Nota Cinta

Tuesday, February 17, 2009

LURUS HATI "Anugerah Tokoh Maal Hijrah Pertama"

Bahrul "Lautan" Maadzi "Madu"
Hassan lagi Sahih AtTirmizi dari AbuHurairahRA sabda NabiSAW mengulangi 3 kali ialah Tunjang Agama itu ialah Lurus Hati kepada Allah dan Al-Quran. Dari Imam Nawawi melalui Hadis inilah ISLAM BERGERAK DI ATAS ORANG-ORANG YANG LURUS HATI.
Lurus Hati Syeikh Idris Al-Marbawi Pengarang Bahrulmazi bab 13 bakti part 2 & 3 Ust Shamsuri 17-2-09 & 21-4-09. Sebuah syarikat tempatan pergi berjumpa Syeikh Idris Al-Marbawi di Mesir untuk mengubah bahasa moden kamus Al-Marbawi yang dihasilkannya. Syeikh Idris tidak membenarkan setelah bersusah payah berfikir menadapatkan kesahihan makna yang betul. Beliau menyuruh syarikat itu buat sendiri buku yang baru selain bahan dari bukunya. Pihak Kerajaan Malaysia melalui Dr Yusuf Noor kali pertama memujuk beliau di Mesir supaya menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah yang pertama atas sumbangan ilmu yang begitu hebat tetapi tidak berjaya. Syeikh Idris berkata tujuannya bukan nak penghargaan dan beliau tidak menerima sesen pun dari buku yang terjual. Kerajaan melaysia menghantar pula Dr Hamid Othman pergi ke Mesir kali ke 2 untuk memujuknya bertujuan menunjuk contoh semangat kepada rakyat Malaysia yang lain. Di dataran Pusat Islam, beliau menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah tetapi beliau tidak mahu bercakap. Selepas puas dipujuk, dia pun bercakap Assalamualaikum Alhamdulillah kemudian beliau duduk kembali di tempatnya.

SYURGA DIHARAMKAN kepada Pemimpin / Ketua tidak amanah

Muqaddimah Bahrulmazi 13 ust Shamsuri 17-2-09 Sahih Bukhari dari Ali Radiallhu Anhu sabda NabiSAW, orang mati bunuh diri tempatnya Neraka dan tidak salah membantah perintah pemimpin yang menyalahi hukum perintah Allah dan RasulNya. Sahih Bukhari dari Mak'khilRA sabda NabiSAW. Sekiranya pemimpin yang ditakdirkan amanah memerintah orang Islam itu mati menipu rakyatnya Allah mengharamkan syurga ke atasnya. Riwayat Aisyah RA, Sabda Nabi SAW kepada seorang sahabat yang takut tidak dapat berjumpa Rasulullah SAW kerana perbezaan tingkatan syurga. Allah turunkan ayat AnNisa69 menjawab pertanyaan sahabat tersebut "Sesiapa taat Allah dan Rasul maka mereka itu akan dapat berjumpa penghuni syurga tertinggi dimana peringkat-peringkat yang terdiri dari para nabi, para sahabat, para syuhada dan para solehin." 

Monday, February 16, 2009

TINGKATAN AHLI SYURGA menurut FIRMAN ALLAH

Nurul Ihsan tafsir AnNisa 6-70 UsShamsuri 16/2/09 Surah AnNisa 69 Firman Allah, Syurga kelas tertinggi sekali ialah untuk para Nabi diikuti kedua tertinggi untuk Abu Bakar As-Siddiq mengetuai Para Sahabat kemudian tingkatan seterusnya untuk para syuhada yang mati syahid keranaKu. Syurga kelas terakhir menurut firman Allah ialah untuk para solehin yang menurut perintahKu.  

Saling membenci sesama Islam adalah kejayaan syaitan mengembalikan muslim menjadi kafir.

Bahrulmazi bab 13 syarah Ustaz Shamsuri bertarikh 16-2-10. Umat Islam berdiri atas platform agama Islam  sepatutnya hidup dalam kasih sayang dan tidak akan diapa-apakan oleh bukan Islam. Tetapi apabila 52% muslim di Malaysia ini tidak bersatu atas Islam dan saling membenci maka muslim ditindas golongan minoriti bukan Islam. Firman Allah, apabila muslim berbuat sesuatu yang Allah larang maka sesungguhnya syaitan akan menjatuhkan umat Islam ke kancah permusuhan dan saling membenci. Akan datang kepada dikalangan muslim sifat syaitan iaitu hasad dengki, marah, berpukul, memaki dan sebagainya. Rujukan Sahih Muslim Bukhari dan dari Jabir Abdillah RA sabda NabiSAW “syaitan sesungguhnya putus asa kepada mereka yang solat itu untuk menyembah berhala, jadi syaitan menggunakan segala tipu daya muslihat mengembalikan muslim kembali kafir dengan cara membuatkan sesama Islam saling membenci. Diperlagakan dengan memuaskan nafsu tamak haloba sehingga membawa kepada saling benci-membenci. Maka bala tentera syaitan itu sudah berjaya mencapai kejayaan yang mengembirakan sekalian syaitan”. 
MANUSIA MEMOHON BEBAS DARI SENGSARA MAHSYAR
Muqaddimah AnNisa 6-70 UsShamsuri 16/02/09 Sahih Bukhari sabda NabiSAW: Di padang mahsyar hari kiamat, paras kepala manusia sejengkal dari matahari. Manusia tenggelam dalam peluh mereka sendiri pada paras buku lali, kaki, dada dan kepala mengikut amalan pada Allah. Manusia kafir bersama kafir dan beriman bersama beriman. Umat manusia mencari bantuan para nabi supaya dapat keluar dari kesengsaraan Mahsyar. Sekumpulan orang beriman mencadangkan meminta bantuan Adam Alaihis Salam kerana Adam adalah manusia pilihan pertama dicipta secara istimewa tidak seperti manusia lain yang melalui kelahiran biasa tetapi Adam mencadangkan jumpa Nuh AS kerana kesilapan makan buah larangan Allah sehingga dibuang dari syurga. Nuh pula mencadangkan jumpa kekasih Allah iaitu Ibrahim AS kerana kesilapan berdoa selamatkan anak isterinya yang kafir. Ibrahim mencadangkan jumpa Musa AS kerana Musa mampu berbual secara langsung dengan Allah.Musa pula mencadangkan jumpa Isa AS kerana kes menampar seorang umatnya sehingga terbunuh. Akhirnya Isa mecadangkan jumpa Muhammad SAW kerana Muhammad hamba Allah yang tiada dosa. Setelah berjumpa Muhammad SAW, rayuan permintaan umat manusia itu diusulkan pada Allah oleh NabiSAW sambil bersujud pada Allah. Allah perkenankan syafaat kekasihNya. Sebahagian manusia masuk syurga dan yang lain kekal selamanya di neraka.

Tuesday, February 10, 2009

Sakaratul maut

Muqaddimah sebelum pengajian Bahrulmazi 19 Ustaz Shamsuri 10-2-09. Sahih Bukhari dari AisyahRA ketika sakarat RasulullahSAW sebelum wafat, sabda NabiSAW sesungguhnya sakarat itu mabuk kesakitan sebelum kematian dan ketika itu ucapkanlah kalimah La ila ha illallah. Manusia termulia di dunia ini menjelang wafat juga meminta keampunan dan belas kasihan Allah pada baginda.

Monday, February 9, 2009

Abu Hurairah menangkap syaitan mencuri


Muqaddimah Nurul Ihsan UstShamsuri 09-02-2009. 
Sahih Bukhari sabda NabiSAW.
"ya Abu HurairahRA, pencuri yang menipu kamu apabila kamu tangkap 3 malam berturut-turut itu adalah syaitan dan kali ini dia berkata benar. Ayat Qursi yang dibaca sebelum tidur seperti diberitahunya itu benar kerana syaitan tidak akan mengganggu sehingga subuh."

Tuesday, February 3, 2009

Sekiranya tidak pasti, sebut Al-Quran & Hadis Samiqna Wa’atoqna


UsShamsuri 3/2/2009 BahrulMazi jilid 15 bab Fitnah 1. Sahih AtTirmizi dari Saad Abi Waqas(10 sahabat dijamin syurga) Saad Abi Waqas dan sekumpulan sahabat ditahan Abu Jahal dan kumpulan samseng pengikutnya selepas balik dari berjumpa nabi SAW. Abu jahal bertanya apa pendapat kamu tentang Tuhan kami. Jawab Saad “Tuhan berhala patung kamu itu Pekak ,Tuli dan Tidak bernyawa.” Saad Abi Waqas dan kumpulannya  itu akhirnya dibelasah oleh kumpulan samseng  dan kemudian dijumpai seterusnya dibawa untuk diubati. Luka Saad bin Abi Waqas dicuci sendiri oleh Rasulullah SAW.
Cukup saksi bukti maka potong tangan seperti disebut Al-Quran. Sekiranya tidak bersetuju cakap saja rendah diri dan tidak pandai kerana masih belajar Al-Quran Hadis.  Jangan sesekali menafikan Al-Quran dan Hadis Sahih kerana implikasi boleh menjadi kufur atau terkeluar dari Islam. Sekiranya was-was sebut saja Amantubillah, Aku beriman dengan Firman Allah, Al-Quran dan HadisNya. Samiqna Wa’atoqna.
Ustaz Shamsuri merakamkan tahniah kepada mereka yang memanfaatkan internet upload ceramahnya dan alangkah bertuahnya apabila ada sahabat-sahabat atau anak-anak kita yang mahir IT dapat menggunakan internet untuk berdakwah.  Penuntut Islam luar Negara juga dapat bersama mengikuti kuliah agama. Inilah yang Islam mahukan untuk anak-anak kita. Mudah-mudahan Allah berkati usaha baik ini. 

Monday, February 2, 2009

Yusof dianiaya sudaranya

Pengajian Tafsir Nurul Ihsan jilid 2 surah Yusuf ayat 1-18 ust Shamsuri 2-2-09. (1-2)Bahasa Arab bahasa penghuni syurga tanpa perlu belajar dan sepatutnya tiada masalah untuk seluruh bangsa Arab memeluk Islam. (3)Nabi Yusuf ketika berumur 12thn bemimpi matahari mewakili ibunya, bulan mewakili bapanya dan 11 bintang mewakili adik-beradiknya tunduk hormat padanya. (4)Nabi Ya'kob mencadangkan supaya tidak diceritakan kepada abang-abangnya kerana syaitan akan mempengaruhi mereka. (5)Nabi Ya'kob telah sedia tahu Yusof bakal dilantik Nabi dan Allah akan anugerahkan Yusof mukjizat tafsir mimpi. (6)Nabi Ya'kob 147thn, Ishak 180thn, Ibrahim 175thn. (7)12 anak Ya'kob dari isteri pertamanya Lia melahirkan Yahuda, Rubil, Sam'un, Lawi, Rayalun & Yashja. Dari isteri kedua Rahil adik Lia melahirkan Yusuf & BunYamin. Dari gundiknya melahirkan Dana, Bafali, Ja & Asyad. (8)Kasih sayang itu subjektif dan demikian syaitan berjaya mempengaruhi 9 adik-beradik yang lain untuk syak prasangka Nabi Ya'kob melebihi sayangnya pada Yusuf dan Bunyamin. (9)8 beradik mecadangkan membunuh Yusof akan tetapi.. (10)Yahuda selaku abang sulong mencadangkan buang dalam telaga buruk kerana bunuh dilarang agama.(11-14))Akhirnya mereka berjaya meyakinkan Ya'kob untuk melepaskan Yusof keluar bersama disebabkan jaminan keselamatan dari dibaham serigala. (15)Apabila Yusof ketika itu berumur 17 dicampak ke dalam perigi, malaikat Jibrail datang meminta Yusof supaya bersabar kerana Allah telah merencanakan kejadian ini. (16)Adik-beradik Yusof kemudian pulang melakonkan kesedihan sambil membawa pulang serigala dan baju yang tidak terkoyak tetapi berlumuran darah palsu sebagai bukti dibaham serigala. (17)Nabi Ya'kob Alahis Salam menggunakan mukjizatnya berkomunikasi dengan serigala dan serigala pun memberitahu tidak halal bagi kami bagi darah para anbia'. (18)Nabi Ya'kob memberitahu pada anak-anaknya "Aku tahu kamu semua jahat dan bohong padaku dan Aku bersabar dengan ujian Allah ini. Semoga aku dapat bertemu dengan anakku Yusof di kemudian hari."

Manusia paling Mulia dan Manusia paling baik


Pengajian Yusuf ayat 1-18 ust Shamsuri 2-2-09.

Sahih Bukhari sabda NabiSAW, "Manusia yang paling mulia dari segi keturunan ialah Nabi Yusuf anak Nabi Ya'kob anak Nabi Ishak anak Nabi Ibrahim Kesayangan Allah. Manusia yang paling baik ialah setelah memeluk Islam, dia cuba memahami Islam dan mengamalkan segala syariat Islam."

Kelebihan kurniaan Allah yang tidak dipulangkan


Muqaddimah surah Yusuf ayat 1-18 ust Shamsuri 2-2-09.

Sahih Bukhari sabda NabiSAW "Sesungguhnya aku telah berpesan kepada umatku supaya setiap kelebihan yang Allah kurniakan kena pulangkan kepada mereka yang berhak. Aku tidak mahu berjumpa dan menolong orang-orang yang hartanya dan binatang peliharaannya melekat di badan mereka kerana aku telah berpesan supaya membayar zakat ketika hidup di dunia."