Nota Cinta

Wednesday, January 10, 2007

Al-Ankabut (Kafir umpama Labah-labah) Buta Huruf Genius Hafaz Al-Quran TERCATAT DALAM INJIL TAURAT

Muqaddimah pengajian hadis oleh Ustaz Shamsuri sebelum pengajian kitab tafsir

PEMBUNUH 100 ORANG BERTAUBAT

10-01-07 Sahih Muttafakun Alai dari Abu Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. Allah menerima taubat sebelum nyawa manusia di hujung tanduk.

HUDUD REJAM SAMPAI MATI 

Sahih Muslim. sabda Nabi saw. Pahala isteri zina yang mati direjam kerana membersihkan dosa dirinya ini cukup membawa 70 penduduk Madinah masuk syurga.

BACAAN RUKUK SUJUD NABI SAW

14-02-07 Sahih Muslim dari Huzaifah bin Yaman ra. Bacaan Ruku' Sujud Nabi saw, Subhanarabbial azim dan Subhanarabbial aqla. Bangkit dari ruku'. Sami allahuliman hamidah, rabbana lakalham.

SELESAIKAN SEMUA YANG FARDU

Sahih Bukhari sabda Nabi saw. Muslim mudah ke syurga sekiranya menunaikan semua fardu tetapi muslim juga mudah gelincir ke neraka sekiranya tersilap langkah.

BANYAKKAN SOLAT SUNAT

Sahih Muslim dari Rabi'ah bin ka'ap Al-Aslami sabda Nabi saw. Banyakkan solat sunat disamping solat fardu bagi memudahkan mendapat pertolongan masuk ke syurga.


TAMAKKAN BERAMAL

Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah lebih sayang kepada yang beriman kuat beribadat dari yang beriman kurang ibadat. Maka, tamakkan beribadat. Minta tolong dengan Allah sebelum minta bantuan orang lain.

ALLAH SOKONG OMAR LARANG RASULULLAH SOLAT JENAZAH 
MUNAFIK ABDULLAH UBAI BIN SALUL

11-04-07 Sahih Muslim dari Zaid ibni Arqam ra. Abdullah Ubai bin Salul merupakan munafik yang dengki serta menyimpan dendam pada Rasulullah saw. Sahih Bukhari dari Omar Al-Khattab ra. Firman Allah AtTaubah menyokong Omar Al-Khattab  melarang Nabi saw solat jenazah manusia fasik seperti munafik Abdullah bin Ubai bin Salul.

PSIKOLOGI DAKWAH RASULULLAH SAW

09-05-07 Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra. Sumamah ketua suku Yamamah yang degil dibebaskan dari ikatan tiang Nabawi selepas 3 hari. Dia yang terpesona dengan keperibadian layanan Rasulullah saw akhirnya memeluk Islam dan mengumumkan keislamannya kepada pengikutnya yang kafir.


ALLAH SEBUT NAMA UBAI BIN KA'AP 

11-07-07 Sahih Muttafakun Alai. Ubai bin Ka'ap ra menangis terharu apabila Rasulullah saw diperintahkan Allah membaca surah Al-Bayyinah yang menerangkan " Allah redha pada kamu wahai Ubai bin Kaap."


IBNU MAS'UD DISAHKAN RASULULLAH PENTERJEMAAH MAKNA TEPAT QURAN

Sahih Muttafakun Alai. Abdullah bin Mas'Ud ditabalkan oleh Rasulullah saw sebagai seorang yang qari dan dia merupakan penterjemaah Quran dengan makna tepat disahkan Rasulullah saw. 
Dari Abdillah bin Mas'Ud ra yang membaca surah AnNisa ayat 41 sambil didengari Rasulullah saw, kelihatan Nabi saw menangis. Firman Allah, " Apabila manusia dihimpun satu tempat, setiap Nabi untuk setiap umat menjadi saksi. Firman Allah lagi "Muhammad, kamu menjadi saksi umat kamu! "
KONTEKS HATI NABI SAW PARA SAHABAT DENGAN ALLAH

HR AtTirmizi Abu Daud dari Abdullah bin Asyhiqhir. Nabi saw dan para sahabat tersentuh mendidih hati mengalir air mata apabila mendengar bacaan Qur'an.

MENANGIS TAKUT ALLAH

HR AtTirmizi sabda Nabi saw. Menangis takut Allah tidak akan masuk neraka sepertimana susu yang diperah dari lembu mustahil masuk kembali ke dalam tempat perahan lembu tersebut. 


KESERONAKAN DUNIA SEMENTARA MAKA KEJARLAH KESERONOKAN SEBENAR

08-08-07 Sahih Muttafakun Alai dari Amru bin Auf Al-Ansari ra sabda Nabi saw. "aku takut selepas kewafatanku nanti, umatku dibinasakan Allah seperti berlaku pada umat terdahulu akibat mengejar wang dan harta dunia." Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Manusia paling kaya dunia lupa kesenangannya apabila dicelup sekali ke neraka manakala si fakir lupa deritanya ketika di dunia selepas sekali celup ke syurga.

Tafsir Nurul Ihsan jilid 3 ms 215, ms 216, ms 220, ms  223 & ms 227 

KAFIR UMPAMA LABAH-LABAH

Al-Ankabut (29:1-2) Allah bertanya, bagaimana manusia boleh rasa selamat lepas mengucap 2 kalimah syahadah sedangkan mereka belum di uji.
3) Para sahabat riduanullah alaihim ajmain lulus ujian Allah.
4) Yang berdosa tidak terlepas dari hukuman.
5) Bersungguh memerangi nafsu itu diganjarkan pahala.
6-7) Buat yang fardu dan sunat dijanjikan nikmat syurga dan dilepaskan dari neraka.
8) Tiada taat ibubapa yang tiada taat Allah tetapi cukup sekadar berbaik dengan mereka.
9) Setiap amal samada baik atau jahat dibalas mengikut kadar yang dijanjikan.
10-11) Munafik takut bila diperintah perang atau digertak musuh.
12-13) Jangan terpengaruh dengan keindahan budaya kafir yang bijak mengatur strategi seperti, "Masuklah agama kami yang mengamalkan kebersihan salah satu dari iman itu sedangkan masjid kamu kotor."
14-15) Peristiwa bahtera Nuh pengajaran buat manusia.
16-17) Nabi Ibrahim as menegaskan rezeki yang dinikmati kafir itu, Allah yang berikan.
18) Peristiwa zaman Ibrahim tersebut diulangi oleh kafir Mekah.
19) Kafir tidak percaya bangkit dari kubur, sedangkan itu kerja mudah bagi Allah.
20) Wahai Muhammad, suruh mereka pergi tengok sejarah-sejarah kesan peninggalan bencana yang Kami tinggalkan sebagai bukti kebesaran kuasa Kami.
21-23) Putus asa kehidupan ialah putus asa rahmat Tuhan.
24) Kafir yang mati akal dengan hujah Ibrahim menangkap baginda lalu melontar ke dalam api.
25) Keajaiban berlaku apabila api diperintah Allah menjadi sejuk ketika menyentuh kulit Nabi Ibrahim as. 26-28) Nabi Lut as anak saudara Nabi Ibrahim as. Anak Ibrahim terdiri dari Nabi Ishak as dan Nabi Ismail as manakala cucu baginda Nabi Ya'kob as serta cicit baginda Nabi Yusof as.
29) Setelah dicabar golongan gay supaya disegerakan azab, Allah makbulkan doa Lut.
30-31) Pada masa yang sama, Ibrahim as mendapat berita akan bakal kelahiran anak cucu baginda yang terdiri dari para Rasul.
32-33) Malaikat yang menziarahi Ibrahim juga memberitahu baginda bahawa negeri anak saudaranya, Lut bakal menerima azab.
34-35) Lut dan keluarga yang taat diselamatkan manakala negeri Sodom dihancurkan Allah dan disemadikan di dasar laut sebagai bukti pengajaran umat terkemudian.
36-37) Penduduk Madyan kaum Nabi Syuaib yang ingkar pula diazab dengan gempa bumi.
38) Kaum Ad Nabi Hud dan kaum Samud Nabi Soleh terpedaya dengan perbuatan dosa yang mereka rasakan tidak berdosa.
39) Begitu juga Qarun dan Fir'aun yang merasa tidak berdosa dengan sifat sombong. 
40) Azab bencana umat terdahulu berbeza mengikut jenis dosa.
41) Percaya selain Allah sama seperti labah-labah yang percaya pada sarangnya yang kuat, hakikatnya sarang tersebut adalah lemah.
42) Hanya yang bijak berjaya mengenal siapa sebenar Pencipta.
43) Quran untuk pedoman manusia.
44) Yang memahami Quran akan taat Allah, Rasul dan hari kiamat.

45) Pastikan wuduk dan solat sempurna supaya terpelihara dari perbuatan dosa.
46) Jangan berhujah sekiranya tiada cukup ilmu di dada kerana boleh merosakkan Islam kerana kafir ada baik ada jahat.
47) Kitab terdahulu semuanya benar tetapi kedatangan Quran memansuhkan kitab terdahulu. Sebahagian masuk Islam seperti Abdullah bin Salam ketua penganut yahudi. Di hati kecil sebahagian yang lain mengakui kebenaran Muhammad tetapi mereka tetap hipokrit dan berada dalam kekafiran.
48) Nabi Muhammad saw sangat genius penghafaz Al-Quran tetapi ditakdirkan Allah kekal buta huruf dan tidak tahu menulis sebagai membuktikan Al-Quran ini Allah yang cipta. Fakta ini telah tercatat dalam Injil dan Taurat yang asal.
49) Al-Quran tidak akan dipadam dipinda ditipu kerana dikekalkan di dalam dada para penghafaz sehingga hari kiamat.

50-52) Mukjizat itu urusan Allah. Mukjizat Muhammad tidak seperti yang dimiliki sementara para Nabi terdahulu dan mukjizat yang kekal hingga akhir zaman itu ialah Qur'an. Cukuplah Allah sebagai saksi. Mereka yang asyik kondem Quran kerana mengatakan Quran asyik mengulangi peringatan syurga neraka itu sesungguhnya dalam kerugian.
53-55) Untuk kebanyakan kes, Allah tangguhkan azab yang mereka minta segerakan. Tetapi bila tiba masa, mereka langsung tidak menyedari azab yang mereka minta. Jangan macam tu, jangan sombong disebabkan kejahilan kamu wahai kafir. Bahawasanya bila tiba azab neraka jahanam, pada ketika itu, Kami akan berkata, rasalah balasan kufur, syirik. Ambil rasakan azab yang kamu minta segerakan itu.
56) Bumi Allah ini luas, sekiranya ditindas, hijrahlah ke tempat lain.
57) Hidup sebenar dunia ialah menunggu hari mati.
58) Rajin ibadah fardu dan sunat dijanjikan nikmat akhirat.
59) Beriman itu sabar dan bertawakal.
60) Rezeki Allah ada di mana saja.
61) Kafir juga mengakui Allah sebagai pencipta langit bumi tetapi mereka tetap sembah selain dari Allah.
62) Pemberian rezeki itu hak mutlak Allah ke atas siapa saja yang Dia pilih.
63) Kenapa kafir yang mengaku Allah itu, tetap syirik dan menyekutukan Allah.
64) Bagi manusia, hidup dunia ini yang penting seronok dan suka ria.
65) Manusia akan ikhlas berdoa apabila dtimpa musibah nyawa di hujung tanduk.
66) Tetapi selepas Kami selamatkan, mereka kembali kufur dan syirik.
67) Manusia tidak fikir kenapa Mekah aman dipelihara oleh Kami.
68) Kenapa masih sembah selain Allah.
69) Banyakkan lawan nafsu dengan sedekah, puasa, zikrullah dan pelbagai amal fardu serta sunat.


wallahu alam....


No comments:

Post a Comment