Said ibn Jubair
merupakan ulama yang miskin tiada harta tetapi amat dihormati dikalangan masyarakat
Iraq ketika dibawah pemerintahan gabenor Hajjaj. Disebabkan rasa dengki dan
tercabar Hajjaj maka Said dipanggil mengadapnya. Setelah ditanya Hajjaj, Said
pun memberitahu namanya yang bermaksud bahagia. Tetapi dibalas Hajjaj “tidak,
nama kamu Syaqik yang bermaksud celaka maka celaka lah ibubapa kamu memberi nama
kamu ini” Kemudian Said pun memberitahu “celaka itu bukan urusanmu tetapi hak
Allah”. Mendengar kenyataan tersebut Hajjaj kelihatan semakin marah dan terus
memerintahkan hukuman pancung pada Said. Ketika ingin dipancung, Said
memalingkan kepalanya menghadap kiblat tetapi Hajjaj memerintahkan pengawalnya
memalingkan kembali kepala Said. Sebelum dipancung, Said sempat memohon kepada
Allah supaya menjadikan dirinya mangsa terakhir kezaliman Hajjaj. Selepas peristiwa
tersebut Hajjaj menjadi gila dan akhirnya mati.
No comments:
Post a Comment