Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Wednesday, May 26, 2010
Solat fardu wajib berdiri sekiranya mampu
Bahrulmazi jilid 3 26-5-2010 Sunan AtTirmizi dari Abi Mas'Ud ra duduk tahyat awal NabiSAW mengambil masa yang sekejap dan bacaannya pantas. Mazhab Syafie, disunatkan sujud sahwi apabila terlajak bacaan tahyat awal seperti tahyat akhir. Isyarat tangan memberitahu solat itu sunnah. Tahan menguap apabila solat dituntut syarak. Sahih Bukhari dari Imran Ibni Husain sabda NabiSAW orang yang sakit solat fardu hendaklah berdiri jika mampu, duduk apabila tidak mampu berdiri dan baring apabila tidak mampu berdiri dan duduk. Solat fardu mestilah berdiri apabila mampu kecuali solat sunat. Jatuh murtad apabila berniat dan membenarkan solat fardu duduk walaupun mampu berdiri. Murtadnya seperti membenarkan zina dan minum arak atau air daun ketum. Sah solat walaupun rakaat pertama berdiri dan sakit kemudian duduk rakaat seterusnya dan sekiranya mampu berdiri maka bangunlah berdiri kembali kerana sekiranya mampu berdiri selepas duduk rakaat sebelum maka rakaat seterusnya tidak boleh masih duduk. Apabila masih duduk walaupun mampu berdiri untuk rakaat seterusnya akan terbatal solatnya.
Doa Rasulullah SAW setiap malam selepas solat sunat.
Muqaddimah Bahrulmazi jilid 3 Ustaz Shamsuri 26-5-2010. Sahih Muslim dari Ibnu Abbas, Amalan doa Rasulullah SAW selepas setiap malam solat sunat. Ya Allah bagi Engkau segala pujian. Ya Allah Engkaulah Cahaya memenuhi langit dan bumi. Engkaulah menguasai segala isi kandungan langit dan bumi. Ya Allah Engkaulah Tuhan yang benar. Ya Allah segala janji Engkau dalam Al-Quran itu benar. Ya Allah segala kata-kata Engkau dalam Al-Quran itu benar. Ya Allah jumpa Engkau itu benar. Cerita syurga, neraka dan kiamat itu benar. Ya Allah ya Tuhanku, kepada Engkaulah aku tunduk, aku beriman, aku bertawakal dan aku kembali bila mati dan kerana Engkau aku bermusuh dengan musuh Islam iaitu musuh Engkau. Ya Allah perintah Engkau menghakimiku. Ya Allah ampunilah segala dosa aku yang lepas dan akan datang. Ya Allah ampunilah dosaku yang terang orang nampak dan Engkau nampak. Ya Allah Engkaulah Tuhanku dan Tiada Tuhan lain selain Engkau.
Tuesday, May 18, 2010
Nabi SAW Suka Bergurau sentiasa menyukakan hati orang sekelilingnya
Silaturahim Persahabatan Rasulullah SAW |
Monday, May 17, 2010
Takdir ALLAH 999/1000 manusia masuk neraka
Buat baik pada orang jahat & Azab mengumpat niat menghina
Gambar Hiasan |
Tuesday, May 11, 2010
Layanan Rasulullah SAW kepada umatnya terlalu istimewa
gambar hiasan pemandangan mahluk ciptaan Allah |
Muqaddimah pengajian kitab Bahrulmazi jilid 19 bab Alim Madinah syarah Ustaz Shamsuri 11-5-10. Riwayat Imam AtTirmizi dari Amru bin Al-Az radiallahu anhu sabda Nabi SAW kepada Amru Al-Az yang bertanya adakah dia sahabat baginda yang paling baik berbanding Abu Bakar, Omar dan Osman kerana merasakan dirinya dilayan Rasulullah SAW seolah-olah manusia paling baik disisi baginda. "Abu Bakar, Omar dan Osman tetap lebih baik dari kamu wahai Amru"
Alim Madinah IMAM MALIK mazhab maliki
Imam Madinah guru Masjid Nabawi |
Monday, May 10, 2010
“Allahhuma Salli ala Muhammad” Tiada Saidina
Rasulullah SAW tidak suka dipuji berlebihan |
Muqaddmimah Nurul Ihsan 10-5-2010 Sahih AtTirmizi Omar Al-Khattab Radiallahu Anhu sabda Nabi SAW “Jangan kamu terlebih puji aku sepertimana Nasrani memuja Isa Alaihis Salam. Sesungguhnya aku hamba Allah biasa, hendaklah kamu berkata Nabi Muhammad itu hamba Allah. Nasrani dimulakan dengan terlebih pujian iaitu membesarkan dan memuliakan sehingga melarat menjadi sesat dengan mengatakan Isa itu anak Tuhan.” Tidak disuruh syarak berlebihan dalam melampaui beramal seperti generasi kemudian yang menyebut Allahumma Salli ala Saidina(tuan kami) Muhammad. Sekiranya sayang Nabi SAW maka pertahankan apa yang Nabi SAW minta kepada umatnya.
Friday, May 7, 2010
AnNisa 116-123
17-5-10 Tafsir Nurul Ihsan jilid 1
ms192 Tafsir surah AnNisa 116-123 syarah ustaz Shamsuri
Ayat AnNisa 116 yang paling disukai Saidina Ali Karamullah
huwaj ha kerana dosa syirik tidak akan diampuni Allah. Menduakan Allah selain
dari Tuhan Allah ada tuhan lain. Syirik ialah iktikad selain dari Allah. Kafir musyrikin
itu sembah yang betina.
117 Allah maksudkan yang suci bagi kafir mushrikin itu ialah
berhala mereka yang rata-rata nama perempuan seperti Al-Uzza, Al-manah dan banyak lagi.
118 Allah memerintahkan syaitan sujud dalam tafsiran merujuk
respect tanda hormat pada Adam.
119-120 Syaitan berjanji menyesatkan manusia agar ramai
melakukan upacara jin, khurafat, kufur dan tinggalkan Islam. Berjayakah janji
syaitan depan Allah ini? Berjaya. Halalkan haram dan haramkan halal ini kerja
syaitan. Barangsiapa ambil syaitan jadi ikutan maka Allah beri amaran, “rugilah
manusia yang termasuk perangkap syaitan kerana akan rugi dunia merana akhirat.”
121 Jayanya godaan
syaitan sehingga manusia sombong menyebabkan mereka terjerumus menjadi kafir
keluar dari Islam, maka kekafiran ini menyebabkan mereka kekal neraka jahanam
buat selamanya.
122 Beruntung bagi yang
soleh yang memerangi hasutan syaitan.
AnNisa123 Umat Islam
mahupun ahli kitab angan-angan saja tiada guna. Mengaku saja Muhammad Rasul
terakhir tapi tanpa amal juga tiada guna. Iman dan amal soleh itu yang utama
dan dikehendaki.
Huraian ustaz mengenai tafsiran kitab Nurul Ihsan dari terjemahan surah AnNisa 116-120. BISIKAN CINTA SYAITAN PADA NAFSU KEHENDAK MANUSIA. "minumlah arak kerana ia panjang umur dan sedap, cuba dahulu." Akhirnya, ramai yang mengaku Islam nama Muhammad tapi minum arak. Mereka minum kononnya menjaga status dengan bangga penuh confident. Kata mereka, " I bukan penagih arak tegar. Sorry to tell U, I minum, I tak mau jadi hipokrit, I tak mau jadi munafik but I not that type of people. Jus occassion. U know-U know. Apa salah just one glass only. Lagipun arak is kalau tak mabuk still okay."
Tuesday, May 4, 2010
Dalil Sahih IMAM MAHDI
Meluruskan kembali jalan Islam |
Quran Qalamullah (Imam Ahmad bin Hambal) VS Quran Makhluk (Pemerintah Sesat)
"Ayat Al-Quran bukan makhluk" Imam Hambali |
Subscribe to:
Posts (Atom)