16-01-07 Sahih Bukhari dari Abi Abdillah sabda Nabi saw. Umat terdahulu diseksa kejam dengan kepalanya digergaji hidup-hidup manakala badannya disikat pisau besi sehingga berguguran isi daging. Namun mereka tetap mempertahankan Islam sampai akhir hayat.
Kisah HABIB AN-NAJAR, SHAM'UN, YUHANA & VULAZ
Tafsir Nurul Ihsan jilid 3 ms 299 surah Yasin diturunkan di Mekah mengandungi 82 ayat.1-29
5-7) Quran diturunkan sebagai peringatan kepada manusia agar tidak lalai dengan anugerah nikmat kesenangan duniawi.
8-9) Menolak Quran sebenarnya mengikat diri dengan rantai neraka agar hati menjadi buta.
10-11) 2 jenis manusia apabila mendengar Al-Quran samada menangis atau tidak merasakan apa-apa. Mereka yang menangis takutkan akhirat itu lah yang sebenarnya beriman.
12) Malaikat Rakib-Atib mencatat setiap amalan manusia di dunia tanpa lebih tanpa kurang untuk dihitung di akhirat.
13-17) Sabda Nabi saw. Ketika rombongan dakwah yang diwakili 3 utusan Isa as yang terdiri dari Syam'un, Yuhana dan Bulaz ditolak dengan ugutan bunuh oleh penduduk Al-Fatiyah, Syam, Syria. Habib An Najar muncul mempertahankan 3 utusan Isa tersebut dengan mengatakan kebenaran Injil kerana baginda Nabi Isa as sebelum ini telah menyembuhkan anaknya yang sakit kuat.
18-20)Isa dan pengikutnya dituduh membawa dakwah sesat sehingga menyebabkan bencana kemarau sedangkan sebenarnya bencana tersebut adalah disebabkan perbuatan kufur penduduk tempatan.
20-25) Habib menerangkan lagi Isa juga bukan setakat menyembuhkan buta dan penyakit kulit malah boleh menghidupkan orang mati. Habib bersungguh-sungguh menceritakan pada kaumnya penduduk Al-fatiyah dengan mengakui kekuasaan Allah akan fenomena bencana alam dan kepada Allah dia mati dan kembali.
26-27) Akhirnya, Habib dan 3 Nabi utusan Isa dibunuh. Malaikat maut datang menjemput rohnya. "Wahai Habib,..Masuklah ke syurga Allah." Habib membisikkan hatinya, alangkah baiknya kalau penduduk kampungku mendengar seruan malaikat ini. Allah tidak membenarkan sesiapa mendengar.
28) Oleh kerana kamu semua kejam pada Habib yang sanggup datang dari jauh! Kami (ALLAH) tidak perlu menurunkan tentera langit.
29) Cukup sekadar sekali jerkahan Jibril, padam semuanya. (bahasa quran padam bermaksud mati kesemuanya.)
20-02-07 Sahih Bukhari Muslim, Sahih Muslim dari Abi Musa ra, Sahih Muttafakun Alai dari Anaz bin Malek ra. Sebut Alhamdulillah dan yang mendengar sebut Yarhamukallah
Sahih Bukhari. Pembersin sebut Yahdikumullah bila pendengar sebut Yarhamukallah
Sahih AtTirmizi dan Abu Daud dari Abu Hurairah ra. Perlahankan suara dan tutup mulut.
Yasin 30-36.
30-31) Mempersendakan para Rasul akan dibinasakan seperti umat terdahulu.
32) Mereka kemudian akan dibalas lagi di padang mahsyar.
33) Bukti Allah menghidupkan yang mati ada di depan mata, seperti tumbuh-tumbuhan yang subur di bumi mati padang pasir.
34-36) Bukan tangan manusia yang membuahkan hasil tanaman buah-buahan sebaliknya Kami yang lakukan. Sekiranya manusia berfikir, maka manusia akan insaf dan kembali pada tauhid iaitu Islam. Jin, Manusia, Buah-buahan dan segala-galanya Kami jadikan berpasangan.
17-04-07 Sahih Muslim. Sunnah Nabi saw duduk memeluk lutut.
Nurul Ihsan ms 306 Yasin 37-59. 37-41) Perjalanan siang-malam silih berganti membuktikan ketetapan Allah seperti mana manusia lahir, membesar, tua dan mati. Ketetapan 29 atau 30 hari dalam sebulan dan 15hb bulan penuh itu pula membuktikan kebesaran Allah. 42) Atas kurniaan Allah kepada kepandaian manusia, manusia boleh mencipta pelbagai kenderaan dan kemudahan kehidupan. 43) Kenderaan yang manusia cipta itu boleh Kami musnahkan dalam kemalangan bila-bila masa Kami mahu.44) Selamat sampai destinasi itu rahmat Allah dan itu bukan kecekapan manusia. 45-47) Kafir dan munafik mempersendakan takdir Allah disamping mempersoal kiamat. 48-54) Tiupan pertama malaikat Izrael mematikan semua manusia yang sedang leka dunia dan tiupan kedua menghidupkan kembali. 55-59) Malaikat Izrael menyeru, "Wahai tulang reput, sekalian rambut, cantum seluruh anggota roh beserta jasad. Hari ini semua manusia dihadapkan ke pengadilan Allah atas apa yang telah dilakukan ketika hidup di dunia." Sekelip mata, tiba-tiba berada di padang luas dan itulah Mahsyar. Susah payah mukmin semasa di dunia segera dimuliakan Allah. Mukmin diasingkan dari bersama kafir yang bakal diseksa di neraka.
Nurul Ihsan ms 309 Yasin 60-83.(36:60) "Jangan sembah syaitan" yang dimaksudkan ialah "ikut seruan kejahatan dengan berbuat dosa" kerana itu jalan neraka. 61-62) Sembah Allah pula bermaksud taat perintah Allah dengan "menurut petunjuk Allah iaitu Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad saw". Sahih Bukhari sabda Nabi saw. Amalan baca ayat Qursi & 3Qul akan dipelihara Allah dari syaitan. 63-64) Tidak berpegang petunjuk Allah, mudah dipandu syaitan untuk ditempatkan neraka jahanam. 65-67) Buta hati ialah disesatkan dari mendekati Quran dan Hadis. Anggota tubuh badan termasuk anggota kemaluan akan membuat pengakuan zina di hari pengadilan. 68) Allah berkuasa menghidupkan, mematikan dan membangkitkan manusia dari kubur. 69) Nabi Muhammad saw bukan guru sasterawan syair sebaliknya baginda adalah Rasul umat akhir zaman. 70-71) Ciptaan kreatif manusia berdasarkan contoh sekeliling sedangkan kreativiti makhluk yang dicipta Allah tiada contoh. 72-73) Allah menundukkan binatang supaya manusia boleh jadikan pelbagai pakaian, kenderaan, perabot, makanan dan minuman tetapi manusia tetap tidak bersyukur. 74-75) Sebaliknya manusia syirik seperti mengharapkan pertolongan dari benda lain atau makhluk lain ciptaan Allah dan bukannya mengharapkan pertolongan Allah. Di akhirat, benda yang diharapkan itu akan dibakar bersama penyembahnya. 76) Ayat 76-77 turun ketika kafir menghancurkan tulang binatang kemudian menunjukkan pada Nabi saw supaya meminta Tuhan Allah menghidupkan kembali tulang tersebut. Sabda Nabi saw. "Memang benar Tuhan aku Allah boleh menghidupkan tulang reput tersebut termasuk kamu juga, Allah boleh humban ke neraka jahanam." 77-80) Manusia yang hari ini yang menjadi berpangkat seperti raja mahupun pembesar yang sombong itu hakikatnya berasal dari setitis air mani yang hina. Allah Tuhan sekalian makhluk amat mudah bagiNya setiap segala perkara yang tidak mampu bagi manusia kerana. 81) Allah Maha Berkuasa Pencipta Langit dan Bumi 82)Sekiranya Allah berkendah maka jadilah ia. 83) Maha Suci Allah kepada Allah manusia kembali. Hati Quran itu Yasin.

SEMUA YANG BAIK DARI ALLAH BUKAN MANUSIA

JANGAN MAKI
15-05-07 Sahih Abu Daud dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan maki angin kerana angin pembawa rahmat tetapi kadangkala ia boleh menjadi azab maka berdoalah minta perlindungan dari Allah. Sahih Muslim dari Jabir ra sabda Nabi saw, Jangan maki penyakit kerana penyakit mengkifaratkan dosa sekiranya sabar. Sahih Abu Daud dari Said bin Khalid Al-Juhani ra sabda Nabi saw, Jangan maki ayam kerana ayam berkokok mengejutkan manusia supaya bangun subuh.
MAKSUD ALLAH--->SEMBAH SYAITAN IALAH BUAT DOSA
Nurul Ihsan ms 309 Yasin 60-83.(36:60) "Jangan sembah syaitan" yang dimaksudkan ialah "ikut seruan kejahatan dengan berbuat dosa" kerana itu jalan neraka. 61-62) Sembah Allah pula bermaksud taat perintah Allah dengan "menurut petunjuk Allah iaitu Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad saw". Sahih Bukhari sabda Nabi saw. Amalan baca ayat Qursi & 3Qul akan dipelihara Allah dari syaitan. 63-64) Tidak berpegang petunjuk Allah, mudah dipandu syaitan untuk ditempatkan neraka jahanam. 65-67) Buta hati ialah disesatkan dari mendekati Quran dan Hadis. Anggota tubuh badan termasuk anggota kemaluan akan membuat pengakuan zina di hari pengadilan. 68) Allah berkuasa menghidupkan, mematikan dan membangkitkan manusia dari kubur. 69) Nabi Muhammad saw bukan guru sasterawan syair sebaliknya baginda adalah Rasul umat akhir zaman. 70-71) Ciptaan kreatif manusia berdasarkan contoh sekeliling sedangkan kreativiti makhluk yang dicipta Allah tiada contoh. 72-73) Allah menundukkan binatang supaya manusia boleh jadikan pelbagai pakaian, kenderaan, perabot, makanan dan minuman tetapi manusia tetap tidak bersyukur. 74-75) Sebaliknya manusia syirik seperti mengharapkan pertolongan dari benda lain atau makhluk lain ciptaan Allah dan bukannya mengharapkan pertolongan Allah. Di akhirat, benda yang diharapkan itu akan dibakar bersama penyembahnya. 76) Ayat 76-77 turun ketika kafir menghancurkan tulang binatang kemudian menunjukkan pada Nabi saw supaya meminta Tuhan Allah menghidupkan kembali tulang tersebut. Sabda Nabi saw. "Memang benar Tuhan aku Allah boleh menghidupkan tulang reput tersebut termasuk kamu juga, Allah boleh humban ke neraka jahanam." 77-80) Manusia yang hari ini yang menjadi berpangkat seperti raja mahupun pembesar yang sombong itu hakikatnya berasal dari setitis air mani yang hina. Allah Tuhan sekalian makhluk amat mudah bagiNya setiap segala perkara yang tidak mampu bagi manusia kerana. 81) Allah Maha Berkuasa Pencipta Langit dan Bumi 82)Sekiranya Allah berkendah maka jadilah ia. 83) Maha Suci Allah kepada Allah manusia kembali. Hati Quran itu Yasin.
Subhanallazi
sakhorolana ha zha wama kunna lahu mukriniin. Wainna ila rabbina
lamungkolibuun - See more at:
http://www.doaharian.mytoha.net/2012/07/doa-naik-kenderaan.html#sthash.tHvLahd1.dp
And why this article have image with templars?
ReplyDelete