Nota Cinta

Friday, October 26, 2012

Bilal menjadi ketua manusia di akhirat


Pengajian bahrulmazi jilid 2 syarah Ustaz Shamsuri 26-10-2012. Sahih Muslim Ibni Abbas RA sabda NabiSAW. Mereka yang mengazankan di masjid bertujuan memperingati manusia supaya solat ketika di dunia akan menjadi penghulu atau ketua di hari akhirat. Sesiapa banyak kali azan ketika di dunia akan dilepaskan Allah dari kejahatan neraka. bahrulmazi jilid 3 tarikh 10-3-10 Sahih Bukhari dari Ibnu Omar Al-Khattab pernah menyuruh bilal yang tengah azan berhenti sekejap membuat pengumuman solat di khemah masing-masing kerana hujan dan tiada hadis diam bercakap bila mendengar azan kalau ada pun hadis mauduk/palsu/bukan hadis. 

Wednesday, October 10, 2012

Jangan Sebar Berita Buruk



Bahrulmazi Muqaddimah topik Ujian Demi Ujian – Sebaran berita buruk

Sabda NabiSAW, Jgn ada dikalangan sahabatku mengabarkan berita buruk dan keji dikalangan sahabatku. Aku mahu dadaku lapang dari berita buruk mengenai seseorang sahabatku.  Dari Hadis Riwayat AbuDaud & AtTirmizi.

Tuesday, October 9, 2012

Kriteria Pemimpin Keluarga/Kumpulan


Bahrulmazi topik Ujian Demi Ujian – Jilid14ms029 
NabiSAW tidak suka mendengar orang yang meminta tolong terutama golongan fakir. Kisah Puak Ansar yang lapar dan miskin sering meminta lagi pada NabiSAW menyebabkan NabiSAW tidak jemu membantu mereka. NabiSAW tidak bakhil sekali-kali bahkan jauh sekali menyakiti hati orang. Apa sahaja selagi ada disedekahkan pada mereka yang memerlukan.
Dalam masyarakat kita, terdapat mereka yang tidak pandai marah, mengkhianati dan menyakiti hati org. Orang yang mengatakan golongan ini jahat DIALAH JAHAT.
Diuji NabiSAW pada isterinya AisyahRA yang hanya tinggal sebiji kurma untuk berbuka puasa. Ya Rasulullah sebentar tadi ada seorang perempuan bawa anak kecil datang ke rumah lalu aku bagi setengah biji kurma kemudian dia nak lagi terus ku beri semuanya. Sabda NabiSAW Walaupun disedekah sebelah tamar kerana mencari keredhaan Allah sudah cukup mendiding dari Api Neraka. Akhirnya mereka berbuka puasa sekadar air kosong.
Kriteria Imam/Pemimpin Keluarga/Kumpulan dsb – Sabar taat perintah Allah, menjauhi segala dosa maksiat termasuk musibah.
Bertanggungjawab menunjukkan jalan benar, sabar dan yakin akan hukum dan jalan Al-Quran. As-Sajdah: 24

Monday, October 8, 2012

KEMARAHAN BIDADARI SYURGA


8 Okt 2012 kuliah UstShamsuri Surau Tmn Kerian Parit Buntar Perak
Hadis AtTirmizi Dari Muaz bin JabbalRA sabda NabiSAW, Jangan kamu sakiti hati suami kamu di dunia ini kerana bidadari di Syurga akan berteriak "HEI! JANGAN SAKITI HATI SUAMI KAMU DAN CELAKALAH KAMU KERANA ALLAH". Suami kamu sekarang ini hanya tetamu di dunia kerana selepas mereka mati di dunia nanti kami akan menjaga mereka dengan sebaik-baik jagaan.  

Thursday, October 4, 2012

ZUHUD Salah faham Masyarakat



Islam bukan sekadar di Masjid tetapi kini dunia ICT


Dari Tafsir Al-Quran kitab Bahrulmazi topik Tanggungjawab Suami Pada Isteri: Saranan Ustaz Shamsuri
Sabar dgn prangai hodoh isteri yg menyakitkan hati. Apabila berjalan isteri rasa selamat. Menasihati dgn cara lembut tetapi tegas menurut syarak.
Tolong sama2 buat homepage fikir macamana cara guna teknologi. Ust adakalanya silap tetapi Allah & Rasul tidak ada silap. Kita SEMUA berdakwah Tanpa bayaran tetapi berharap semata-mata ganjaran Allah.  Islam hari ni tidak terhad hanya di masjid saja malah di mana jua terutama di internet. Musuh islam memanfaat teknologi, kita pula habis masa dengan maki saja. Kita tak nak masa kita habis pi ikut maki prangai mcm musuh islam yg sepatutnya kita lawan balik dengan medium pendekatan ICT sebegini. 

Isteri Solehah Anak Soleh


Bahrulmazi bab SuamiSayang UstShamsuri
HR At Turmuzi dari Siti Aisyah R.Anha:
Telah dtg seorg prempuan muda pada NabiSAW “Ya Rasululullah berilah pengetahuan, tanggungjawab isteri kepada bakal suamiku. Sabda NabiSAW tindakan menjilat nanah dari kepala sehingga ke kaki suami tidak akan dpt menebus kebaikan suami.
Sekiranya begitu teruk tanggungjawab isteri nampaknya tiada kahwin akan hamba. Sabda NabiSAW hendaklah engkau berkahwin kerana ada banyak kebaikan kebajikan ke atasnya kerana Isteri Solehah yg Berjaya taat suami dan mendidik anak menjadi soleh boleh memilih mana-mana pintu syurga untuk dimasukinya. 

Solehah

Wednesday, October 3, 2012

Nasehat Pembelaan Isteri sekiranya Kezaliman Suami


Kuliah bahrulmazi bab Suamibaik Isteribaik UstShamsuri
Asal kejadian wanita berasal dari tulang rusuk NabiAdamAS. Iaitu tulang rusuk yg plg bengkok bhgian atas berbanding rusuk yg lain. Sekiranya dibetulkan akan patah jadi gunalah bengkok tersebut ke jln yg bersesuaian supaya tidak rugi walaupun bengkok sgt akan kjdiannya. Lidahnya merupakan punca kejinya. Patah rusuk sekiranya ditalak 3.
Nasihat pembelaan kezaliman suami- ambil surat repot doktor terhadap kesan bekas dipukul di hospital dan kemudian surat repot balai polis. 3 kali kejadian, bawa kes ke mahkamah. Sekiranya disabitkan dengan bukti jelas ia akan melalui tempoh proses perceraian melalui nasihat kadi. Sekiranya suami tidak mahu, Kadi menggunakan kuasa tebus talak dan cara terakhir ialah fasakh nikah. Syaratnya mestilah ada bukti repot dan saksi doktor polis yg melihat kerana dikhuatiri terdapat pihak teraniaya.
Sengat wanita terletak pada lidahnya. Usaha bersabar jika disengat kerana sekiranya ditalakkan dan bernikah baru akan tetap mendapat tulang bengkok yg baru kecuali tiada jalan penyelesaian. 

AGAMA ATAU ADAT? SEKIRANYA ADAT MELEBIHI ISLAM-BINASA KITA


Kuliah Ust Shamsuri kitab Bahrulmazi & kitab Muhimmah bab Suami Baik Isteri Baik & Suamiku Sayang.
Firman AllahSWT Al-Quran Al-Hujuraat 49:7 Ketahuilah manusia, Sesungguhnya dikalangan kamu ada RasulullahSAW yakni Hadis peninggalan NabiSAW untuk diikuti. Sekiranya kamu mahu tidak mengikut NabiSAW malah mahu NabiSAW ikut kamu maka binasalah kamu.   
Disuruh syarak supaya tidak boleh masuk rumah tanpa izin suami walaupun saudara mara isteri sekiranya dikhuatiri boleh membawa mudarat pada rumahtangga. Dalam adat, sekiranya kawan baik suami datang, Biadab apabila tidak dipelawa masuk maka Adat menyuruh mempelawa masuk tetapi dalam Islam menegah isteri mempersilakan masuk sekiranya tiada suami di rumah. 

Sistem Didik Kerohanian Benteng Luaran Dalaman


Sistem Kerohanian Pantau Akhlak Sebelum keluar dunia masyarakat.  
Disuruh Islam menuntut ilmu supaya tidak terjebak dlm perangkap kejahilan pengetahuan disamping membentengi diri dari pengaruh unsur negatif.  
Kuliah Bahrulmazi Ust Shamsuri bab Apa Salahku
Sistem Akhlak Negara sebelah Timur Tengah. Semata-mata ilmu utk betulkan mana2 yg silap mudah2an Allah redha- Sistem yg dgunakan ialah penuntut kuliah dicanai shingga jd org yg berakhlak. Selagi nampak tidak berakhlak maka selagi itu dicanai walaupun makan masa bertahun.
Dianjurkan Islam supaya bertaubat kepada AllahSWT dan tidak mengaku kepada hukum dera. Sekiranya dituduh, disarankan oleh Islam supaya tertuduh mengaku tidak bersalah dan pelaksana hukuman mesti menerima pengakuan tersebut sekiranya tiada saksi di lokasi kejadian.
Hadis dari Ibn AbbasRA Kisah NabiSAW pada Ma'ez ibnMalek ketika menjatuhkan hukuman kesalahannya. Tujuan 4 kali Maiz tetap nak mengaku salah apabila ditanya NabiSAW supaya lega hatinya kerana dikhuatiri taubatnya tidak diterima Allah walaupun sah. Tetapi pihak RasululullahSAW menyarankan taubat Nasuha terlebih dahulu mudah-mudahan Allah terima kerana Allah Maha Menerima Taubat. 

Tuesday, October 2, 2012

DOA KEMUSNAHAN RASULULLAH SAW PADA ABU JAHAL


Pengajaran Doa Muallim Petikan dari Kuliah Ust Shamsuri Tafsir Al-Quran kitab Nurul Ihsan bab Nabi SolehAS Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim.
Saat Nazak– Dtgnya Malaikat maut serba putih duduk di sebelah kanan untuk berita gembira Tetapi apabila Malaikat serba hitam yg duduk dsebelah kiri bg roh kafir atau muslim yg keji, perjalanan akhirat akan dtg terlalu perit & sgt menyusahkan.  Ketika ini sudah terlalu lewat untuk bertaubat dan Allah tidak akan melayani permohonan kita. Tatkala fikiran mulut terkunci,kita tidak dpt menceritakan kpd saudara mara terdekat dsebelah.
Sahih Bukhari dari Abdullah bin Mas'ud ra. NabiSAW berdoa akibat tidak tahan sikap Abu Jahal dan pengikutnya ”Ya Allah walaupun mereka adik beradikku, binasakanlah mereka yang melawanku iaitu Abu Jahal, Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, Walid bin Uqbah, Umaiyah bin Khalf, Uqbah bin Abu Muaith."(satu persatu disebut sehingga 7 org). Beberapa tahun kemudian dalam Perang Badar, mereka mati dalam keadaan hina dan bangkai mereka ditanam di lubang tengah medan perang. Kemudian NabiSAW bertanya kepada mayat/bangkai mereka yg kafir “HARI INI KAMU SEMUA MATI, ADAKAH KAMU SEMUA MENGAKU APA YG KU KATAKAN SEBELUM INI ADALAH BENAR? Apa yg Tuhan kamu janjikan itu benar? Adakah SEBENTAR tadi malaikat maut menyapa kamu semua wahai roh yg keji keluar dr jasad
?
Tanya Saidina OmarRA “Ya Rasulullah adakah smua mayat ini dengar kamu berkata pd mereka. Sabda NabiSAW “Demi Allah Yg Maha Berkuasa ke atas diriku. Mereka ini lebih mendengar dr apa yg kamu dengar tetapi malangnya mereka tdk dberi kekuatan mnjwb prsoalanku. Hadis SAHIH AlBukhari & Muslim.

Monday, October 1, 2012

Rindu RasulullahSAW pada umatnya akhir zaman

Kuliah Muhimmah bab Larangan Kecelaan Ust Shamsuri.

Sabda NabiSAW Siapa dikalangan yang beriman yg kamu semua kagum dgn keimanannya.
Sahabat berkata kami kagum dgn kehebatan iman malaikat para Nabi dan Rasul. NabiSAW geleng kepala & berkata, itu biasa kerana malaikat, para Nabi & Rasul mmg dijadikan Allah sebegitu. Kemudian sahabat bertanya adakah kami yg hebat itu yaRasulullahSAW. NabiSAW membalas itu juga perkara biasa kerana kamu semua sekarang melihat wajahku peribadiku dan mukjizatku. NabiSAW bersabda"mereka yg hebat imannya itu ialah setelah lama wafatku nanti, mereka sentiasa beriman disamping beramal dengan isi Al-Quran,menyayangi Islam lebih dari diri harta keluarga dan sanggup mati demi Islam. 



Kuliah Muhimmah Larangan Kecelaan ke atas Suami - Ust Shamsuri
Tujuan ilmu Al-Quran&Hadis (ISLAM) Tiada guna anak ramai/ Berjaya dunia sementara/ berpelajaran tinggi ilmu dunia/hidup senang/rumah besar melainkan keredhaan AllahSWT kerana hidup Akhirat kekal abadi tiada mati. Di antara derhaka isteri ialah menegah suami dr mengambil keseronokan ke atasnya. Haram bagi suami melarang isteri keluar menuntut FarduAin kecuali diajar oleh suaminya.
Apabila suami balik, tidak buka pintu malah mengunci menyelak pintu maka jatuhlah Derhaka Allah padanya. Bala Allah akan turun sekiranya suami taat pada isteri. Haram bagi suami yang takut isteri tetapi masih boleh mendengar nasihat isteri. Isteri bermasam muka dan menuntut cerai pada suami dikira Derhaka.Tiada wajib NafkahSuami & ditinggalkan tmpt tidur kepada isteri yg derhaka.
DI ANTARA PUNCA PERCERAIAN IALAH CAMPURTANGAN IBUBAPA . Sepatutnya ibubapa menasihati meredakan bukannya mengeruhkan keadaan. SIAPAKAH KAMU WAHAI IBUBAPA sedangkan ANAK PEREMPUAN KAMU ITU apabila berumahtangga sudah JATUH TGGJWB PADA SUAMInya kecuali berlaku kesan penderaan maka kes disiasat di pejabat kadi melalui ketetapan syarak & diselesaikan dgn cara yg diredhai Allah. 

AnNahl 16:1-9

NE 1-10-12. Al-Quran lengkap dengan disertai campuran kandungan kitab terdahulu.
16:1 Tidak perlu risau kerana: Kafir yang mengancam Islam hari ini tidak lepas dari janji Allah. Maha Suci Allah dari sebarang tuhan yang kafir sembah.
2 Allah memerintahkan mala'ikat Jibril menyampaikan amanah pada para Nabi dan Rasul.
3 Allah Maha Esa yang mencipta 7 lapis langit dan bumi dalam tempoh masa 6 hari sebagai panduan manusia tidak terburu-buru. Allah Maha Suci dari sebarang berhala yang kafir sembah.
4 Allah jadikan manusia dari air mani yang hina, tetapi hari ini ada manusia yang mengingkarinya.
5-8 Allah mencipta pelbagai binatang untuk dijadikan kenderaan, perhiasan dan makanan menunjukkan tanda belas kasihan Allah pada manusia.
9 Kepada Allah jualah petunjuk jalan yang lurus.

Terburai Isi Perut

Kuliah Ust Shamsuri Tafsir Nurul Ihsan Terburai Perut
Dari rujukan Hadis Imam Muslim kitab Bad’I al-Khalq dan Imam Bukhari kitab as-Syamilah
Akhirat nanti di kalangan himpunan penghuni neraka. Allah telah mengazabkan sehingga terkeluar isi perut akibat putaran pusingan seperti mesin tepung. Apabila ditanya dikalangan penghuni Neraka, Org yg terburai perut itu menjawab “Dulu aku berceramah mengajar kebaikan tetapi aku tidak buat & Dulu aku melarang membuat kejahatan zina, rasuah, bangga diri, sombong tetapi aku buat. 

Kandungan Al-Quran terpelihara sehingga Kiamat


Kuliah Ust Shamsuri Tafsir Quran kitab Nurul Ihsan jilid 4
Dianugerah Allah mukjizat MusaAS dengan kurniaan makanan yang paling sedap AlManna & Salwa kepada salah satu kaum umat MusaAS iaitu baniIsrael tetapi masih juga tidak beriman. Kitab taurat telah menceritakan akan bakal kewujudan NabiMuhammadSAW, penghijrahan Mekah Madinah dan turunnya Al-Quran. Tetapi Ulama baniIsarel menafikannya kerana hasad dengki pada MuhammadSAW yang berasal dari Arab bukan Israel.  
Pelbagai usaha menyesatkan bg mengubahsuai kandungan Al-Quran tetapi Allah telah berjanji Al-Quran sentiasa dipelihara sehingga hari Kiamat. 

Rajinlah tanpa berputus asa dalam membuat kerja kebaikan

Kuliah Ust Shamsuri Tafsir Nurul Ihsan jilid 4 ms067
Tggjwb Mufti Perak menegur itu dah lepas dan ianya tetap mendapat pahala. Nak ikut atau tidak itu terpulang.Brgsiapa buat amal fardu atau sunat contohnya sekadar senyum walaupun orang yang disenyum tak suka, Allah menjanjikannya pahala. Jgn malas berbuat kebaikan kerana tidak rugi.   
HadisQudsi Brgsiapa tidak redha dgn qada’ /ketentuan takdir Aku atau tidak dpt bersabar dgn ujian bala dari Aku.Pergi lah sembah yang lain selain Aku. firman AllahSWT