Nota Cinta

Monday, February 5, 2007

Zuhud 2007

Muqaddimah Ustaz Shamsuri sabda Rasulullah saw.

5-2-7 Sahih muslim Nabi saw memohon pada Allah supaya Abu Talhah diberi keberkatan selepas  kematian anak beliau. Selepas Talhah bersama isterinya, mereka dikurniakan seorang anak lelaki. Anak lelaki tersebut kemudian dikurniakan 9 cahayamata yang kemudiannya menjadi penghafaz Quran dan tokoh dakwah yang hebat. 

5-3-7 Sahih At Tirmizi dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. BELI SALAM apabila pulang ke rumah kerana ia berkat ke atas isi keluarga. 

2-4-7  DOA NAIK KENDERAAN dalam musafir Hadis riwayat Imam Abu Daud dan AtTirmizi dari Ali bin Rabi'ah kata Saidina Ali Karamulla huwajha sabda Rasulullah saw.
Budayakan naik kereta bersama anak isteri sambil membaca Bizmillahirohmanirrahim, Subhanallazi Sakhralana haza, Wama kunnalahu mukhrinin, Wa inna illa robbina lamun kholibun. 
Alhamdulillah 3x Allahu'akhbar 3x
Maha suci Tuhan yang menundukkan kenderaan ini yang mana kenderaan ini kita tak boleh tundukkannya melainkan pertolongan Allah, Sesungguhnya kepada Tuhan kami, kami kembali.
Selepas baca, maka senyum dan dongak ke langit kerana Allah kagum akan hambaNya yang meminta pertolongan dariNya.

7-5-7 Sahih Muttafakun Alai Tasbih Tahmid Takbir 33x, jadi kaya lebih beruntung kerana kelebihan ikhlas bersedekah dengan jumlah kuantiti besar.

6-8-7 Fathiir 37 Tidakkah Aku berikan umur cukup semasa di dunia. Telah datang peringatan uban di rambut. Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra. Allah terima alasan keuzuran tetapi umur 60 tiada alasan kepada Allah untuk tidak menjadi hamba Allah.

TAFSIRAN & MAKSUD AYAT QURAN Muqaddimah Us Shamsuri 6-8-7 Fathiir 37 Tidakkah Aku beri umur yang cukup, mustahil kamu masih tidak memahami Islam. Telah datang peringatan uban di rambut. Surah AnNasr (Apabila datang pertolongan Allah, maka Islam menang. Ramai manusia memeluk Islam, maka bila Islam sudah kuat, maka berstasbihlah memuji Allah dan minta ampunlah pada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat.) Sahih Bukhari dari Ibnu Abbas ra. Seluruh ahli mesyuarat Syura veteran tidak puas hati dengan lantikan pegawai muda Ibnu Abbas. Khalifah Omar menjawab "kamu semua takkan tidak kenal Ibnu Abbas." Omar membacakan surah AnNasr dan minta ahli veteran tafsirkan dari maksud ayat yang disebutkan. Setelah ahli semyuarat memberitahu, Omar minta Ibnu Abbas mentafsirkannya. Kata Ibnu Abbas. "Bukan begitu tafsiran dari maksud ayat tersebut, Maksud tafsir AnNasr sabda Rasulullah saw ialah ajal sudah dekat." Jawab Saidina Omar Al-Khattab ra, "aku juga faham tafsiran ayat itu sepertimu wahai Ibnu Abbas." Akhirnya mereka akur dengan lantikan dari Saidina Omar.

3-9-7 HR AtTirmizi Pesan Rasulullah saw pada Muaz bin Jabal, syarat masuk syurga ialah sembah Allah jangan syirik Allah, jangan tinggal solat 5 waktu,  puasa bulan Ramadhan, Zakat sekiranya cukup infak dan Haji sekiranya mampu. 3 pintu kebaikan solat sunat tengah malam itu ketenangan, puasa itu cegah buat jahat dan sedekah itu melenyapkan dosa. Kemuncak ialah jihad jalan Islam. Segalanya ini dikawal oleh lidah maka kawal lidah.

Bahrulmazi jilid 16

5-02-07 ms176 BURUK SANGKA TUHAN jangan sesekali ingat "Kenapa Tuhan timpakan bala pada aku / Tuhan tak tolong aku bila sedang dilanda ujian / Kenapa Tuhan tidak berikan apa yang aku minta / Betulke Tuhan nak tolong aku / Kenapa Tuhan pilih aku untuk diturunkan bala ujian. Mesti percaya Tuhan 100% Tuhan mesti tolong" Menurut Syeikh Idris Al-Marbawi dengan dalil nas yang dikeluarkan oleh Imam Abu Isa At Tirmizi dengan isnad yang hasan lagi sahih dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. HADIS QUDSI, Kalau hambaKu yakin, maka Aku tolong, Kalau tidak yakin, maka Aku tidak tolong. 

Hasan Sahih AtTirmizi dari Samurah bin Sam'an sabda Nabi saw. sekiranya ada WAS-WAS dalam hati, lebih baik jangan.  
Hadis Qudsi, Allah kurniakan mimbar singgahsana syurga kepada mereka yang ketika hidup di dunia membuang prasangka untuk menyayangi saudara sesama Islam sehingga para nabi dan para syuhada kagum akan dirinya. 
Hasan Sahih At Tirmizi. MAHABBAH atau tiada prasangka dengan berkasih sayang sesama muslim. 

5-03-07 Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. 7 golongan mendapat teduh di mahsyar. 
  1. Pemimpin yang tegakkan hukum Allah.
  2. Dari kecil hingga akhir hayat istiqamah Ibadah.
  3. Hatinya sentiasa mengingati tempat sujud.
  4. Berkawan, berkasih, bercinta kerana Allah. 
  5. Mengalirkan air mata mengingati Allah ketika berseorangan. 
  6. Lelaki yang menolak pelawaan zina dengan wanita cantik dan kaya. 
  7. Sedekah yang disembunyikan.   
2-04-07 ms 185 Hasan Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw menyuruh genggam tanah dan lemparkan dihadapan  ORANG MEMUJI BERLEBIHAN tersebut sambil menyatakan manusia dijadikan dari tanah. Puji melampau itu seperti menyembelih leher kerana boleh merosakkan mereka yang dipuji.

Pujian tidak akan menggugat dan merosakkan para sahabat yang kental seperti Abu bakar dan Omar:
Sabda Rasulullah saw. "Sekiranya Allah timbang amal Abu Bakar dengan amal seluruh dunia, lebih berat lagi amal Abu bakar As Siddiq. Wahai Omar, Sekiranya aku tidak dilantik menjadi Nabi, tentu kamu akan menjadi Nabi untuk umat akhir zaman ini."

7-05-07 Hasan gharib AtTirmizi Anaz bin Malek ra, Allah bagi kesusahan pada hambaNya kerana Dia menyayangi hambaNya. Tidak mahu ditegur itu sejahat-jahat manusia.

Sahih Bukhari. Belalang emas jatuh atas badan Nabi Ayub as. Firman Allah pada Nabi Ayub as "wahai Ayub, kenapa tolak belalang emas sedangkan manusia cari emas." jawab Ayub "aku tidak mencari emas sebaliknya aku hanya cari keredaanMu dan keberkatan dariMu ya Allah. "

6-08-07 ms 196 Hasan Sahih At Tirmizi sabda Rasulullah saw.   
Aanaz bin Malek ra, SABAR REDHA dengan ujian sepasang mata yang dibutakan Allah akan dijanjikan syurga. Abu Hurairah ra, REDHA ketentuan Allah akan dijanjikan syurga. Jabir ra, MANUSIA SESAL DI AKHIRAT kerana tidak tambah kebaikan dan tidak tinggalkan kejahatan. Abu Hurairah ra, Seluruh manusia mesti menyesal di akhirat.

3-09-07  Hasan gharib At Tirmizi Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Akan datang akhir zaman, ada manusia yang GUNA AGAMA UNTUK MENIPU orang ramai mencari kekayaan dunia. Firman Allah "kamu tipu orang dengan agamaKu yang suci, ini golongan kurang sopan padaKu maka maka dengan kebesaranKu, Sekiranya bala ujian Aku turunkan padanya, maka tiada jalan keluar lagi."

SEBAB LIDAH BADAN NERAKA
Hasan AtTirmizi Uqbah bin Amir ra. Amal untuk selamat dunia akhirat ialah tahan dan jaga lidah, ruang rumah yang lapang dan luas dan hendaklah menangis mengenangkan kejahilan dosa lampau.
Hasan AtTirmizi Abi Said Al-Qudri ra. Setiap pagi anggota tubuh badan lain merayu pada lidah supaya kawal dari bercakap mengumpat, mengutuk, mengeji, cerca, maki, marah, fitnah dan segala perkataan tidak elok kerana anggota tubuh tersebut takut akan seksa neraka bahkan di dunia disebabkan lidah, badan merana.
Hasan Sahih AtTirmizi sabda Rasulullah saw. Siapa boleh beri jaminan jaga lidahnya dan kemaluannya, aku jamin syurga padanya.

Bahrulmazi jilid 16 Huraian ustaz Shamsuri 3-9-2007: Ketua Hakim Negara Tun Fairuz " Kita belum merdeka kerana 50 tahun Merdeka masih merujuk Common Law, saya cadangkan kita pinda kepada undang-undang yang sesuai dengan mengambil kira syariat Islam." Selang sehari, Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail pula berkata "Sudah sampai masanya undang-undang di Malaysia mengambil kira syariat Islam." Masya'Allah tuan-tuan, kita baca ni nak keluaq ayaq mata terharu kegembiraan. 

No comments:

Post a Comment