Nota Cinta

Wednesday, January 3, 2007

Surah Qaf , Jampi Nabi saw

Muqaddimah oleh Ustaz Shamsuri sebelum pengajian kitab
CARA TEGUR IMAM DALAM SOLAT
 
03-01-07 Sahih Muttafakun Alai. Imam hendaklah direstui majoriti makmum. Sabda Nabi saw. Tepuk 2 kali atas tangan kiam merupakan cara menegur imam bagi makmum wanita. Makmum lelaki menegur imam dengan menyebut Subhanallah. Imam yang ditegur mesti mencari kesilapannya. 

MUSLIM BAIK, REDA KEMARAHAN BILA DENGAR AYAT QURAN 
 
07-02-07 Sahih Muttafakun Alai dari Ibnu Mas'Ud ra. Nabi saw marah setelah dipersoalkan keadilan baginda akan pembahagian rampasan perang. "Siapa lebih adil dari Allah dan Rasul! Ya Allah..... Musa lebih teruk dikenakan umatnya berbandingku....."
Sahih Bukhari dari Ibnu Abbas ra. Khalifah Omar Al-Khattab yang teramat marah tiba-tiba berhati lembut bila dengar ayat Al-Quran.

JAMPI NABI SAW SEMBUHKAN PENYAKIT

بِسْمِ الله ِ, أَعُوْذُ بِعِزَّةِ اللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ مِنْ وَجْعِي هَذَا
07-03-07 Sahih Muslim dari Abi Abdillah ra jampi Nabi saw. letak tangan di tempat sakit dan baca Bizmillah 3 kali. Kemudian ucap 7 kali. A'uzubi'izzatillahiwaqudrati minsyarrima ajidu wa'u'haziru Aku minta berlindung dengan kekuasaanMu dari kejahatan dan keburukan yang ada padaku dan dari sesuatu yang aku takut. 
 Sahih Abu Daud dan AtTirmizi dari ibni Abbas ra jampi Nabi saw ulang 7 kali. 
 "As-alullahal 'azim, rabbal 'arsyil 'azim, 'ai yasyfiyaq" (7x) Aku memohon kepada Allah yang Maha
Agung, Tuhan yang memiliki Arasy yang besar, sembuhkanlah pesakit ini.

TIDAK KEKAL DI DALAM NERAKA APABILA MEMELUK ISLAM


04-04-07 Sahih Muttafakun Alai dari Itban bin Malek ra sabda Nabi saw. Allah mengharamkan kekal neraka bagi yang mengucap mengamalkan 2 kalimah syahadah.
Dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw kepada bapa budak yahudi yang mengucap 2 kalimah syahadah sebelum meninggal dunia. "Dia terselamat dari neraka."
Pesan Nabi saw pada Muaz bin Jabal ra supaya sentiasa mengamal doa selepas solat. Allahumma a'in ni a'la zikrika wa syukrika wa husni ibadatiq”. ya Allah tolonglah aku supaya aku mengingatiMu, bersyukur padaMu dan jadikan ibadatku yang baik-baik.



Pengajian tafsir kitab Nurul Ihsan jilid 4 ms 110, ms111, ms 113 & ms 114 syarah Ustaz Shamsuri

(50:1-2) Allah bersumpah dengan Qur'an ciptaanNya, Muhammad budak yatim piatu miskin dipilih menjadi Nabi bukan di kalangan bangsawan berpengaruh. 3-4) Kafir mempersoalkan mustahil mati boleh bangkit dari kubur sedangkan bagi Allah, segalanya tertulis di Luh Mahfuz. 5) Di hati kafir, mereka membenarkan Muhammad tetapi disebabkan sifat ego, mereka tetap menolak Islam. 6) Allah, Pencipta sistem alam, mencabar manusia supaya mencari sebarang keretakan pada langit ciptaanNya. 7-8) Allah mencipta bukit-bukau gunung-ganang menjadi pasak memaku hamparan bumi supaya ia kukuh tiada gegaran. 9-10) Dari langit, Allah menurunkan hujan menumbuhkan pokok membuahkan hasil sebagai bukti KuasaNya. 11) Demikian juga jasad reput manusia yang dicantumkan kembali bersama roh untuk dibangkitkan padang mahsyar.

12-15) Firman Allah pada Muhammad yang kesedihan. Sebelum ini, kaum Nuh, Syu'aib, Saleh, Hud, Lut, Yunus semuanya menentang Nabi mereka. Ini adalah jalan para Rasul. Yang menentang wajib azab seksa ke atas mereka.
16) Segala gerak-gerik serta nyawa manusia dalam genggaman Allah. (17-18) melalui pengawasan 2 malaikat kiri dan kanan yang mencatat setiap perkataan dan perbuatan manusia. 
19) Sakaratul maut merupakan perkara gentar manusia. 20-21) Tiupan sangkakala pertama memulakan kiamat besar dan tiupan kedua menghidupkan kembali manusia dengan roh bercantum jasad di kawasan kubur masing-masing untuk dihimpunkan di padang mahsyar.
22-23) Serentak dengan itu, Malaikat rakib-atib kiroman-katibin menyerahkan rekod amalan lengkap dari akhir baligh sehingga nyawa dicabut.
24-26) Kemudian malaikat penjaga Neraka bernama Malek Zabaniah menyerbu manusia-manusia berdosa lalu dicampak ke neraka jahanam.
27) Di neraka, syaitan berkata pada Allah, ya Allah wahai Tuhan kami, aku tak paksa suruh dia jadi sesat. Dia sendiri yang memilih kesesatan dirinya. Kerja aku hanya bisik dan mengajak saja. 
28-29) Firman Allah, janjiKu dosa muslim ditebus dengan seksa neraka manakala kafir kekal di dalamnya. Aku tidak akan mengubah janjiKu.

30) Neraka sentiasa mahukan penghuni bagi mengisi segenap ruang seksa.
31-35)Syurga pula dilimpahi nikmat bagi yang memelihara lidah serta perbuatan ingkar Allah dan kekal selamanya.

36-37) Pelbagai bencana alam menimpa umat terdahulu kerana ingkar para Rasul mereka dan tiada satu pun terlepas sebagai pengajaran bagi yang menggunakan mata hati hidayah.
38) Allah melambatkan tempoh 6 hari penciptaan bumi mengajar manusia jangan tergesa-gesa kerana gopoh itu Syaitan dan tenang itu dari Allah.
39-40) Syukur taat Allah dengan solat fardu 5 waktu diikuti 12 rakaat sunat rawatib iaitu 2 rakaat sebelum subuh dan zohor serta 2 rakaat selepas zohor, maghrib dan isyak.
41-44) Tiupan sangkakala kedua di baitulmaqdiz memulakan bangkit cantuman roh bersama jasad yang reput menjadi tubuh manusia lengkap bersedia menerima balasan hukuman Allah. 
45) Serahkan pada Allah untuk memberi balasan pada yang ingkar.















No comments:

Post a Comment