Ramai malaikat mengelilingi Majlis Zikir/Mengingati Allah. |
Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Tuesday, May 19, 2009
Malaikat meronda mencari-cari
Belas kasihan sesama Islam disuruh Syarak
bahrulmazi jilid 13 ms106 ust shamsuri 19-5-09. Tidak semestinya dia tidak dilahirkan berlainan ibubapa dia bukan saudara kita. Saudara yang dimaksudkan Islam ialah mengaku mengucap 2 kalimah syahadah. Kalau betul kita mengaku Islam dia Islam jangan dibiarkan atau pedulikan sesama saudara Islam yang dalam kesusahan dan kemiskinan. Sabda NabiSAW cukup baginya dosa dan orang jahat apabila menghina sesama muslim. Sesama Islam diharamkan menghina, mencaci, merampas harta dan membunuh.
Monday, May 18, 2009
Al-Quran hanya ditafsir melalui Hadis bukan akal
AnNisa 82-85 UsShamsuri 18/5/09 Sahih Al-Bukhari dari Ubadah bin Asamir RA sabda NabiSAW Ketika manusia sakaratul maut, Allah menampakkan hala tujunya samada taman syurga yang cerah lapang atau kubur yang sempit gelap dipenuhi ular. Sahih Al Bulkhari sebelum Nabi tidur, Bismikallah amutu wa ahya (Dengan Allah aku mati dan hidup). AnNisa 82 Oreantalis mengkaji : Allah sebut perkataan dalam Al-Quran 30 juzuk. Dunia & Akhirat 115x, Hidup & Mati 145x, Malaikat & Syaitan 68x, Lelaki & Perempuan 24x, Bizmillah 114x Surah AtTaubah tiada Bizmillah tetapi ada dalam surah AnNam. Surah yang dimulakan Alhamdulillah ialah Al-Fatihah, AnNam, Kahfi, Sabak & Fatir. Lautan neraka berganda lebih dasyat dari lautan matahari. AnNisa 83 Allah benci khabar angin tanpa diselidik. Al-Quran menceritakan semula dalam injil Waraqah bin Naufal alim Tauhid Allah samawi memberitahu Khadijah akan berkahwin dengan Rasulullah SAW dan Bukhaira alim Tauhid samawi injil juga memberitahu Muhammad bakal menjadi Nabi SAW. Sabda NabiSAW aku melihat Waraqah bin Naufal sekarang di taman syurga. AnNisa84 Sekiranya Allah takdirkan NabiSAW berperang seorang diri maka Muhammad SAW akan berjuang berseorangan. Apa saja makhluk atas dunia merupakan tentera Allah yang bersedia membantu muslim dan bala bagi mereka yang berdosa. AnNisa85 Setiap perbuatan ada pembalasan dosa (azab akhirat) dan pahala (nikmat akhirat).
Tuesday, May 12, 2009
Wajah Bercahaya
Pengajian bahrulmazi jilid 19 bab Ilmu part 4 ust Shamsuri 12-05-09.
Hasan lagi Sahih Sunan AtTirmizi Zaid bin Sabit radiallahu anhu sabda NabiSAW "diberi cahaya orang yang mendengar Hadisku.
Khabarkanlah hadisku ini walaupun mereka tidak bertanya. Kadang-kala apa yang kita sampaikan hadis tersebut pada seseorang yang lebih mujtahid dan lebih memahami ribuan hadis.
Maka terus khabarkan kerana ia merupakan peringatan. Sekiranya apa yang diterangkan itu silap kemudian dibetulkan oleh seorang yang mujtahid tersbut ianya merupakan satu manfaat yang besar."
Bahrulmazi jilid 19 bab Ilmu part 5 ust Shamsuri 14-7-09
Sabda NabiSAW "Allah berjanji akan mencahayakan wajah sesiapa yang mendengar, menyampaikan dan mengamalkan Hadisku. Dari Abi Mas'Ud RA tetapi sekiranya menokok nambah Hadis, tidak akan mendapat doa muka bercahaya oleh Rasulullah SAW
<------gambar potret lakaran wajah Syaikh Ahmed Yasin

Haram Adat dianggap Ibadat
Pengajian bahrulmazi jilid 19 part 4 ust Shamsuri 12-05-09. Sunan
AtTirmizi riwayat Abdullah bin Mas'Ud radiallahu anhu yang bertanya pada para sahabat lain tentang apa yang perlu dibuat sekiranya berlaku fitnah akibat kekeliruan masyarakat dimana perbuatan yang tidak sunnah dianggap sunnah sedangkan ianya larangan NabiSAW. Mereka yang bertindak menegakkan Islam atas landasan Quran Hadis dianggap mungkar sedangkan masyarakat tetap sesat dalam batil sehingga hari kiamat. Sahih Muslim sabda NabiSAW melarang sebarang pembinaan tembok pada tanah perkuburan Islam.
Cakap Berpengaruh
Pengajian bahrulmazi jilid 19 part 4 ust Shamsuri 12-05-09
Sunan AtTirmizi riwayat Abi Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW sesiapa yang mempelajari teknik public speaking niat bukan kerana jalan Allah malah bertujuan memukau orang supaya terpedaya dan terpengaruh cakapnya, setiap amal fardu dan sunatnya tidak diterima Allah.
Niat berilmu selain amal untuk Allah
Hasan Gharib Riwayat Imam AtTirmizi dari Ibnu Omar Al-Khattab radiallahu anhu sabda NabiSAW sesiapa menuntut menurut kehendak ilmu selain dari Allah maka duduknya di neraka. Sunan AtTirmizi riwayat Ibnu Abbas radiallahu anhu sabda NabiSAW di kalangan umatku akan ada golongan yang menuntut ilmu agama dengan bertujuan menggunakan ilmu agama sebagai menjadi sebahagian di sisi pemerintah dengan mengautkan pendapatan tinggi, menjadi terkenal, dihormati, kedudukan pangkat dan bukannya untuk membetulkan pemerintah. Golongan ini dijanjikan Allah tempatnya di neraka.
Kewajipan berkasih sayang Kekeluargaan
Sahih Bukhari sabda NabiSAW kepada seorang arab badwi "Sekiranya tiada rasa kasih sayang pada anak cucu bermakna Allah telah menarik rahmat daripada dirinya"
Sahih Bukhari dari Abdillah bin Amru radiallahu anhu sabda NabiSAW kepada pemuda yang semangat jihadnya tinggi untuk berperang,"Jaga ibubapa kamu juga seperti berjihad di medan perang."
Jangan buat jahat salah satu dari Kewajipan Sedekah
Muqaddimah pengajian bahrulmazi jilid 19 ustaz Shamsuri 12-5-09
Sahih Riwayat Al Bukhari dari Abi Musa Al-Ash'ari sabda NabiSAW "menjadi kewajipan setiap umat Islam membiasakan diri dengan bersedekah. Sekiranya tidak mampu, pergilah bekerja dengan tulang empat kerat kamu. Setelah dapat hasil, bolehlah bersedekah untuk bekalan amalan akhirat. Sekiranya malas bekerja maka tolonglah orang. Sekiranya tidak menolong, maka menasihati orang berbuat baik. Sekiranya tidak mampu meminta orang buat baik maka akhir sekali jangan buat kejahatan."
Monday, May 11, 2009
Apabila terjadinya Kiamat
Pengajian Nurul Ihsan jilid 4 surah
Al-Waaqi'ah ayat 1-26 ustaz Shamsuri 11-5-09. (1-3) Al-Waaqiah bermaksud Qiamat. Tiada siapa dapat menyangkal kerana ia membuktikan Keadilan Allah. (sokongan fakta surah Yasin) "Orang kafir selalu berkata orang Islam itu asyik cerita pasal Kiamat sejak turun termurun tetapi di manakah kiamat itu?" Kamu tak perlu mencabarKu tetapi bila tiupan sangkakala pertama, manusia pasti tidak sempat menyusun wasiat. Tiupan sangkakala kedua seterusnya menghidupkan kembali manusia. Mereka menyebut "celaka siapa yang kejutkan aku ini" dan kemudian berkata "benarlah yang disebutkan oleh para nabi."
(4-6)Goncangan kiamat akan menghancurkan bukit-bukau gunung-ganang menjadi debu yang beterbangan (7-10)Di akhirat, orang kafir tetap tempatnya neraka tetapi muslim umat Nabi Muhammad SAW terdiri dari 3 golongan penerima amalan iaitu tangan kanan bakal penghuni syurga, tangan kiri bakal penghuni neraka dan Asabiqun yang dijanjikan syurga iaitu orang yang sering mula-mula menuju destinasi ibadah terutama di zaman para sahabat Rasulullah SAW. (12-14)Golongan Asabiqun dan penerima amalan tangan kanan terselamat itu terdiri dari umat terdahulu dan akhir zaman.(15-18)Para Ashabiqun bergembira berbual sambil dilayani pemuda wildan dan bidadari syurga ketika ditempatkan sementara di transit Syurga Jannatul Naim sebelum perjalanan ke Syurga kekal.(19-22)Ahli syurga tidak merasa pening dan mabuk apabila menikmati arak dari syurga bahkan mereka enak menjamu pelbagai juadah menurut apa saja kehendak selera mereka. Nikmat yang dikurniakan Allah tersebut melebihi ribuan jutaaan gandaan melebihi kemuncak nikmat dunia. (23-26)Begitulah nikmatnya golongan Ashabiqun sehingga tidak terjangkau akal fikiran manusia. Sahih Bukhari Muslim, Allah membuat kemunculan memberi tawaran kemuncak nikmat yang lebih baik dari nikmat syurga. Penghuni syurga tertanya apakah itu ya Allah ya Tuhanku. Firman Allah "KeredhaanKu......"

Penerima Amalan Tangan Kiri vs Penerima Amalan Tangan Kanan - Al-Waqiah
Pengajian Nurul Ihsan jilid 4 surah
Al-Waqiah ayat 27-73 ustaz Shamsuri 11-5-09.
(27-30)Tiada apa yang dapat menyakitkan penerima amalan tangan kanan. Sahih Bukhari, luas teduh sebatang pohon syurga yang diperbuat dari emas sehingga ratusan tahun perjalanan pecutan kuda terlaju.
(31-34) Kehebatan nikmat-nikmat Syurga ialah seluas lautan berbanding setitis air nikmat dunia.
(35-36) Bidadari pengiring Syurga kekal perawan lagi semulajadi.
(37-39) Usia penghuni syurga kekal sebaya 33 tahun bermula umat terdahulu sehingga akhir zaman dan mereka saling mencintai.
(40-45) Penerima amalan tangan kiri pula serta merta disambar angin panas dan diselubungi asap hitam disebabkan kelalaian mereka mengejar nikmat dunia.
(46-48) Iaitu mereka yang leka dengan dosa besar dan mempersenda akan kewujudan barzakh.
(49-51) Sabda NabiSAW menurut Allah, sepertimana keadaan manusia di dunia seperti itulah keadaan roh bercantum jasad ketika seluruh manusia dihimpunkan di padang mahsyar.
(52) Penerima amalan tangan kiri ini dipaksa memakan buah zakum dari pokok yang hanya subur di dasar neraka. Mayang pokok zakum seperti kepala syaitan. Sekiranya air perahan zakum dititiskan ke dunia, serta merta mati seluruh hidupan.
(53-54) Malaikat yang memasukkan zakum ke dalam mulut ahli neraka akan menyiram cairan tembaga panas sehingga lebur isi perut, tulang dan sendi manusia.
(55-56) Seksaan kekal berterusan ini membuktikan betapa dasyatnya pembalasan Allah di hari akhirat sebagai tanda peringatan kepada manusia yang masih hidup di dunia pada ketika ini. (sekarang)
Rahmah atau Belas Kasihan dan Kasih Sayang
Muqaddimah Nurul Ihsan jilid 4
surah Al-Waqiah ayat 27-73 ustaz Shamsuri 11-5-09
Sahih
Bukhari dari
Abi Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW “Hanya 1% sifat Rahmah Allah yang
terdiri dari keikhlasan belas kasihan dan kasih sayang dicampak ke dunia untuk dikongsi
sesama makhlukNya dan 99% sifat RahmahNya disimpan. Maka mintalah keampunan pada
Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
"emak....", Jawab RasulullahSAW
Muqaddimah Nurul Ihsan jilid 4
surah Al-Waqiah ayat 27-73 ustaz Shamsuri 11-5-09
Sahih
Bukhari dari
Abi Hurairah radiallahu anhu, seorang sahabat bertanya RasulullahSAW tentang siapa
yang patut diutamakan untuk diberi perhatian, diambil berat dan berkasih sayang.
Sabda NabiSAW “emak...”. Setelah 2 kali mendapat jawapan yang sama sahabat tersebut mengulangi soalan kali ke 3 tetapi kali ini selain dari emak siapa lagi ya RasulullahSAW? tetapi tetap
mendapat jawapan yang sama iaitu "emak...". Akhirnya jawapan untuk ulangan soalan kali ke-4 disabdakan
NabiSAW ”ayah”
Siapa susah hati berjaga malam bersengkang
mata apabila anak menangis! “emak....”
Siapa yang menyimpan sedikit demi sedikit wang untuk anak yang cita-cita hendakkan sesuatu! "emak...."
Siapa yang sujud syukur berterima kasih pada anak apabila anak menghadiahkan sesuatu! “emak....”
Siapa yang sujud syukur berterima kasih pada anak apabila anak menghadiahkan sesuatu! “emak....”
Bila anak bergaduh dengan seseorang siapa yang mempertahankan anak! "emak....."
Sedangkan anak bila berterima
kasih kepada siapa? “kawan...” Hari ini emak sunyi anak tak balik.....
Tuesday, May 5, 2009
Fitnah Akhir Zaman & Kemusnahan oleh dajjal
BahrulMazi jilid 15 mukasurat 200 & Fitnah 5Mei09 Ust Shamsuri. Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Hadis Riwayat AnNawas bin Sam’An.
Ketika dikebun Kurma, NabiMuhammadSAW bercerita tentang Dajjal seketika
suaranya perlahan seketika suaranya kuat. Selepas bersurai dan berjumpa kembali
selepas Asar, para sahabat kelihatan muram dan ditanya kenapa oleh NabiSAW. Mereka
memberitahu bagaimana kami tidak muram sedangkan Dajjal sekarang telah ada.
NabiSAW kemudian bersabda Dajjal tidak datang lagi. Kalau ada hari ni ketika
aku masih hidup biar aku seorang sahaja menghadapi Dajjal tidak perlu kamu
semua menolongku. Usahlah risau. Dajjal merupakan seorang pemuda yang berambut kerinting dengan sebelah matanya seperti biji anggur dan sekiranya terserempak dengan Dajjal, bacalah
ayat awal surah Al-Kahfi. Dajjal akan turun diantara Syam, Siria dan Iraq, dia
akan bermaharajalela selama 40 hari, Harinya seolah-olah Sehari seperti sebulan
sehari seperti seminggu dan sehari seperti harian biasa. Laju pergerakannya
seolah-olah lajunya angin bertiup. Dia akan pergi kesemua tempat dengan tujuan
supaya manusia mengakunya Tuhan. Tipu dayanya amat mengelirukan. Apabila Dajjal menyuruh langit menurunkan
hujan dengan izin Allah maka turun hujan dan disuruh bumi menghidupkan tanaman
maka tumbuh serta merta pokok sebagai ujian keimanan kepada manusia ketika itu.
Di pinggir Madinah ketika cubaannya masuk ke Madinah gagal
kerana dihalang oleh para Malaikat, muncul seorang pemuda lalu dibelah mati dan
dicantumkan semula menghidupkan kembali pemuda tersebut. Namun pemuda tersebut tetap menafikan Dajjal
sebagai Tuhan. Tidak dapat mempengaruhi pemuda beriman itu Dajjal kemudian
meneruskan perjalannya ke BaitulMaqdis sehingga turunnya Nabi Isa AlaihisSalam
datang membunuh Dajjal di sebuah kampung BabLud berdekatan BaitulMaqdis.
Bencana akibat tidak mengambil Islam secara menyeluruh
BM15 Fitnah 5Mei09 Ust Shamsuri, Firman Allah surah Al-Maidah ayat 3 "Islam satu cara hidup yang sempurna sehingga kiamat". Punca huru-hara ialah manusia mahu jadi orang Islam tetapi tidak mengambil Islam secara sempurna dan menolak sebahagian surah yang lain. Sahih Bukhari dari UbadahRA sabda NabiSAW "Berjanjilah denganku, kamu semua tidak akan syirik Allah, jangan mencuri, jangan bunuh anak, jangan berbohong dan selagi mana aku tidak berbuat salah jangan derhaka aku. Sekiranya kamu melanggar salah satu perjanjian seperti mencuri, kamu akan dipotong tangan di dunia dan Allah tidak akan membalasnya di Akhirat tetapi sekiranya kamu tidak dihukum di dunia, Allah pasti mengazab di Akhirat melainkan kamu taubat Nasuha"
Hassan lagi Sahih Bukhari dari Anaz bin MalekRA sabda NabiSAW bersabarlah dengan dunia sementara kerana keadaan akan semakin teruk dari tahun ke tahun berikutnya sehingga semua manusia menjadi kafir dan tiada lagi sebutan kalimah Allah di muka bumi ini. Dalam dunia menuju keadaan tersebut, turun Dajjal dan muncul Nabi Isa AS membunuhnya. Selepas itu turun makhluk yakjud dan makjud merosakkan bumi dan dengan izin Allah, doa Isa AS menghapuskan yakjud makjud. Selepas kewafatan Isa AS, sebahagian manusia kembali kafir. Maksiat berleluasa. Bumi mengeluarkan emas sebesar tiang sehingga emas tidak berharga. Orang fakir menjadi kaya.
Monday, May 4, 2009
Lihat bawah bukan atas
Muqaddimah surah Yusof ayat 39-55 ust Shamsuri 4-5-09.
Sahih Muslim dari Abi Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW, "Jangan melihat pada mereka yang serba kelebihan dan lihatlah pada mereka yang di bawah serba kekurangan kerana ia dapat menyelamatkan diri dari buruk sangka dan akan merasai nikmat bersyukur pada Allah."
Sahih Muslim dari Abi Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW, "Harta yang membantu ialah harta yang disedekahkan untuk simpanan akhirat."

Kebenaran melenyapkan Kebatilan, Takdir Yusof
gambar sekadar hiasan |
gambar hiasan |
Subscribe to:
Posts (Atom)