Nota Cinta

Friday, January 22, 2010

Cara lembut dakwah RASULULLAH SAW sebagai panduan Jihad SAIDINA ALI KARAMULLA HUWAJHA

Hadis Sahih Muttafakun'Alai dari Abdul Abbas atau Sahal bin Saad AsSa'idi RA Pada hari perang khaibar sabda NabiSAW, bendera akan diberi pada seseorang yang Allah janjikan kemenangan padanya. Dia sangat cinta Allah & Rasul dan Allah & Rasul juga sayang akan dia. 

Dialah pemuda bernama Ali bin Abi Talib, mula memeluk Islam ketika usia kanak-kanak. Apabila Ali menerima bendera, semangatnya membara ingin memerangi musuh sehingga musuh memeluk Islam. 
Sabda NabiSAW, jangan terburu-buru. Apabila sampai nanti, kamu seru mereka terlebih dahulu ke arah lefahaman Islam. Islam bukan keganasan. Islam bukan sengaja nak memotong tangan. Islam bukan sengaja nak merejam orang. Beritahu mereka Allah mencipta mereka, bila-bila masa Allah boleh mencabut nyawa mereka termasuk ahli keluarga kesayangan mereka. Kita diberi kesenangan, keselesaan dan menghirup udara segar di dunia ini adalah kerana Allah. Kenapa mereka tidak berterima kasih pada Allah.

Beritahu mereka yang marah Islam ini tentang cara hidup sebenar bagi memenuhi hak Allah. Demi Allah, Sekiranya penerangan kamu ini berjaya mendekatkan mereka kepada hidayah Allah, itu lebih baik dari memerangi dan menambahkan lagi musuh Islam. 

Muqaddimah kuliah pengajian UsShamsuri Bahrulmazi bab14 Hubungan Silaturahim 22/1/02

Tuesday, January 19, 2010

NabiSAW sumpah 3 perkara dan akan terdapat 4 jenis golongan manusia di dunia.

Muqaddimah kitab bahrulmazi jilid 13 syarah ustaz Shamsuri 19/1/10. Sahih AtTirmizi dari Abi Kabsyah atau Omar bin Saad Al-Ammari Radiallahu Anhu. NabiSAW "Aku bersumpah dengan 3 perkara. Hendaklah kamu pelihara hadis yang bakal ku katakan ini.
  1. Harta kamu tidak akan kurang sekiranya kamu menderma. 
  2. Sekiranya bersabar dengan ujian kezaliman, Allah akan memuliakannya. 
  3. Jangan mengharapkan pertolongan tanpa berdikari kerana Allah akan menjadikannya fakir.
Satu lagi hadis yang bakal ku katakan maka peliharalah hadisku ini. 4 jenis golongan manusia.
  1. Golongan paling beruntung ialah menggunakan harta kekayaannya ke jalan Allah.
  2. Golongan kedua beruntung ialah tiada harta tetapi bertaqwa pada Allah.
  3. Golongan keji ialah kaya harta dan tidak bertaqwa. 
  4. Golongan paling keji ialah miskin yang mengimpikan membelanjakan harta ke jalan maksiat.   

Monday, January 18, 2010

KALIMAH ALLAH Firman Allah: Hati-hati Muslihat Musuh

Penggunaan kalimah Allah, sesal kemudian tiada guna
Nurul Ihsan 18-1-10 Ustaz Shamsuri tafsir AnNisa 97-103 AnNisa 101. Jamak (himpunkan) Qasar (pendekkan) itu anugerah Allah dan pendekkan 4 menjadi 2 rakaat itu sunnah Rasulullah SAW ketika medan perang.  AnNisa 102 Allah anugerahkan Qasar 1 rakaat 1 jemaah bergiliran 2 kumpulan di belakang 2 rakaat RasulullahSAW supaya kumpulan yang selesai fardu Qasar itu lengkap bersenjata menggeruni musuh.  Langkah hati-hati mesti diambil mengelak musuh mengambil kesempatan. Sebagai contoh isu kalimah Allah dikhuatiri agenda tersembunyi musuh dan Islam tidak menyuruh muslim sengaja menyerang gereja atau tokong. AnNisa 103 Hendaklah ingat Allah apa jua keadaan dan sekiranya kembali aman, rakaat solat seperti biasa. Solat wajib mengikut waktu.

KEKAL NERAKA menyembunyikan identiti muslim

Nurul Ihsan Ustaz Shamsuri 180110 AnNisa 97 Firman Allah tentang golongan muslim yang membantah Perintah Hijrah. Apabila ditanya malaikat maut "Wahai roh keji,"  Muslim yang sembunyi identiti Islamnya di Mekah menjawab terpaksa mengikut Abu Jahal dalam perang Badar Al-Qubra. Riwayat Samurah bin JundutRA Sabda NabiSAW "Memilih hidup bersama kafir sehingga dipengaruhi gaya kehidupan kafir itu sebenarnya menzalimi diri sendiri dan akan ke neraka Jahanam selama-lamanya." Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengampun memberi keampunan kepada golongan yang membantah hijrah ini tetapi hanya untuk orang tua, perempuan dan kanak-kanak yang lemah. Mereka yang mati patuh perintah Hijrah wajib pahala ke atas mereka.  Abi HurairahRA, Sabda NabiSAW, "mati setelah niat haji ketika dalam perjalanan membuat hajinya, akan dianugerah pahala haji sempurna. Mati dalam perjalanan ke medan perang dengan niat kerana Allah, akan dianugerah pahala Jihad Fisabilillah"

10 SAHABAT UTAMA dijamin Syurga

Bukhari Muslim Muttafakun Alai, Sahih Sepakat Ulama dari AbdurRahman bin Auf RA sabda Nabi SAW rujukan kuliah Muqaddimah Ustaz Shamsuri Nurul Ihsan tafsir AnNisa 18Januari2010, bahrulmazi jilid 19 bab Ilmu part 5 Ust Shamsuri 14-7-09 dan himpunan kulia-kuliah Ustaz Shamsuri berkaitan setiap sahabat dari 10 sahabat dijamin syurga. 
Mereka terlepas seksa kubur, mereka bebas dari kesengsaraan padang mahsyar dan mereka dilepaskan Allah dari perhitungan dosa pahala Neraka atau Syurga. Mereka merupakan Ulama-Ulama Besar yang amat hebat dan adalah 10 sahabat Utama dijamin syurga sabda RasulullahSAW mengikut turutan. 

The Lord of Islam

1. Abu Bakar As-Siddiq (Khalifah selepas RasulullahSAW) Abu Bakar merupakan manusia pertama membenarkan peristiwa Isra’ Mi’raj sehingga digelar RasulullahSAW sebagai As-Siddiq (Benar) dan yang paling rapat dengan NabiSAW. Beliau wafat pada usia 63 tahun 13 Hijrah dan dimakamkan bersebelahan makam RasulullahSAW di Madinah. 
2. OmarAl- Khattab (Khalifah Islam kedua) Ketika baru memeluk Islam, beliau mengajak RasulullahSAW menunaikan solat di ka’bah kerana quraisy tidak berani mengganggu umat Islam selepas mengetahui berita keislamannya. Omar wafat setelah dibunuh ketika membetulkan saf solat berjemaah pada 23 Hijrah. Beliau dimakamkan berdekatan dengan Abu Bakar dan RasulullahSAW.
3. Osman bin Affan (Khalifah Islam ketiga) Tokoh dermawan yang banyak menyumbang hartanya demi pembangunan jemaah Islamiah. Usman wafat pada 35 Hijrah setelah dibunuh sekumpulan pemberontak yang menceroboh masuk kediamannya ketika beliau sedang khusyuk membaca Al-Qur’an.
4. Ali bin Abi Talib (Khalifah Islam keempat) Ali bin Abi TalibRA merupakan kanak-kanak pertama masuk Islam. Beliau terkenal dengan sifatnya yang sangat berani, penyiasat perang, dan cerdas dalam mentadbir kerajaan Islam. Ali wafat pada usia 63 tahun 40 Hijrah setelah ditikam ketika menunaikan solat Subuh. 
5. Zubair bin Awwam (Pengiring Nabi) Zubair bin Awwam termasuk golongan pertama masuk Islam ketika usia 15 tahun. Ketangkasannya membunuh panglima-panglima besar musuh yang mengancam RasulullahSAW disifatkan baginda sebagai “ Pengiringnya memandangkan setiap Rasul ada pengiring masing-masing”. Zubair merupakan tokoh yang hebat dan amat digeruni musuh Islam.  Beliau wafat pada tahun 36H atau 656M ditikam penceroboh ketika solat.
6. Abu Ubaidah Al-Jarrah (Penjaga Amanah Umat Islam) 
Disifatkan RasulullahSAW sebagai “Pemegang amanah Umat Islam”. Sewaktu pemilihan khalifah pertama selepas kewafatan baginda, beliau merupakan calon utama bersama Abu Bakar As Siddiq tetapi enggan menerima tawaran tersebut. Ubaidah Al Jarrah juga pernah diutus RasulullahSAW memimpin 300 tentera Islam termasuk di dalamnya Omar Al-KhattabRA dalam misi sempadan kafir quraisy. Beliau meninggal dunia akibat wabak penyakit ketika usia 58 tahun setelah menolak tawaran panggilan balik oleh Omar Al-Khattab demi bersama-sama orang bawahannya di sempadan pertahanan pasukan Islam. 
7. Abdur Rahman bin Auf (Tokoh Dermawan Islam) Periwayat hadis 10 sahabat dijamin syurga ini menolak tawaran menjadi khalifah ke 3 kepada Osman bin Affan. Beliau juga merupakan tokoh dermawan seperti Osman bin Affan yang banyak  menyumbangkan harta kekayaannya untuk perjuangan Islam. Abdur Rahman wafat pada umur 72 tahun (32H atau 652M) di Baqi' Madinah.  
8. Saad bin Abi Waqqas (Pemanah Tepat Pasukan Muslim)
Saad bin Abi Waqqas sangat mahir menunggang kuda dan terkenal dengan ketepatan busurnya. Keyakinannya pada Islam tidak berbelah bagi sehingga kehilangan nyawa ibunya yang mogok lapar supaya kembali ke ajaran asal nenek moyang mereka. Saad wafat sakit tua pada usia 70 tahun (55H atau 676M) di Madinah dan jenazahnya disolatkan di Madinah oleh para isteri Rasulullah saw (sahih bukhari muslim) kuliah Bahrulmazi 13 tarikh 18-6-13.

9. Talhah bin Abdullah (Syahid Yang Hidup) Di dalam perang Uhud, Talhah menjadikan anggota tubuh dirinya sebagai perisai RasulullahSAW. Disebabkan kecacatan teruk tubuhnya akibat peperangan, beliau digelar RasulullahSAW sebagai “SYAHID YANG HIDUP” Talhah syahid pada 36 H atau 656 M. ketika perang Jamal.
10. Said bin Zaid (Wali pertama Damsyik)
Said berperang bersama RasulullahSAW dalam setiap peperangan. Adik ipar Umar Al-KhattabRA ini berjaya menarik Umar mendekati Islam.  Said juga merupakan pejuang hebat barisan hadapan yang banyak membantu tentera Islam menawan Rum dan Parsi. Beliau merupakan wali pertama kota Damsyik dilantik oleh Abu Ubaidah Al-JarrahRA. Beliau wafat dalam usia 70 tahun (51H atau 671M) dan di makamkan di Baqi' Madinah.

Monday, January 11, 2010

Allah mengajar manusia tidak terburu-buru

Tafsir Nurul Ihsan 11-1-10 ms155 surah Al Hadid 1-11(Makiah / diturunkan di Mekah) Ustaz Shamsuri. (1)Semua makhluk 7 lapis langit dan selapis bumi bertasbih memuji Allah. (2)Allah boleh mencabut nyawa manusia sekelip mata walaupun dalam keadaan sihat sejahtera tanpa penyakit. (3)Allah Tuhan yang satu, tidak diciptakan dan Dialah yang menciptakan segala isi bumi sehingga dilenyapkan di hari kemudian. (4)Allah sengaja menciptakan langit dan bumi bermula hari Ahad sehingga Jumaat selama 6 hari agar makhluk ciptaanNya dapat mempelajari supaya mengambil masa dan tidak terburu-buru apabila melakukan sesuatu sedangkan Allah boleh mencipta langit dan bumi dengan sekelip mata. (5)Allah Tuhan sekalian makhluk menetapkan Islam satu-satunya agama yang benar dan Islam menutup kemudaratan dengan melarang penyalahgunaan kalimah Allah. (6)Penduduk langit tidak menerima amal, roh dan doa disebabkan riak atau sifat lain yang tidak baik ketika di dunia. (7)Kepada Allah kembali segala urusan (8)Peralihan siang malam tidak sama mengikut tempat (9)Segala peringatan disampaikan melalui Muhammad SAW sebaliknya manusia memilih kegelapan dan Allah menyayangi orang Islam yang beriman (10)Sabda NabiSAW kepada Osman bin Affan RA yang menafkahkan 300 ekor unta (nilai 1 ekor unta umpama sebuah kereta Mercedez baru masa kini) serta 1000 dinar untuk keperluan perang tabuk. "wahai Osman, kamu tiada mudarat di akhirat nanti." (11)Allah ganjarkan pahala sehingga 100'000 kali gandaan pada Abu Bakar As Siddiq kerana pengorbanan setianya disisi NabiSAW ketika Islam baru bermula.  Abu Bakar merupakan imam tunggal pilihan RasulullahSAW setiap kali baginda uzur. Ketika semua memusuhi NabiSAW, Abu Bakar menjadikan NabiSAW sebagai sahabatnya. Diketika semua orang lari dari NabiSAW, hanya Abu Bakar setia di sisi. Di ketika Abu Bakar terketar menyembunyikan kesakitannya akibat sengatan kala jengking di gua Tur, sabda NabiSAW "Usah sedih dan berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita."

Saturday, January 9, 2010

Ahli neraka menjawab "mereka sesat, ketinggalan zaman dan membuang dunia"

Muqaddimah pengajian bahrulmazi jilid 13 syarah ustaz Shamsuri 19-1-10. Surah Al-Mulk ayat 6-12 menceritakan keadaan manusia kufur dan ingkar Allah dimasukkan ke neraka lebih dasyat dari makanan yang digoreng ketika minyak sangat panas di dalam kuali. Bertanya malaikat Malek Zabaniah kepada ahli neraka "tiadakah sesiapa yang memberitahu kamu ketika di atas dunia tentang kedasyatan neraka?" Ahli neraka berkata mereka yang memberitahu itu sesat, buang dunia dan ketinggalan zaman. Marahnya neraka terus menyeksa pada manusia yang tidak mengikut syariat Allah sehingga ahli neraka mengakui kesilapan mereka ketika di atas dunia. Selepas pengakuan itu Allah akhirnya berfirman, inilah balasan yang kamu pilih dan rasalah azabku. Sesungguhnya manusia yang takut pada Allah dalam keadaan Allah itu ghaib ketika di dunia, bagi mereka keampunan Allah.

Tuesday, January 5, 2010

Mangsa pemerintah zalim

Pengajian bahrulmazi jilid 15 Ustaz Shamsuri 5-1-10
Said ibn Jubair merupakan ulama yang miskin tiada harta tetapi amat dihormati dikalangan masyarakat Iraq ketika dibawah pemerintahan gabenor Hajjaj. Disebabkan rasa dengki dan tercabar Hajjaj maka Said dipanggil mengadapnya. Setelah ditanya Hajjaj, Said pun memberitahu namanya yang bermaksud bahagia. Tetapi dibalas Hajjaj “tidak, nama kamu Syaqik yang bermaksud celaka maka celaka lah ibubapa kamu memberi nama kamu ini” Kemudian Said pun memberitahu “celaka itu bukan urusanmu tetapi hak Allah”. Mendengar kenyataan tersebut Hajjaj kelihatan semakin marah dan terus memerintahkan hukuman pancung pada Said. Ketika ingin dipancung, Said memalingkan kepalanya menghadap kiblat tetapi Hajjaj memerintahkan pengawalnya memalingkan kembali kepala Said. Sebelum dipancung, Said sempat memohon kepada Allah supaya menjadikan dirinya mangsa terakhir kezaliman Hajjaj. Selepas peristiwa tersebut Hajjaj menjadi gila dan akhirnya mati.

Pastikan ke Negeri Syam menjelang kiamat

Damascus Syria
Pengajian bahrulmazi jilid15 Ust Shamsuri 5-1-10 Imam AtTirmizi dari Ibnu Omar sabda NabiSAW lazimkan kamu ke berhijrah tempat selamat di negeri Sham (Jordan, Siria, Iraq, Palestin) menjelang hari kiamat kerana akan keluar api mengejar manusia dan manusia ketika itu bergerak mencari tempat selamat. Abi HurairahRA sabda NabiSAW Akan muncul 30 orang dajjal pembohong yang mengaku menjadi Nabi dan Rasul. Orang pertama yang mengaku ialah Musailamah Al-Kazaf di negeri Yaman iaitu ketika zaman Rasulullah SAW.

RasulullahSAW diracun & disihir


Muqaddimah kuliah kitab bahrulmazi jilid 15 Ust Shamsuri 5/1/2010 Sahih Muslim dari AnazRA. Atas kapasiti sebagai manusia biasa, RasulullahSAW pernah diracun perempuan yahudi dalam meraikan sebuah majlis jamuan makan. Dari AisyahRA. Baginda juga pernah disihir melalui ramuan campuran rambut, sikat dan mayang pokok kurma yang dibuang di telaga Ar Wan Madinah. Allah mengutus 2 malaikat mengubati derita sihir Nabi SAW. Sabda NabiSAW tentang penganiayaan pada dirinya "aku serahkan pada Allah untuk membalas perbuatan tersebut"



Monday, January 4, 2010

Pertemuan Yusof bin Ya'kob & 1/3 Akhir Malam

Pengajian Tafsir Nurul Ihsan jilid 2 surah Yusof 93-100 Ustaz Shamsuri 4-1-10. Akhirnya Nabi Yusof  Alaihis Salam memperkenalkan dirinya yang sebenar dan menyuruh adik-beradiknya membawa bapanya Nabi Ya'kob Alahis Salam kepadanya. (93)Nabi Allah Yusof Alaihis Salam mengirimkan kepada bapanya sehelai baju sutera dari Syurga yang dipakai oleh moyangnya Ibrahim Alahis Salam yang diberikan Malaikat Jibril ketika dia dibuang ke dalam perigi. Yusof meminta menyapu baju tersebut pada mata bapa mereka bertujuan menyembuhkan mata Ya'kob yang buta. (94)Kemudian Yusof berpesan setelah mata bapa mereka baik nanti, bawa semua ahli keluarga berjumpanya di Mesir. (95)Nabi Ya'kob dapat menghidu bau Nabi Yusof Alahis Salam yang jaraknya sejauh 8 hari perjalanan. Anak cucunya di Palestin memberitahu pada Ya'kob mengesahkan datuk mereka memang telah nyanyuk. (96)Apabila rombongan kepulangan tiba di Palestin, Ya'kob amat gembira tanpa sempat memakai kupiah dan kasut, baginda meluru mendapatkan rombongan. Baju jubah Yusof kemudian disapu ke mukanya secara langsung mata Ya'kob sembuh. Memang benar apa yang kukatakan sebelum ini bahawa aku tahu perkara yang kamu tidak ketahui sebagai seorang Nabi kerana Allah memberitahuku. (97)Mereka meminta Yakob memohon kepada Allah supaya mengampuni dosa mereka.
(98)Riwayat Abi MasUd sabda NabiSAW. Nabi Ya'kob Alaihis Salam menunggu ketibaan mustajab doa iaitu sepertiga malam akhir untuk memohon keampunan Allah pada anak-anaknya kerana ketika waktu itu Allah turun ke langit dunia. WARNING hadis tafsir Al-Quran ini sekiranya disalah tafsir menurut logik akal seolah-olah Allah turun seperti makhluk ciptaanNya akan menyebabkan dirinya terkeluar dari jalan lurus landasan akidah Islam. (98)Yusof menyambut kedatangan ayahnya di pintu kota bersama 200 ekor unta. Nabi Yakob turun dari untanya berjalan menuju ke tempat yang disambut sambil bertanya kepada Yahuda "Inikah Fir Aun raja Mesir (Fir Aun gelaran bagi setiap raja mesir). Jawab Yahuda "bukan, inilah anak ayah, Nabi Yusof Alaihis Salam." (99)"Assalamualaikum wahai Penghilang Kedukaanku" Yakob menangis berpelukan bersama Yusof sambil meneruskan katanya"Aku menangis kerana kamu sehingga hilang kedua mataku" Jawab Yusof sambil menangis "Bukankah kita akan bertemu juga di akhirat nanti". (100)Firman Allah, Aku menghimpun dan mempertemukan kedua anak-beranak. Yusof membawa masuk ahli keluarganya ke istana kemudian ahli keluarga mereka sujud seperti mimpinya sewaktu kecil dahulu. Nabi Yusof Alaihis Salam mengumumkan "Sesungguhnya ujian takdir Allah itu terlalu baik buatku." dan kisah tentang penganiayaan yang menyebabkan dirinya hampir terbunuh dirahsiakan dari pengetahuan ayahnya.  

Rasulullah SAW jawab salam selepas baginda wafat


Muqaddimah Nurul Ihsan jilid 2 surah yusuf ms 258 Ust Shamsuri 04-01-2010
Sahih Abu Daud sabda NabiSAW "Sesiapa yang memberi salam padaku di makamku setelah wafatku nanti, Allah akan kembalikan roh padaku supaya aku dapat mendoakannya atau menjawab salamnya"