Nota Cinta

Wednesday, February 24, 2010

Sabar dengan musibah

Muqaddimah BM3 Ust Shamsuri 24/2/10 Sahih muttafakun alai dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi SAW pada wanita habsyi "Sekiranya kamu memilih sabar untuk sakit dari memilih aku berdoa sembuhkan penyakit maka ia akan membawa kamu ke syurga, dan Allah akan memelihara aurat yang kamu bimbangkan akibat penyakit tersebut." Sahih Bukhari dari Khabbaq Al-Araq ra merangkap suami kepada Sumayah sabda Nabi SAW kepada sekumpulan sahabat yang mempersoalkan pertolongan Allah akibat tidak tahan dengan penyeksaan kafir Mekah. "Umat terdahulu lebih teruk dengan ditanam separuh tubuh kemudian digergaji. Isi dan kulit disiat sehingga tinggal tulang tetapi mereka tetap setia dengan tauhid Islamiah mereka."

Tunduk solat tempat sujud

Bahrulmazi jilid 3 ust Shamsuri 24/2/10 Ibadah solat sepatutnya menganggap seolah-olah Allah sedang melihat dihadapan kita ketika kita tengah menunaikan solat. Solat jumaat yang betul ialah yang awal duduk di saf hadapan dan yang lambat duduk di belakang kerana perbuatan melangkah itu menyakiti kariah masjid dan berdosa menurut hukum Islam. Sahih Muslim, Allah menganggap muslim berada dalam solat apabila bermula niat solat diikuti perjalanan pergi sehingga selesai solatnya. Tidak harus kentut di masjid kerana perbuatan itu menyakiti malaikat yang tidak suka kepada bau busuk. Yang dikatakan hadaz merujuk Abu Hurairah RA ialah kentut yang berbunyi dan tiada bunyi. Mazhab Syafie menerangkan tidak dimaafkan apabila solat dalam keadaan najis seperti air kencing dan tahi melekat walaupun sedikit pada pakaian. Sahih Bukhari, solat mesti menunduk tengok ke arah tempat sujud kerana sekiranya mendongak ke atas akan dibutakan Allah di hari akhirat.  

Sambung rakaat solat, berapa kali wuduk dan isu tiada tirai jemaah laki dan perempuan di dalam masjid

Pengajian kitab bahrulmazi jilid 3 Ustaz Shamsuri 24/2/10. Sunan Riwayat Imam Abu Isa At Tirmizi, NabiSAW pernah menjadi imam berjemaah solat Asar dan tertinggal 1 rakaat. Apabila ditegur Zul Yadain disokong Abu Bakar, Omar, Osman serta sahabat lain, NabiSAW kembali di tempat imam dan menyambung rakaat ke empat sehingga selesai solat. Sahih Bukhari dari Sahal bin Saad Al-Saidi Radiallahu Anhu sabda NabiSAW tidak batal apabila nampak aurat peha bawah celahan kain ketika sujud solat. Sah wuduk samada sekali atau dua atau lebih afdal tiga kali dan dilarang melebihi 3 kali kerana membazir.

Batalnya pahala Sedekah dan 4 pesanan RasulullahSAW pada umatnya.

Muqaddimah bahrulmazi jilid 3 Ustaz Shamsuri 24/2/10. Firman Allah surah Al-Baqarah ayat 264 Mengungkit, niat menunjuk dan menyakitkan hati orang yang disedekah akan terbatal pahala sedekah. Dari Jabir bin Sulail radiallahu anhu 4 pesanan NabiSAW. Islam mengajar:-

  1. Jangan kondem atau memperlekehkan orang. 
  2. Jangan hina perbuatan baik walaupun jumlah sedekahnya kecil dan jangan perli senyuman tidak ikhlas kepada mereka yang bersedekah senyuman.
  3. Bermuka manis apabila berbual.
  4. Jangan mengaibkan orang yang mengaibkan kamu dihadapan ramai kerana bencana Allah akan menimpa orang yang mengaibkan orang lain.  Serahkan kepada Allah yang akan menguruskan pembalasan ke atas perbuatan mereka.

Friday, February 19, 2010

Haram tokok tambah Ibadat

GEJALA SOSIAL PUNCA DARI RASUAH & DITEGAH NADA SUARA TINGGI BILA BERCAKAP

BahrulMazi 19 1/2/10  UsShamsuri- SafwanRA hei arab Badwi jgn bercakap nada tinggi kerana RasulullahSAW tidak suka sikap biadab sebegitu.

Sabda NabiSAW, setiap darah daging yang terbentuk dari sumber haram, neraka balasannya. Akibatnya hasil haram itu akan membesarkan anak-anaknya dalam kegiatan kerosakan sosial masyarakat.

HadisHassan Lagi Sahih AtTirmizi BahrulMazi jilid 3 ms222 BID'AH IALAH TOKOK TAMBAH IBADAH MELAINKAN BERSANDARKAN AL-QURAN DAN HADIS YAKNI SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW DAN IBADAH KHULAFAH AR-RASHIDIN.



Wednesday, February 10, 2010

Ujian sabar tanda sayang Allah

Muqaddimah sebelum pengajian bahrulmazi jilid 3 Ust Shamsuri 10/2/10.  Sahih muttafakun alain dari Abdillah bin Mas'Ud radiallahu anhu yang menziarahi NabiSAW. RasulullahSAW apabila demam dan sakit lain-lain 2 kali ganda manusia biasa. Setiap kesabaran muslim ke atas sakit yang dianugerahkan Allah, akan digugurkan mana-mana dosa yang dilakukannya sebelum ini. Riwayat AtTirmizi dari Anaz bin MalekRA. Sabda NabiSAW "Balasan Allah samada ujian kesakitan atau kemudaratan ke atas dosa muslim ketika di dunia menandakan Allah sayang padanya. Tetapi awas sekiranya Allah tidak membalas di dunia, sesungguhnya azab Allah amat pedih dan tidak tertanggung manusia ketika di akhirat nanti. Semakin besar ujian kesabaran maka semakin besar pahala ke atasnya. Barangsiapa redha dengan ujian Allah baginya keredhaan Allah. Barang siapa yang marah dengan ujian Allah, baginya kemurkaan Allah."

Umrah Mekah, Madinah & Baitulmaqdis

Kuliah bahrulmazi jilid 3 syarah pengajian oleh Ustaz Shamsuri bertarikh 10-2-10 Sahih AnNasa'i dari Saad Abi Waqas radiallahu anhu sabda NabiSAW, sekiranya mana-mana muslim mengetahui kebesaran pahala solat Masjid Quba Madinah pasti mereka sanggup datang dari jauh. Riwayat AtTirmizi dari Abi Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW. "Pahala solat masjid Nabawi Madinah 1000 kali lebih baik dari mana-mana masjid kecuali Masjidil Haram Mekah kerana pahala solat Masjidil Haram 100 kali lebih baik dari Masjid Nabawi." Riwayat AtTarmizi dan AnNasa'i dari Abdullah bin Ali bin AlHamra' radiallahu anhu sabda NabiSAW. "Bumi Mekah sebaik-baik bumi Allah, sekiranya aku tidak dihalau pasti aku tetap di Mekah." Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Abu Said Al-Qudri radiallahu anhu sabda NabiSAW, "Ziarahlah 3 masjid yang kawasannya diberkati iaitu Masjidil Haram yang didalamnya terdapat makam Nabi Ibrahim Alaihisalam (100,000x pahala masjid biasa), Masjid Nabawi yang didalamnya terdapat makam Nabi Muhammad SAW (1000x pahala masjid biasa) dan Masjid Bailtulmaqdis (500x pahala masjid biasa)." Menurut Syeikh Idris Al-Marbawi, amatlah rugi manusia zaman sekarang menghabiskan harta ke luar negara selain 3 tempat yang disebut Al-Quran dan Hadis ini kerana bukan sahaja merugikan agama malah mendapat dosa pula.

Tuesday, February 9, 2010

Kelonggaran atau Ruksah wuduk basuh kaki ketika memakai Khuf

Muqaddimah sebelum pengajian bahrulmazi jilid 19 ustaz Shamsuri 9-2-10 Hasan Sahih AtTirmizi dari Zir seorang Tabi'en dari Safwan bin Hasan radiallahu anhu sabda NabiSAW "Kelonggaran musafir yang bekasut khuf ketika cuaca sejuk sehingga tidak dapat membuka kasut akibat mudarat terlalu sejuk, wuduk ketika membasuh kaki hanya sekadar memadai basuh atas kasut saja." Sabda NabiSAW lagi "Istimewa mereka yang menuntut ilmu sehingga malaikat Allah yang rapat dengan Allah ini menghamparkan sayap mereka pada lantai tanda menghormati orang yang datang menuntut ilmu." Sabda NabiSAW seterusnya "Kasihlah kepada orang yang baik-baik kerana dia akan diletakkan bersama orang yang dikasihinya"

Elakkan Bid'ah yang boleh membawa kesesatan

garisan lurus Jalan Islam garisan sebaliknya gangguan syaitan
Pengajian Kitab Bahrulmazi jilid 19 ustaz Shamsuri 9-2-2010. Sokongan jilid 2 ms145 Hasan lagi Sahih Sunan AtTirmizi dari Ibnu Abdillah bin Mughaffan radiallahu anhu. NabiSAW, Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali tidak pernah membaca kuat "bizmillahirahmanirahim" sebelum memulakan surah Al-Fatihah. Tetapi membaca kuat tidak salah cuma tidak mengikut Sunnah dan dimarahi para sahabat. Sokongan jilid 3 ms222 Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari HusainRA. Ketika BishruRA baca khutbah sambil mengangkat tangan membaca doa kutbah kedua, Umarah bin RuhaibahRA menegur BishruRA yang sedang membaca kutbah. "Allah SWT akan menghodohkan tangan kamu kerana aku tidak pernah melihat RasulullahSAW dan 4 Khulafa ArRashidin mengangkat tangan apabila berdoa pada kutbah kedua. Tetapi ia tidak salah dan amalan tidak mengikut Sunnah ini dimarahi para sahabat " Sepakat ulama membahaskan doa minta hujan RasulullahSAW kutbah kedua Jumaat tidak boleh digunakan dalil mengangkat tangan menadah doa ketika khutbah kedua. Hasan lagi Sahih AtTirmizi sabda NabiSAW "Sekiranya umatku hidup dikalangan suasana dunia bid'ah penuh kesesatan akhir zaman nanti BERPEGANG TEGUHLAH DENGAN SUNNAHKU DAN IBADAH KHULAFA AR-RASHIDIN." Ziarah kubur disuruh syarak tetapi ditegah menyiram air, menabur bunga dan duduk di atas kubur membaca doa. Kekeliruan masyarakat hanya diselesaikan dari Nas Al-Quran dan Hadis. Hasan lagi Sahih Ziarah kubur mengikut sunnah ialah mestilah memberi salam kepada ahli kubur dan minta mereka selamat dan sebutkan Insya'Allah kami suatu hari nanti juga akan mengikuti kamu wahai ahli kubur. Sahih AnNasa'i & Sunan Addarimi sabda NabiSAW sambil melukis garisan lurus dan garisan lengkongan "garisan lurus ini Jalan Islam dan lengkongan itu gangguan syaitan" Sabda NabiSAW lagi "jangan dilayan garisan bengkang-bengkok kerana ia boleh menyebabkan kamu tidak sampai ke garisan lurus."

Saturday, February 6, 2010

Perang Hunain, Nabi campak pasir ke musuh

Muqaddimah pengajian kitab Bahrulmazi bab 13 Ustaz Shamsuri tarikh 16-2-10. Sahih Muttafakun alai dari Abdillah bin Mas’Ud Radiallahu Anhu. Setelah Islam stabil di Mekah, NabiSAW bercadang balik ke Madinah. Berita sampai memberitahu pasukan musuh gabungan puak Hawazim dan Syakib akan menyerang Rasulullah SAW. RasulullahSAW mempersiapkan pasukannya (gabungan 10,000 penduduk Madinah yang mengikuti NabiSAW ke Mekah dan 2,000 penduduk Mekah yang memeluk Islam ketika pembukaan Mekah) bergerak ke Madinah bagi mengelakkan pertumparan darah di Tanah Haram iaitu Mekah. Walaupun 12,000 itu tidak seramai pasukan musuh tetapi ramai yang bongkak sombong dan penuh keyakinan sehingga mereka lupa akan kebesaran ketentuan Allah. Sampai di tengah jalan, tentera Islam tidak menjangka dan terkejut diserang hendap secara tiba-tiba. Hampir 12,000 melarikan diri tinggal beberapa orang termasuk Abu Bakar, Omar, Ali, Usamah bin Zaid dan beberapa sahabat yang setia bersama Rasulullah SAW. RasulullahSAW yang sedang duduk di atas unta meminta pakciknya Al-Abbas menarik tali unta disebelah kanan dan tali disebelah kiri ditarik oleh sepupunya Abu Sufyan bin AlHarith bin Abdul Muttalib supaya maju ke depan menghadapi musuh sambil bersabda “wahai pakcik. panggillah mereka kembali kerana aku masih hidup untuk terus berjuang.” 
Mendengar panggilan Al-Abbas, sebahagian yang lari kembali berjuang. Tentera muslim yang kembali ke medan perang untuk bergabung keseluruhannya tidak sampai 100 orang. RasulullahSAW turun dari untanya dan berdoa “Ya Allah ya Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku selama ini” sambil mengenggam pasir dan mencampakkan pasir kepada pihak musuh. Ditakdirkan Allah, pihak musuh sibuk menggosok mata dan mengeluarkan pasir dari mulut mereka. Serentak dengan itu tentera Islam mencapai kemenangan. Selepas peperangan Hunain, Allah menurunkan ayat 25-26 surah AtTaubah “Sesungguhnya Kami telah menolong Islam dalam banyak peperangan, tetapi disebabkan ramai dari kamu takjub, sombong dan terlalu yakin maka ramai itu langsung tiada bermanfaat. Kami menurunkan sakinah atau ketenangan ke dalam hati Rasul dan mereka yang beriman. Dalam keadaan berkecamuk itu, Kami menurunkan bala tentera langit yang manusia tidak nampak bagi mengazab orang kafir dan demikianlah balasan kepada manusia kafir”
Berakhirnya perang Hunain, Nabi SAW membahagikan harta rampasan. Al-Aqra’ bin Habib sahabat Badwi yang baru memeluk Islam menerima sebanyak 100 ekor Unta. Uyainah bin Hisnin ketua suku pembesar Mekah dan mula memeluk Islam selepas permbukaan Mekah juga diberikan 100 ekor unta. Beberapa pembesar Arab lain turut mendapat 100 ekor unta. Terdapat seseorang memprotes ketidakadilan RasulullahSAW mempertikaikan kenapa orang baru memeluk Islam dapat lebih dan kita yang lama memeluk Islam dapat sedikit. Berita tidak puas hati tersebut disampaikan Abi Mas'Ud RA kepada RasulullahSAW. Inilah yang dikatakan manusia, pemimpin bila buat sesuatu atau tidak buat apa-apa tetap dipersalahkan. Selagi mana apa yang dibuat tidak menyalahi Nas Quran dan Hadis NabiSAW maka sepatutnya diteruskan. Sabda NabiSAW tentang apa yang didengari itu. “Siapa lagi yang lebih adil sekiranya Nabi yang disuruh Allah supaya berbuat demikian itu tidak adil?” Kemudian RasulullahSAW berdoa “Rahmatilah Nabi Musa Alaihis Salam kerana dia lebih sabar dan lebih teruk disakiti umatnya berbanding apa yang aku kena ini.” Melihat keadaan marah RasulullahSAW semakin reda Abdillah bin Mas'Ud pun menyesal kerana menyampaikan berita orang yang tidak puas hati dengan keputusan pembahagian harta rampasan perang. 

Tuesday, February 2, 2010

Jalan Lurus ialah Berita QUR'AN dan Petunjuk NabiSAW (HADIS)

Umat akhir zaman dalam suasana selesa tak berminat nak bercerita dakwah Islam dan cerita tentang Jihad malah memberi kesaksian palsu dengan sukarela bersumpah. Al-Imran ibni HussairRA sabda NabiSAW sebaik-baik umatku ialah dikalangan sahabatku.

Perjuangan YasirRA dalam dakwah Islam dan Jihad berlainan kerana YasirRA melihat dihadapan matanya sendiri bagaimana kemaluan ibunya disula dengan besi panas hidup-hidup sehingga mati dan bagaimana bapanya dipanggang hidup-hidup sehingga mati.

UstShamsuri BahrulMazi 15 2/2/10
Sabda NabiSAW Sebaik-baik berita ialah Al-Quran dan sebaik-baik petunjuk itu ialah petunjuk NabiSAW.


Cara Pemilihan Khilafah

Bahrulmazi jilid15 ms150 Ust Shamsuri 2/2/10, 2/3/10 & 6/4/10 Dari Jabir bin Samurah Radiallahu Anhu sabda NabiSAW "12 khalifah selepasku ialah dari bani Quraisyh." Riwayat AtTirmizi dari Sufainah Radiallahu Anhu sabda NabiSAW sebelum wafat "Yang dikatakan Khilafah ialah 30 tahun {Abu Bakar(2 thn)Omar(11 thn)Osman(12 thn)Ali(5)} daulah Islamiah dikalangan umatku." SABDA Rasulullah Nabi Muhammad SAW itu merupakan WAHYU ALLAH. Menjadi Khalifah menggantikan Rasulullah SAW tidak sama sekali boleh menawarkan diri masing-masing untuk memegang jawatan dan ianya mesti sokongan padu majoriti. Para sahabat menegaskan perlantikan ketua mengetuai Islam ini mesti dipilih seperti disabdakan baginda. Pemilihan khalifah pertama sepakat para sahabat memilih Abu Bakar As Siddiq kerana kedudukan istimewanya disisi NabiSAW dan paling rapat dengan RasulullahSAW. Setiap kali NabiSAW tidak dapat menjadi imam solat berjemaah dan berkhutbah kerana uzur, baginda meminta Abu Bakar sebagai penggantinya. Dasyatnya ucapan pertama yang indah dari Abu Bakar ialah "sesungguhnya aku telah dilantik menjadi wali tetapi aku bukanlah dikalangan yang paling baik di kalangan kamu semua. 2 cara pemilihan khalifah iaitu NabiSAW tidak menamakan calon manakala Abu Bakar menamakan calonnya iaitu Omar Al-Khattab ketika Abu Bakar sedang nazak.

Manusia sekarang seperti disebut hadis

Bahrulmazi jilid15 ms150 Ust Shamsuri 2/2/10 Sahih Muslim dari Abi Kais Al Ash'ari sabda NabiSAW Allah menunggu untuk mengampuni hamba-hambaNya yang memohon keampunan. Muttafakun Alai dari Anaz bin MalekRA sabda NabiSAW Allah sangat gembira apabila hambaNya meminta ampun kepadaNya. Kata-kata NabiSAW adalah dari Allah SWT dan sentiasa relevan sehingga hari kiamat. Sabda NabiSAW keadaan tahun mendatang akan sentiasa lebih teruk dan lebih teruk. Keadaan Islam zaman RasulullahSAW dan para sahabat Radiallahu Anhu merupakan keadaan yang terbaik dalam sejarah Islam. Dari Imran bin Husain RA sabda NabiSAW "manusia yang paling baik ialah mereka yang hidup ketika zaman aku hidup." Menurut Syeikh Idris Al-Marbawi seperti rujukan hadis NabiSAW seperti:
Perangai orang zaman moden atau masa kini menurut penerangan hadis ialah manusia sentiasa menceritakan dia saja hebat dan selain dari dirinya semua tidak hebat. Ramai manusia asyik menceritakan kemewahan teknologi, kesedapan kenikmatan dan kebendaan di dalam dunia. Ramai juga yang bangga akan kedudukan, pangkat dan kelebihan yang Allah kurniakan sementara itu.

Monday, February 1, 2010

AGAMA TIDAK BOLEH DIFIKIR LOGIK AKAL

ALLAH MAHA BERKUASA LAGI MAHA MENGETAHUI - AL-QURAN & HADIS -KAMI DENGAR KAMI TAAT. ALLAH SENTIASA MENGUJI SEJAUH MANA KEIMANAN MANUSIA MELALUI SURUHAN PERINTAHNYA  tafsir Nurul Ihsan 1/2/10 ustShamsuri
  • Allah ialah Khalid (Pencipta) Makhluk ialah yang dicipta. Agama harus difikir melalui ketaatan pada Al-Quran dan Hadis. 
  • RasulullahSAW telah menyuruh sekiranya batal wuduk maka disuruh berwuduk kembali bukannya membasuh tempat yang membatalkan wuduk. 
  • RasulullahSAW menyuruh wuduk ketika memakai Khuf  (sarung kasut musim sejuk  GAMBAR DI SEBELAH) disapu dibahagian atas bukan di tapak apabila batal wuduk ketika memakai khuf atau sarung kasut.
  • RasululullahSAW menyuruh mengambil makanan menggunakan tangan kanan manakala tawaf ka'bah ialah arah kiri.   
JAWAPAN LOGIK AKAL ADAKALANYA TIDAK DAPAT DIJAWAB OLEH AGAMA KERANA ALLAH MAHA MENGETAHUI DAN AGAMA ITU UBUDIYAH ATAU MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH. Jawapan yang ingin membuatkan memuaskan nafsu dan hatinya ialah mencari penyakit yang akhirnya menyakitkan dirinya sendiri. KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH TIDAK BOLEH PERSOAL SURUHAN ALLAH 

DILARANG PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH AGAMA LAIN. SANGGUPKAH MELIHAT NAMA ALLAH DIBAWAH LAMBANG KRISTIAN SEDANGKAN NAMA ALLAH TIDAK BOLEH DIBAWA KE TANDAS

tafsir Nurul Ihsan 1/2/10 ustShamsuri

Agama Islam ialah Ubuidiyah iaitu Pengabdian diri kepada Allah, Ubuidiyah ialah mengabdikan diri kepada Allah tanpa pertikaian Logik Akal.

Rubudiyah (Pengakuan Allah sebagai Tuhan berkuasa mencipta langit dan bumi) - Orang Kafir tetap mengaku Allah sebagai Tuhan yang mencipta langit sama seperti Orang Islam.

Uluhiyah (penerimaan Allah sebagai penentu hukum) - Orang kafir tidak beriman dan tidak menurut perintah Allah seperti solat zakat puasa dan hukum Al-Quran. manakala Orang Islam beriman dan menurut segala perintah Allah, solat zakat puasa, hukum-hakam Al-Quran dan meninggalkan larangannya.

Muslihat permohonan penggunaan nama Allah amat dikesali kerana ia boleh membawa kemudaratan Islam. Allah nama Tuhan Islam. Sayangi Allah dan Islam. Jangan menyesal di kemudian hari. 


Allah Ketawa & Hudud Penzina Berkahwin

Muqaddimah Tafsir Nurul Ihsan jilid 2 ms261 surah Yusof  Ustaz Shamsuri 1-2-10. Sahih Muttafakun Alai dari Abi Hurairah Radiallahu Anhu sabda NabiSAW. Allah ketawa dan berbunyi melihat 2 lelaki saling berbunuhan dan kedua mereka masuk Syurga. WARNING Para ulama muktabar melarang sesiapa mentafsir bagaimana Allah ketawa dan adakah seperti makhluk ciptaanNya kerana ia boleh merosakkan akidah. Seorang berjihad beperang mewakili Islam dibunuh dan mati syahid. Seorang lagi kemudian bertaubat dan memeluk Islam pergi berperang dan juga mati syahid.
gambar hiasan
Sahih Muslim dari Imran bin Al-Hussain radiallahu anhu, sabda NabiSAW kepada seorang wanita Islam yang terlanjur zina dan mengaku bersalah supaya dia dihukum hudud. "Tidak akan berzina sekiranya seseorang beriman, Mereka yang melakukan zina ketika itu imannya bercerai sementara. Panggillah bapa kamu." Setelah bapanya datang NabiSAW meminta bapanya supaya melayan perempuan tersebut dengan baik. Menurut Imam nawawi menjadi kebiasaan apabila anak perempuan mengandung luar nikah akan dimarahi bapanya. Kemudian NabiSAW memerintahkan supaya melahirkan anak terdahulu dan menyusukan anak sehingga habis peringkat susuan selama 2 tahun. Apabila sampai masa untuk menjalankan hukum. NabiSAW meminta perempuan itu memakai pakaian kemas menutup aurat tanpa terselak apabila hukuman dijalankan. Selepas persediaan rapi, hukuman rejam sampai mati dijatuhkan.
Setelah selepas hukuman, NabiSAW mengimamkan solat jenazahnya. Saidina Omar Al-Khattab kemudian datang mempersoalkan kenapa perlu disolat jenazah orang yang pernah berzina. Sabda NabiSAW, sesungguhnya dia telah bertaubat dengan taubat yang cukup sempurna. Ikhlas taubatnya dapat dilihat apabila rela dihukum rejam sampai mati. Pahala taubat seperti ini jika dibahagikan kepada 70 orang penduduk madinah. Setiap seorang dapat menyelamatkan diri dari Neraka. Sahih Muslim sabda NabiSAW setiap manusia dibangkitkan di Mahsyar sepertimana pengakhiran hayat sesorang manusia.
TIDAK BOLEH UPAH DAKWAH
NurulIhsan Jilid2 ms261SurahYusof 1/2/10 UstShamsuri  
dan janganlah engkau wahai Muhammad, minta upah daripada mereka atas menyampaikan kerja agama, tiadalah Al-Quran itu melainkan ajaran bagi sekelian alam.  (Yusuf 104)

Meletakkan harga ke jalan menyampaikan dakwah itu salah.  Sebagai contoh “Ustaz, saya nak minta Ustaz mai ceramah di masjid kami”. Ustaz pula berkata. “berapa nak bagi kat saya takut minyak kereta dengan tol pun dah habis dah. Saya ni dah dapat Dato’ bisness kena kelas skit.” INI BUKAN BERDAKWAH INI MENJUAL AGAMA  dengan nak meraih untung atas agama. SEKIRANYA ORANG BAGI ITU TERPULANG.

Ustaz hanya ingin sampaikan kuliah pengajian sahaja. Beliau agak keberatan untuk berikan ceramah. Pernah sekali jemput tapi beliau tolak.   http://ibnuabidin.blogspot.com/ 

ISLAM JALANKU

Katakanlah wahai Muhammad. Ini Islam Ini Jalanku. (Yusof 108) Tafsir NurulIhsan UsShamsuri 1/2/10

Manusia perlu ada dua iaitu Takut kepada Allah & Mengharapkan keredhaan Allah.
Kenapa perlu takut kepada guruh sedangkan guruh pun takut kepada Allah dan guruh berbunyi sentiasa bertasbih memuji Allah.  Surah Ar-Ra’d ayat 13