Apabila Ali menerima bendera, semangatnya membara ingin memerangi musuh sehingga musuh memeluk Islam.
Sabda NabiSAW, jangan terburu-buru. Apabila sampai nanti, kamu seru mereka terlebih dahulu ke arah lefahaman Islam. Islam bukan keganasan. Islam bukan sengaja nak memotong tangan. Islam bukan sengaja nak merejam orang. Beritahu mereka Allah mencipta mereka, bila-bila masa Allah boleh mencabut nyawa mereka termasuk ahli keluarga kesayangan mereka. Kita diberi kesenangan, keselesaan dan menghirup udara segar di dunia ini adalah kerana Allah. Kenapa mereka tidak berterima kasih pada Allah.
Beritahu mereka yang marah Islam ini tentang cara hidup sebenar bagi memenuhi hak Allah. Demi Allah, Sekiranya penerangan kamu ini berjaya mendekatkan mereka kepada hidayah Allah, itu lebih baik dari memerangi dan menambahkan lagi musuh Islam.
Muqaddimah kuliah pengajian UsShamsuri Bahrulmazi bab14 Hubungan Silaturahim 22/1/02
No comments:
Post a Comment