Muqaddimah sebelum pengajian oleh ustaz Shamsuri. SUNNAH RASULULLAH SAW
9-1-07 HR AtTirmizi tabien Zir bin Hubaisyh, Rasulullah saw mengajar menyapu air wuduk pada permukaan kasut khuf saja untuk bahagian kaki ketika musafir musim sejuk. Dari Safuan bin Marwan ra sabda Nabi saw. Sayang seseorang di atas dunia akan bersama yang disayangi di hari kiamat. PINTU TAUBAT akan tutup pada hari kiamat iaitu terbitnya matahari dari barat.
13-2-07 Sahih Muttafakun Alai dari Abi Zaid ra @Usamah bin Zaid bin Haritah, anak angkat Rasulullah saw. Sabda Nabi saw, air mata kesedihan itu rahmat Allah dan meraung tangis merintih tidak dapat terima takdir itu dilarang Allah. Kirim salam dengan lafaz Assalamualaikum.
Sahih At Tirmizi dari Abdul Rahman bin Auf . 10 Sahabat Syurga Tanpa Hisab dikhabarkan gembira disebut spesifik satu persatu oleh Rasulullah saw dimulai Saidina Abu Bakar As Siddiq ra, Saidina Omar Al-Khattab ra, Saidina Osman bin Affan ra, Saidina Ali Abi Talib Karamulla huwajha, Abu Talhah ra, Zubair bin Awwam ra, Abdurrahman bin Auf ra, Saad Abi Waqaz ra, Said ibnu Zaid ra dan Abu Ubaidah Al Jarrah ra.
Sahih Muttafakun Alaigh dari Ibu Abbas ra, Hanya 70'000 terpilih dari umatku yang tidak pernah khurafat dan sentiasa tawakkal pada Allah akan masuk syurga tanpa hisab. Sahabat bernama Ukhasyah ra telah mengisi 1 tempat maka kini tinggal baki 69,999 dinasihatkan Rasulullah saw supaya umatnya berlumba berusaha merebut tempat tersebut.
10-4-7 Sahih Muslim dari Saad Abi Waqaz ra sabda Nabi saw, Allah berfirman "Jangan ganggu mereka yang berdakwah."
UKHWAH PARA SAHABAT
Sahih Muslim dari Abu Hubairah ra (bukan Abu Hurairah ra) atau nama sebenarnya A’iz bin Abdi Al Muzalli ra. Abu Hubairah merupakan sama-sama terlibat dalam bai’ah Bai Atul Ridhuan semasa perjanjian Hudaibiah. Ketika Abu Sufian yang pernah mengetuai kafir menewaskan muslim dalam perang Uhud lalu di situ, 3 orang sahabat Suhail, Salman Al Farisi dan Bilal bin Rabbah berkata perli “Pedang-pedang Allah ini masih belum menunaikan haknya” (ketika ini Abu Sufyan belum memeluk Islam).
Abu Bakar menegur perbuatan mereka bertiga. “Tidak sepatutnya kamu memenegur sindir pembesar kafir Quraish ini.”Saidina Abu Bakar melaporkan perbuatan 3 sahabat kepada Rasulullah saw. Sabda Nabi saw. “wahai Abu Bakar, teguran kamu itu boleh menyebabkan mereka bertiga saudara sesama Islam ini menjadi marah pada kamu, Aku takut Allah marah kamu dan pergi minta maaf kepada saudara sesama Islam kamu kerana wajar memarahi kafir yang menentang Islam.” Abu Bakar pergi meminta maaf kepada Suhail, Salman dan Bilal. Jawab Suhail, Salman dan Bilal, siapa kami untuk tidak memaafkan kamu wahai Abu Bakar kerana darjatmu di sisi Allah dan Rasul. Mudah-mudahan Allah memaafkan kamu.
Huraian Hadis oleh Ustaz Shamsuri. Sahabat-sahabat Nabi saw bersedia meminta maaf kerana tiada sombong dan dendam sesama Islam. Sahabat-sahabat Nabi saw bersedia menerima segala kebenaran Al-Quran dan Hadis.
HAJI MEKAH
13-11-07 HR AtTirmizi Masjidil haram tidak akan ditutup 24jam dan tiada waktu larangan solat. Mazhab Sya'fie cukup sekadar angkat tangan melambai hajarul aswad.
Sahih At Tirmizi A'isyah ra, Rasulullah saw takut tindakan masuk ke dalam ka'bah waktu haji akan dikatakan salah satu rukun haji.
Pengajian bahrulmazi jilid 17 bab sfat-sifat kiamat syarah ustaz Shamsuri.
9-1-7 HR At Tirmizi Abi Hurairah ra. Siapa percaya Allah hari akhirat maka hormat tetamu. Beri ransangan supaya membuat kebaikan. Anaz ra sabda Nabi saw pada Abu Zar Al-Ghifari ra. 2 amalan yang paling mudah tetapi paling berat timbangan pahala akhirat dan paling susah bagi manusia iaitu diam mulut dan jaga akhlak.
Huraian, betapa rosaknya masyarakat hari ini disebabkan sakit rohani. Didik kerohanian mestilah bermula dari rumah dengan damaikan perselisihan antara adik beradik bermula kanak-kanak.
13-2-7 ms185 AL-Hujurat 49:12 MENGUMPAT adalah seperti makan daging mayat manusia dan dikeji Allah.
HR AtTirmizi, Abu Daud, Al-Baihaqi. Anaz bin Malek ra, Rasulullah saw menyuruh 2 budak perempuan memuntahkan darah kotor dari dalam perut akibat mengumpat bagi mengelakkan dibakar api neraka.
HR AtTirmizi dari Ibnu Abbas ra, dosa ngumpat lebih teruk dari zina kerana sekiranya tidak meminta ampun pada yang diumpat maka wajib seksa neraka ke atasnya.
10-4-07 Gharib AtTirmizi dari Muaz ibnu Jabbal ra. Caci orang bertaubat akan menyebabkan orang yang mencaci buat apa yang dicaci sebelum Allah ambil nyawa.
BUSUK HATI atau suka kena orang kena bala:-"Aku dah nasihat dah, Ambik, Dah kena, Padan muka.", Dengki dan seronok apabila kejatuhan rakan muslim.
Hasan gharib At Tirmizi Dalil Nas An Wasilah bin Al-Asqa' ra sabda Nabi saw. Jangan zahirkan sukacita kena bala saudara sesama Islam, sekiranya seronok maka Allah turunkan balasan yang sama.
HR AtTirmizi sabda Nabi saw. "Bercampur dengan masyarakat dan sabar dengan karenah masyarakat adalah lebih baik dari tidak bercampur atau mengasingkan diri."
Huraian: Dari 1/6 umat Islam dunia, tinggal berapa percent yang solat 5 waktu. Dari jumlah yg solat 5 waktu, berapa ramai yang berkelahi, bergaduh dan berperang.
HR AtTirmizi Abu Hurairah ra, Rayuan Rasulullah saw kepada umatnya. jauhkanlah dari jahat berpecah belah dan bermusuh di kalangan muslim. Berdirilah atas Quran dan Hadis Nabi saw.
13-11-07 HR AtTirmizi dari Zubair Al-Awwam ra Sabda Rasululullah saw, Demi Allah, aku bersumpah "Tidak akan masuk syurga apabila saling berdengki dan benci malah bermusuh sesama Islam kerana ia mencukur segala amal kebaikan yang dibuat sebelum ini. Sebarkan salam itu petua silaturahim." Amal terbaik mengikut bermula Solat fardu awal waktu, Damaikan muslim yang berkelahi dan Berkawan dengan orang zalim dengan rendahkan sifat zalimnya. Setiap kalimah membaikkan permusuhan sesama muslim itu pahalanya seperti memerdekakan hamba abdi dan dibenarkan syarak menipu demi membaikkan silaturahim"
No comments:
Post a Comment