Dari tafsir Al-Quran kitab Bahrulmazi topik kelebihan ilmu atas ibadah disampai oleh Ustaz Shamsuri: Zuhud ialah sentiasa memikirkan akhirat bukan mengharamkan yg halal dan
menghalalkan yg haram. Sebaliknya
Islam melarang membazirkan harta dengan menjual rumah dan kenderaan
sehingga hanya berjalan kaki. Sabda NabiSAW Zuhud ialah hatinya terikat pada Allah sekalipun ditakdirkan kaya harta, kesenangan, kemewahan dan berkedudukan
tinggi. Zuhud juga sabda NabiSAW ialah apabila ditimpa
ujian musibah, dia sentiasa suka akan musibah tersebut dan bersyukur pada nikmat
Allah. Kebanyakan manusia apabila ditimpa musibah mula-mula syukur kemudian
kufur, jarang bersabar malah memarahi Allah. Mereka yang mewah kaya
berharta seperti Saidina Abu BakarRA, OmarRA dan OsmanRA sebelum menjadi
Khalifah merupakan golongan zuhud yang sentiasa mempercayai bahawa kekayaan, kemewahan, sanjungan masyarakat dan kesihatan mereka itu milik mutlak Allah.
No comments:
Post a Comment