Hadis Hassan
lagi Sahih Dari ibnu Omar, Baginda RasulullahSAW tidak masuk ke rumah anak yang
amat disayanginya iaitu Fatimah kerana terdapat tirai yang mempunyai lukisan bernyawa.
Malaikat
Rahmat pembawa belas kasihan Allah tidak masuk kecuali yang tetap masuk Cuma malaikat
Rakib Atib dan malaikat mencabut nyawa. Segala doa tidak akan berjaya. Kesimpulan tegahan dari jumhur ulama Imam
Syafie, Imam Nawawi, Hanafi dan Abu Hanifa.
1) Patung lilin
atau tabung gajah- tabung mempunyai unsur kemuliaan apabila diletak suatu
tempat hiasan walaupun bukan disembah dan sebagai contoh cuba menghalang kanak-kanak
ingin mengusik gambar pada kain hiasan, gambar pada bantal perhiasan, patung hiasan
atau lukisan bernyawa (unsur pemujaan)
2) Segala
bentuk gambar lukisan tidak dibenarkan 3) Hanya yang makhluk lengkap sahaja
tidak dibenarkan.
4) Hanya permukaan
lantai atau patung mainan saja dibenarkan – Hadis AisyahRA – NabiSAW tidak
melarangnya bermain anak patung.
Ubaidillah
bin Abdillah bin Utbah merupakan Tabi’e (tidak sempat berjumpa NabiSAW tetapi
masih di generasi akhir sahabat) tergolong 7 orang ulama besar ketika itu.
Ketika
menziarahi Abu TalhahRA (10 sahabat dijamin syurga/sahabat besar) yang sakit
tua menghadapi nazak. Abu Talhah menyuruh sahabat NabiSAW disebelahnya iaitu Sahaf
bin Kunai mengangkat hamparan lantai yang mempunyai gambar. Dari Abu TalhahRA
sabda NabiSAW - Orang yang membuat gambar melukis gambar akan kena zekuat-kuat
azab dan rumah yang ada gambar tidak dimasuki malaikat. Sebelum aku mati, aku
tidak mahu benda-benda yang menghalang malaikat rahmat masuk ke rumahku.
Dari Sahaf
bin Kunai sabda NabiSAW Bukankah sekadar gambar lakaran biasa, gurisan atau garisan
lukisan pada kain. Abu Talhah membenarkan kenyataan Sahaf bin Kunai tetapi bagi
ketenangan hatinya menghadapi sakaratul maut dia tidak mahu segala jenis bentuk
gambar walaupun garisan gurisan ada dirumahnya.
Dari Syeikh
Idris Al-Marbawi pengarang kitab BahrulMazi berkata gurunya Almarhum Syeikh
Muhammad Majdi memfatwakan Gambar fotografi merupakan refleksi dari cermin dan bayang-bayang
dari permukaan air sungai. Tetapi ditegah diletakkan pada ruang tamu atau
dihiaskan pada gambar tersebut. Kebanyakan ulama menegah masuk rumah yang dipenuhi
gambar dan patung.
Kesimpulan-
kalau boleh elak, elakkan melukis gambar bernyawa. Gambar fotografi tidak
dilarang tetapi sekiranya terdapat unsur pemujaan pada gambar kahwin seperti disembur
wangian pada gambar tersebut hukumnya haram. Hiasan membentuk hantaran kahwin walaupun
sebentar adalah juga tidak dibenarkan. Haram melukis dan membuat ukiran
binatang atau patung pada atap dan dinding kerana dilarang Allah dan RasulNya. Para
malaikat rahmat juga tidak akan mendoakan untuk mengampunkan mereka yang
terlibat.