Nota Cinta

Monday, October 1, 2012

AnNahl 16:1-9

NE 1-10-12. Al-Quran lengkap dengan disertai campuran kandungan kitab terdahulu.
16:1 Tidak perlu risau kerana: Kafir yang mengancam Islam hari ini tidak lepas dari janji Allah. Maha Suci Allah dari sebarang tuhan yang kafir sembah.
2 Allah memerintahkan mala'ikat Jibril menyampaikan amanah pada para Nabi dan Rasul.
3 Allah Maha Esa yang mencipta 7 lapis langit dan bumi dalam tempoh masa 6 hari sebagai panduan manusia tidak terburu-buru. Allah Maha Suci dari sebarang berhala yang kafir sembah.
4 Allah jadikan manusia dari air mani yang hina, tetapi hari ini ada manusia yang mengingkarinya.
5-8 Allah mencipta pelbagai binatang untuk dijadikan kenderaan, perhiasan dan makanan menunjukkan tanda belas kasihan Allah pada manusia.
9 Kepada Allah jualah petunjuk jalan yang lurus.

No comments:

Post a Comment