Bukhari Muslim Muttafakun Alai, Sahih Sepakat Ulama dari AbdurRahman bin Auf RA sabda Nabi SAW rujukan kuliah Muqaddimah Ustaz Shamsuri Nurul Ihsan tafsir AnNisa 18Januari2010, bahrulmazi jilid 19 bab Ilmu part 5 Ust Shamsuri 14-7-09 dan himpunan kulia-kuliah Ustaz Shamsuri berkaitan setiap sahabat dari 10 sahabat dijamin syurga.
Mereka terlepas seksa kubur, mereka bebas dari kesengsaraan padang mahsyar dan mereka dilepaskan Allah dari perhitungan dosa pahala Neraka atau Syurga. Mereka merupakan Ulama-Ulama Besar yang amat hebat dan adalah 10 sahabat Utama dijamin syurga sabda RasulullahSAW mengikut turutan.
The Lord of Islam |
1. Abu Bakar As-Siddiq (Khalifah selepas RasulullahSAW) Abu Bakar merupakan manusia pertama membenarkan peristiwa Isra’ Mi’raj sehingga digelar RasulullahSAW sebagai As-Siddiq (Benar) dan yang paling rapat dengan NabiSAW. Beliau wafat pada usia 63 tahun 13 Hijrah dan dimakamkan bersebelahan makam RasulullahSAW di Madinah.
2. OmarAl- Khattab (Khalifah Islam kedua) Ketika baru memeluk Islam, beliau mengajak RasulullahSAW menunaikan solat di ka’bah kerana quraisy tidak berani mengganggu umat Islam selepas mengetahui berita keislamannya. Omar wafat setelah dibunuh ketika membetulkan saf solat berjemaah pada 23 Hijrah. Beliau dimakamkan berdekatan dengan Abu Bakar dan RasulullahSAW.
3. Osman bin Affan (Khalifah Islam
ketiga) Tokoh dermawan yang banyak menyumbang hartanya demi pembangunan
jemaah Islamiah. Usman wafat pada 35 Hijrah setelah dibunuh sekumpulan
pemberontak yang menceroboh masuk kediamannya ketika beliau sedang khusyuk
membaca Al-Qur’an.
4. Ali bin Abi Talib (Khalifah Islam keempat) Ali bin Abi TalibRA merupakan kanak-kanak pertama masuk Islam. Beliau terkenal dengan sifatnya yang sangat berani, penyiasat perang, dan cerdas dalam mentadbir kerajaan Islam. Ali wafat pada usia 63 tahun 40 Hijrah setelah ditikam ketika menunaikan solat Subuh.
5. Zubair bin Awwam (Pengiring Nabi) Zubair bin Awwam termasuk golongan pertama masuk Islam ketika usia 15 tahun. Ketangkasannya membunuh panglima-panglima besar musuh yang mengancam RasulullahSAW disifatkan baginda sebagai “ Pengiringnya memandangkan setiap Rasul ada pengiring masing-masing”. Zubair merupakan tokoh yang hebat dan amat digeruni musuh Islam. Beliau wafat pada tahun 36H atau 656M ditikam penceroboh ketika solat.

6. Abu Ubaidah Al-Jarrah (Penjaga Amanah
Umat Islam)
Disifatkan RasulullahSAW sebagai “Pemegang amanah Umat Islam”. Sewaktu pemilihan khalifah pertama selepas kewafatan baginda, beliau merupakan calon utama bersama Abu Bakar As Siddiq tetapi enggan menerima tawaran tersebut. Ubaidah Al Jarrah juga pernah diutus RasulullahSAW memimpin 300 tentera Islam termasuk di dalamnya Omar Al-KhattabRA dalam misi sempadan kafir quraisy. Beliau meninggal dunia akibat wabak penyakit ketika usia 58 tahun setelah menolak tawaran panggilan balik oleh Omar Al-Khattab demi bersama-sama orang bawahannya di sempadan pertahanan pasukan Islam.
7. Abdur Rahman bin Auf (Tokoh Dermawan Islam) Periwayat hadis 10 sahabat dijamin syurga ini menolak tawaran menjadi khalifah ke 3 kepada Osman bin Affan. Beliau juga merupakan tokoh dermawan seperti Osman bin Affan yang banyak menyumbangkan harta kekayaannya untuk perjuangan Islam. Abdur Rahman wafat pada umur 72 tahun (32H atau 652M) di Baqi' Madinah.

8. Saad bin Abi Waqqas (Pemanah Tepat Pasukan Muslim)
Saad bin Abi Waqqas sangat mahir menunggang kuda dan terkenal dengan ketepatan busurnya. Keyakinannya pada Islam tidak berbelah bagi sehingga kehilangan nyawa ibunya yang mogok lapar supaya kembali ke ajaran asal nenek moyang mereka. Saad wafat sakit tua pada usia 70 tahun (55H atau 676M) di Madinah dan jenazahnya disolatkan di Madinah oleh para isteri Rasulullah saw (sahih bukhari muslim) kuliah Bahrulmazi 13 tarikh 18-6-13.
9. Talhah bin Abdullah (Syahid Yang Hidup) Di dalam perang Uhud, Talhah menjadikan anggota tubuh dirinya sebagai perisai RasulullahSAW. Disebabkan kecacatan teruk tubuhnya akibat peperangan, beliau digelar RasulullahSAW sebagai “SYAHID YANG HIDUP” Talhah syahid pada 36 H atau 656 M. ketika perang Jamal.
10.
Said bin Zaid (Wali pertama Damsyik)Saad bin Abi Waqqas sangat mahir menunggang kuda dan terkenal dengan ketepatan busurnya. Keyakinannya pada Islam tidak berbelah bagi sehingga kehilangan nyawa ibunya yang mogok lapar supaya kembali ke ajaran asal nenek moyang mereka. Saad wafat sakit tua pada usia 70 tahun (55H atau 676M) di Madinah dan jenazahnya disolatkan di Madinah oleh para isteri Rasulullah saw (sahih bukhari muslim) kuliah Bahrulmazi 13 tarikh 18-6-13.
9. Talhah bin Abdullah (Syahid Yang Hidup) Di dalam perang Uhud, Talhah menjadikan anggota tubuh dirinya sebagai perisai RasulullahSAW. Disebabkan kecacatan teruk tubuhnya akibat peperangan, beliau digelar RasulullahSAW sebagai “SYAHID YANG HIDUP” Talhah syahid pada 36 H atau 656 M. ketika perang Jamal.
Said berperang bersama RasulullahSAW dalam setiap peperangan. Adik ipar Umar Al-KhattabRA ini berjaya menarik Umar mendekati Islam. Said juga merupakan pejuang hebat barisan hadapan yang banyak membantu tentera Islam menawan Rum dan Parsi. Beliau merupakan wali pertama kota Damsyik dilantik oleh Abu Ubaidah Al-JarrahRA. Beliau wafat dalam usia 70 tahun (51H atau 671M) dan di makamkan di Baqi' Madinah.
No comments:
Post a Comment