Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Saturday, January 9, 2010
Ahli neraka menjawab "mereka sesat, ketinggalan zaman dan membuang dunia"
Muqaddimah pengajian bahrulmazi jilid 13 syarah ustaz Shamsuri 19-1-10. Surah Al-Mulk ayat 6-12 menceritakan keadaan manusia kufur dan ingkar Allah dimasukkan ke neraka lebih dasyat dari makanan yang digoreng ketika minyak sangat panas di dalam kuali. Bertanya malaikat Malek Zabaniah kepada ahli neraka "tiadakah sesiapa yang memberitahu kamu ketika di atas dunia tentang kedasyatan neraka?" Ahli neraka berkata mereka yang memberitahu itu sesat, buang dunia dan ketinggalan zaman. Marahnya neraka terus menyeksa pada manusia yang tidak mengikut syariat Allah sehingga ahli neraka mengakui kesilapan mereka ketika di atas dunia. Selepas pengakuan itu Allah akhirnya berfirman, inilah balasan yang kamu pilih dan rasalah azabku. Sesungguhnya manusia yang takut pada Allah dalam keadaan Allah itu ghaib ketika di dunia, bagi mereka keampunan Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment